http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 28 September 2011

bab 16

 Terasa tangannya ditarik dari belakang. Ada orang cuba nak ‘culik’ aku ke? Pandangannya berlaga dengan pandangan ‘orang’ yang menarik tangannya itu. Dia mencebik bila melihat laman wajah itu mengukir senyuman manis buatnya.

 “KAu apesal? Hah? Sesuka hati main redah jek tarik tangan aku?” ditolak tubuh itu agar berganjak sedikit darinya.

 “Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau”

 “Apenyer?..aku takda masa nak dengar kau punya hal”Syud menarik lembut bahu Naufal agar berdepan dengannya.

 “Fal..kau tahukan aku tak suka bila dapat tahu kau berkawan dengan lelaki”

 “Peduli ape aku..kau tu siapa? Hah?” tengking Naufal.Syuk hanya menarik nafas menahan amarahnya. Dia bersabar kerana Naufal.

 “Betul ke kau dah ada boyfriend?” soalnya mendesak. Dipegang bahu teman itu.

 “Kalau betul ‘ya’ kenape?” Naufal mengangkat keningnya. Sengaja dia mengiakan hubungan itu walhal dia dan abang rayyan tak da langsung apa-apa ‘hubungan istimewa’.

Dia rasa yang Syuk pernah nampak dia bersama abang Rayyan. Mana ada lelaki yang ‘close’ dengan dia sekarang melainkan abang Rayyan. Jangan Syuk cuba spoil kan dia pada abang Rayyan macam mana Syuk spoil kan dia pada abang Edy dulu. Cukuplah dulu dia difitnah.

  Dia bukan perempuan yang  digelar ‘lesbian’, dia juga bukan pengkid dan juga bukan seangkatan spesis itu semua. Dia perempuan yang masih memerlukan lelaki dalam kehidupan yang sempurna. Cuma sekarang dia belum temui lelaki yang boleh membuat hati perempuannya tertarik.

“aku tak suka!!” bentak Syuk. Dicengkam bahu Naufal.

 “Lepas la weh..sakit tau” Naufal menolak tangannya. Naufal mngadu sakit. Digosok bahunya. Syuk jadi serba-salah.

 “Sorry..Fal. aku bukan nak berkasar dengan kau.” Syuk cuba menghampirinya. Namun dia cuba mengelak.

 “Kau apehal? Kau dan aku tak da apa-apa. Aku tak pernah kenal kau” ujar Naufal dan cuba igin berlalu pergi dari situ. Namun Syuk cepat-cepat menghalang. Dihadang tangannya.

 “Fal..aku nak kau break dengan lelaki itu” syuk cuba merayu.

 “Nope..kau tak da hak. Aku ingin cari kebahagian aku sendiri setelah apa yang kau ‘rampas’ dulu.”

Tiba-tiba hatinya jadi sebak bila teringatkan abang Edy. Abang Edy pergi macam tu jek. Pergi dengan fitnahnya. Diketap bibirnya menahan apa yang dirasakan disaat itu. Hatinya pedih!!!

“Aku tak ‘rampas’ Fal. Aku ingin memberi ‘kebahagian’ itu  pada kau tapi kau menolak. Kau mencari  ‘kebahgian’ lain yang tak mungkin membuat kau bahagia”

Naufal tersenyum sinis.

 “Kebahagian lain? Tak bahagia? Kau dah gila syuk? Aku pernah katakan pada kau sampai kiamat pun aku dan kau tak AKAN bersama. Faham?” ditekan perkataan TAK AKAN itu. Tak mungkin dan tak boleh, semuanya adalah tak!!! Kenapa syuk tak boleh terima ketentuan ini.

 Dia tak boleh menerima Syuk sebagai teman hidupnya. Syuk dah gila!! “KAlau kita bersama kita akan dilaknat Allah”

 “Kau tak kan faham FAl, soal hati dan perasaan aku.”

Dijuling mata ke atas. “Aku tak faham? Atau kau yang tak faham? Aku perempuan Syuk. Kau juga perempuan. Kita sama-sam sejenis. Aku  perlukan lelaki dan kau juga begitu.”

 “Tak!!! Aku tak perlukan lelaki” marah Syuk. Matanya membuntang memandang laman wajah comel baginya. Dia rindukan wajah itu.

 “TApi aku boleh jadi lelaki untuk kau Fal. Aku boleh potong rambut pendek macam kau. Kalau kau mahukan lelaki dalam hidup kau. Kalau kita bersama aku tak akan abaikan kau. Aku tak kan sesekali curang kepada kau.” Syuk mengangkat tangan seolah-olah berikrar demi ‘cinta itu’.

 “Anak? Kau boleh beri ke?” Naufal sengaja menduga. Mana mungkin mereka akan ada anak. Syuk tetap perempuan biar ‘berjuta’ kali pun Syuk mengubah ciptaaan Allah. Dia tetap perempuan yang ditakdirkan Allah lahir ke bumi ini.

 “Kita boleh ambik anak angkat” Syuk tersenyum gula kapas..

