http://www.fullmusik.co.cc/

Khamis, 29 Disember 2011

bab 17


 BAB 17
 “Alloo..Team, aku tak jadi lepak dengan korang. Aku balik awal…”

 “Ala..tak best arr..kita orang ingat nak pegi main bowling ...”kedengaran suara Pat membebel padanya.

 “Takpa la..lain kali aku join korang ek?”

 “yelah..yelah..wokey cau..” sebaik sahaja dia menjawab salam Team panggilan diputuskan. Dia kembali menoleh kearah paras Rayyan yang sedang kusyuk memandu. Sesekali pandangan Rayyan akan beralih kearahnya. Pandangan mereka akan bertaut. Senyuman dibibir Rayyan membalas pandangannya. Dia hanya mencebik. Asal la si mixed ‘syok’ terlebih ha?

Dia tak kisah ke si Dira tu ada ‘someone’?. Dia tak ralat ke Dira bercinta dengan orang lain? Sebelum ni dia ingat abang Rayyan ada hati dengan si Dira dan yang pasti Dira pun sebaliknya. Bukan sebelum ni mereka saling ‘menarik’? Haila….

“Nape ni? Jauh berangan?” kepalanya diusap lembut. Dia mengelat. Kemudian tangan Rayyan menyapa pipinya pula. Diketip isi pipi yang lembut itu.

 “Ishh…sakit la ngok” berterabur ketawa Rayyan. Tak lucu pun? Dia menjeling paras Rayyan.

 “Kede…kut”

 “Asal pulak kedekut?”

 “Nak pegang pipi sikit pun marah.”

 “Bro…kau tak da pipi ke?” kini dipandang wajah Rayyan dengan mata bulatnya.

 “Ada tapi macam tanah liat..” terkekeh ketawa Rayyan. Dia hanya senyum dalam hati. Mana mungkin ditonjolkan keramahannya pada si mixed penyibuk ni.

 “Abis pipi orang ni?”

 “Macam debu….halus” senyuman Rayyan semakin mekar. Pandangan Rayyan kini tepat pada laman wajahnya. Kereta kini sudah berhenti di ruang pakir kereta.

“asal kau suka pegang pipi orang la..kepala orang la”

 “I love you..” hah? Giler ke? Ntah dah buang tabiat ke si mixed separuh penjajah ni?

 “baru abang cakap I love you, Naufal dah ternganga macam kena inject BCG jek” ketawa Rayyan. Haila… si mixed tak lambat je nak makan segala sejenis ‘buah’.

 “Tak heran la bro setakat I love you…but..” dia merenung dalam anak mata hazel milik Rayyan “ dah lama Naufal suka kat abang Cuma Naufal pendam jek kat sini…”

 “Dalam ni..” ditunjuk ke dadanya. Tak berkedip mata Rayyan memandangnya. Kini Rayyan telan liur. Betul ke apa yang diucapkan Naufal tadi? Dia bagai terkesima dengan ayat itu. Kalau betul apa yang dikatakan Naufal. Tak payah dia bersusah untuk memancing hati budak separuh jantan ni.

 “Kahkahkah…”berterabur ketawa Naufal. Kepala Rayyan disekehnya. “Giler kau bro…orang nak jatuh hati kat kau?.”

Dia tersedak air liur. “Orang tak minat la taste macam kau ni”

Haaa??? Rayyan jadi bengang. Boleh Naufal kata yang aku ni bukan taste dia? Sedangkan nadira beria-ia nak kan dia. Sherry menunggu jawapanya tapi budak separuh jantan ni tak tertarik langsung kut iya pun just suka macam abang pun jadi la. Sudah kasar semacam jek dengan aku malah tak berminat kat aku. Ape kes? Dia suka kaum hawa jugak ke?

“Nape abang? Kau terkejut beruk ke? Tapi orang tau kau bukan setakat beruk jek baboon, orang utan kau sapu?” Naufal menepuk bahunya sambil tersengih.

“Kau percaya ke?”

 “Tak…”ucapnya perlahan lalu tersenyum tanpa gula. Tangan Naufal dipegangnya kemudian diramas lembut. Dilihat jemari runcing itu kemudian pandangannya beralih ke raut wajah pemilik jemari runcing yang cantik itu.

 “Naufal…tak sayang abang ke?” Nglup!!!! Soalan bunuh diri ni.

 “Sayang?...macam Nadira sayang kau kea bang?” Rayyan menganguk lembut.

 “Dah ler..perut orang dah keluar just dance song ne” sengaja dialih topic lain. Mana mungkin dia sayang abang. Dulu dah puas dia beri sayang itu kepada lelaki bergelar ‘abang’. Sekarang sayang itu dia mahu simpan saja. Dia tak mahu sakit.