  “Gila!!!” Naufal menolak tubuh itu. Dia cepat-cepat berlalu pergi dari situ. Syuk memang gila!! Haila..tak sangka Syuk dah planning semuanya kehidupan yang ‘tak sempurna’ itu menjadi ‘sempurna’ baginya.

“Fal..Naufal!! Naufal!!” dia sudah berlari anak meninggalkan ‘kekasih’ yang tak diakui itu.

  Benci macam mana pun pada lelaki dia tak sanggup untuk mencipta ‘cinta baru’ bersama ‘kekasih sejenisnya’ biar dia sendirian pun tak pa. Dia masih ada iman. Walaupun senipis kulit bawang. Dia masih lagi tahu hukum Tuhan. Walaupun tak sepenuh dia mengikutnya.

 Syuk jadi ralat bila Naufal meninggalkannya begitu saja. Naufal tetap degil dengan pilihanya. ‘kau tak tahu Fal, macam mana hancurnya hati aku dengan ‘kaum adam’ ini. Mereka sekejam manusia NAufal lebih kejam dari binatang buas’.

“Asal kau lambat NAufal?” soal Team bila melihat Naufal baru masuk ke kelas. Naufal meletak beg sandangnya ketepi kerusi dan melabuhkan punggungnya.

 “Ada road block tadi”

 “Police traffic ke?’

 “Hurmm..” dipandang sekilas muka Team disebelah. Dia tersengih kemudian dia mengeluarkan nota-nota untuk dibaca. Takut Encik Taufiq buat kuiz mengejut.

 “NAufal. Kalau aku tanya kau sikit bole?” Naufal mengalih pandanngannya pada Team. Dia mnegukir senyum gula-gula. Haila..sejak bila si Team ni pandai buat permission kalau nak tanya soalan sebelum ni main terjah jek.

 “Ek..ena sejak bila kau jadi finalis gadis melayu ni?” Team garu kening sambil tayang gigi.

 “Aku mintak permission kau perli. Toya!!” kepala dia dah kena sekeh dengan Team.

 “Haa..tanya la miss Fatimah Az-zahra” terkekeh-kekeh ketawa melihat muka Team sudah cemberut.

 Pantang tok nenek panggil fullname.

 “Serious la..Naufal. jap gi backhand melekat kat kepala kau”

 “Okay..okay, ape dia?”

 “KAu dengan ‘abang’ kau tu ada apa-apa ke?” keningnya terjongket. Soalan personal tu.

 “Nape?”

 “Saja jek. Lepat tanya aku. Dia kata kau selalu jek pegi main video game dengan kau punya ‘abang’” Ek..ena..sibuk jek si Lepat tu. Ngap!! Sekali baru tau.

 “TAk da apa-apa la..dah si mixed toya tu tak da kerja. Dia join aku la pegi main situ. Lagipun bukan selalu. Baru dua kali jek.”

 “Ooo..tak apa-apa scandal la ni?” Team dah ketawa macam hantu. Dia tersenyum sambil mengeleng kepalanya.

 “Iye la..mak cik Timah!!” ketawa Team terus mati.

 “Antu la kau NAufal..Syuk pula?” senyumannya terus hilang. Team dah buka ‘buku sejarah masihi’. Baru tadi jek dia kena block dengan Syuk.

 “Kan aku dah kata. Aku dengan dia tak da ‘hubungan terlarang’ tu. Kau suka ke kalau aku ada scandal dengan dia?”

 “Ngee..Azab la kawan. Aku la mangsa seterus kau” Team sudah menikus. Sengaja dibuat action cekik leher sendiri dengan mata terbeliak terus k.o (mati).

 “Ahhhaaaahaaa..” Koji datang dengan ketawa mengekek melihat action Team tadi. Team menjeling maut.

 “Comey jek aku tengok kau tadi Team” koji sudah tersengih didepan mata mereka.

 Naufal ketawa. “kau tertarik kau memang deboomm..keh!!keh!!”

 Naufal melihat jam ditanganya sudah lebih lima belas minit.  Encik Taufiq tak masuk kelas kut? Disimpan nota-nota tadi semula kedalam beg sandangnya.

 “EEayyakkkerr..nak muntah aku” Team sudah buat muka meloya tekak.

 “KAu tak de kerja ke? Ssesuka hati jek datang menyampuk” marah Team. Ayyub datang kemudian duduk didepan mereka sebelah Koji.

 “Team..kau ni cuba ‘smile’ sikit dekat aku. Kau patut bersyukur pada Tuhan kerana mentakdirkan aku untuk jatuh cinta pada kau” dia dan Ayyub sudah mengekek ketawakan Team.

 “Wah..wahh. macam dalam dunia ni kau sorang lelaki” Team cuba menyikunya. Dia mengelak diri namun ketawanya masih bersisa.

 “Kau tengok Ayyub ni. Dia tak suka kau macam aku suka kau” ujar Koji tersengih sambil mengangkat kening pada Ayyub disebelah. Ayyub mengangguk mengiakan kata-kata Koji.

 Team menjuling mata ke atas. “Malas nak layan korang dua ekor”

 “Naufal..Jom kita blah lagipun Encik Taufiq tak masuk kelas kut hari ni” Team sudah menarik tangannya

“Team..satu hari nanti kau akan suka aku juga macam aku suka kau. Kau tahu nape aku suka kau? Sebab kau cantik bagi aku.” laung Koji bila mereka ingin melangkah keluar dari kelas.

Team tutup muka dengan fail malu pada teman-teman yang masih berada dalam kelas itu yang mendengar kenyataan Koji.. Rata-rata mereka melihat Team dan kOji kemudian tersenyum penuh makna.

 “Kelas!! Aku dah ‘cup’ Team sebagai awek aku tau”  suara satu kelas bersiul gatal. Ada yang menepuk tangan tanda syabas pada Koji.

Team sudah mengetap bibir menahan amarah. Ditarik tangannya supaya cepat-cepat pergi dari situ.

 “So sweet!! Jantan betul la si Koji tu Team” dipandang paras Team. Team menjuih bibir.

 “Ceh!! melaun rumah tak siap jek aku tengok si Koji tu ada hati nak kat aku” marah Team.

 “Kau ni demand terlebih”

 “Aku cantik ke FAl?” langkah Team terhenti. Dia ikut terhenti tiba-tiba.Dikalih pada laman wajah Naufal disebelah.

 “Cantik la ada orang nak” Naufal mengetip pipi Team yang tak da ‘isi’ itu.

 “Aku rasa Koji tu dah rabun. Tak pun buta ‘kare’”Team mencebik.

 “Kau rasa aku  padan ke dengan Koji tu ke?” soalnya bila Team senyap. Team mengusap pipi sendiri. “Hurm..”

 “kau tahu siapa Koji sebenar?” dia hanya mengeleng kepala.

 “Tatau..”

 “Anak Y.B. tau” melopong mulut dia. Kenapa selama ini dia tak tahu pun. Koji yang dia tengok tak macam anak YB pun. Anak penoreh getah ada la. Sorry Koji!!

 “MAna kau tahu?”

 “Ayyub bagi tahu aku. Lagipun aku pernah nampak Koji dengan family dia memang branded abis dan bukti lagi modal aku buka gerai kat simpang jalan tu Koji yang kasi tau.”

 “Jadi bukan dari Nik atau Cu’a tak pun Opie?” Team mengeleng kepala.

 Team melepas keluhan. Mana mungkin dia menerima cinta anak orang berada. Patutlah selama ini Koji menolongnya dalam senyap. Koji la yang bagi modal buka gerai ABC melalui Nik dan Cu’a dan Opie. Mereka Cuma kata modal itu untuk dia. Dia jadi musykil lalu dia menyiasat tak sangkah dari Ayyub dia tahu segala-galanya.

 “Nape Ayyub bagitau kau semua ni?”

 “Dia tak nak Koji susah hati bila aku tolak cinta Koji. Koji banyak tolong aku dalam diam. Sebab tu semua assignment kita senang jek diorang siapkan. Koji tak nak aku susah”

 “Haila..terharunya aku, Team” dia mengecil matanya memandang paras Team. Bibirnya dibuat ‘mayun’.

 “Aku tak nak..Aku tak suka. Aku dah biasa susah. So lepas ni jangan kau duk paksa-paksa aku terima Koji. Jangan kau jadi pembelot menyokong si Koji tu TAu!!” Team menyua telunjuknya dimuka dia. Seolah-olah menberi amaran. Tapi tak tegas pun.

 “Tak heran ler..kalau Koji ‘suap’ aku macam mana? Rugi la kawan..” kepalanya dah kena lekuk dengan Team.

 “Kau ni pentingkan duit dari kawan ey?” Team dah buat muka mati laki.

 “Bukan senang nak jual kau tau. Ini kira untung ada orang nak kat kau” dipeluk bahu Team.

 “Ceh!! teruk la kau ni NAufal” tercetus ketawa mereka.

 “Fal..nape Koji tu nak aku ey? Aku kan tak secantik Cu’a, Pat dan tak secomel kau” Team memandang parasnya. Dia hanya mengukir senyuman.

 “KAu cantik la Team..manis sedap mata memandang.” Dikenyit matanya pad Team yang sedang menjeling parasnya.

 “Toya kau!!!”

 “Team!! Senang cerita kau jadi awek aku lah..”

 “Huaawwaaa..azab!!” Team sudah berlari anak meninggalkanya. Naufal ketawa melihat Team terkedek-kedek lari sambil menekup dadanya. Macam aku ‘kenen’ sangat barang kau Team..Hehe..Dia menguman sendirian. Namun senyumannya mati disitu bila wajah Rayyan dating menyapa.

 “Hai…jom balik dengan abang?”

 “Dira? Asal tak ajak dia?”
 “Dira ada date dengan Fandy”

 “Ngaa…”Mulutnya ternganga luas. Bila diaorang declare jadi couple? Tak information apa-apa pun kat aku? Kut bagi clue pun jadi la..haiya!! Dira dah upgrade sekarang..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++