“say to me..please…”dikemam ulas bibirnya. “abang nak tahu Naufal sayang abang ke tidak?”

“perlu ke?”

 “perlu…”

“because???”

 “naufal adik abang” Ya Allah kenapa la si mixed ni guna ayat yang sama dengan ayat abang Eddy. Dia tak boleh terima. Matanya kini berkaca..sayang sangat.

 “sayang..”tanpa sedar ungkapan itu keluar dari mulutnya. Rayyan meraihnya kedalam pelukan.

 “Abang sayang Naufal lebih dari Dira” lain dari Dira? Kening bercantum.apa maksud Rayyan? Sayang lebih dari Nadira, adakah dirinya lebih bermakna dalam hidup Rayyan. Sayang seorang abang atau sebaliknya? Dia tidak mahu memikirkan lebih dari luar kemampuan fikirannya.

 Tak kan lelaki seperti Rayyan ada hati padanya yang Cuma seorang gadis nakal dan cara hidup yang tak sesempurna seperti gadis lain. Dia juga akui yang dia tak secantik Nadira dan selembut kakaknya itu.

 Dileraikan pelukan Rayyan. Dia mengukir senyuman lalu disekeh kepala si mixed. Senyuman Rayyan mati. “ Haila..tetiba jek kau feeling, apesal bro? naik meremang bulu hidung aku time kau peluk aku”

“Tak boleh kea bang peluk adik abang?”

 “No..no..kau lupa ey abang? Kita bukannya halal peluk macam ni” sengihan Naufal semakin lebar. Keningnya dijongket memandang wajah Rayyan yang ingin membalas kata-katanya. Betul kata Cik Yah, dia  akan ‘terkandas’ juga dengan anak mummy. Macam mana ne? kena kahwin la macam ne Cik Yah jawabnya.

“Abis tu macam mana nak halalkannya?” soalan bodoh

“kahwin la..abang!!!” jawapan yang bodoh. Naufal tekup mulutnya. Bulaat matanya spontan ketawa Rayyan meledak. Dicuit pipi mulus itu.

“Naaa..abang tak cakap naufal yang cakap. So kita kena kahwin la”

“Hoiya..giler!!!” sepantas kilat dia membuka pintu kereta. Rasa macam tak bernyawa lama-lama dalam kereta tu dengan si mixed separuh penjajah tu. Si mixed memang terer la bab-bab nak matikan orang. Tambahan orang yang senang mati dengan si mixed dia la. Dihembus anak rambut yang menjuntai didahinya.

“let’s go!!!..my girl” tangan Rayyan memeluk erat bahunya. Dia terdorong mengikut rentak  berjalan seiringan dengan Rayyan. Dipandang sisi paras Rayyan, ada senyuman semanis gula kapas diwajah itu.

“Nati time kita lunch aku nak abang cerita pasal kes Dira dengan Fandy tau” ditolak tangan Rayyan yang setia dibahunya.

“Nape curious sangat ne?” kepalanya digosok lembut.

“yelah..selalunya Dira kan 24jam berkepit dengan abang, tetiba jek tukar channel dengan orang lain pulak” dia mencebik bila pergelangan tangannya diraih tangan Rayyan mengikut rentak lelaki itu.

“bunyi macam jealous jek” dijelir lidah sedikit, meloya tekaknya mendengar ungkap itu.” Abang kan handsome sebab tu Dira suka berkepit dengan abang sebelum ni and sekarang naufal pulak”

Sengaja dia menjolok jari telunjuk ke dalam mulut dan buat-buat meloya tekak.
Kerusi tempat duduknya ditarik rayyan dengan gentleman mempersilakan dia duduk. Dia menjuling mata keatas. Malas layan!!!

Rayyan hanya ketawa melihat mimic muka comel itu. “Wei abang, kau ingat Naufal ni Nadira ke? So please jangan jadi Richard Gere kat sini kay…”

“abis tu nak jadi pe?” Rayyan angkat kening sambil melabuh punggungnya kerusi berdepan dengan Naufal.

“Ngok la..kau abang ne, suka back question” Naufal juling mata ke atas lagi.

“Okay..kita terus order makan nah…”

“Hurmmm…” belum sempat Rayyan memanggil waiter untuk pesanan mereka.

“Sorry..bro, aku nak borrow Naufal jap..” tangan Naufal ditarik syuk kuat.  Naufal terpaksa bangun mengikut Syuk keluar dari restoran itu. Rayyan terkejut dengan action spontan dari spesis Naufal jugak. Ngaaa..diorang ada fair ke?

“Ishh..lepas la Syuk. Kau ingat aku ni ‘kekasih’ kau ke?”

“Yup!!! ‘kekasih’ aku yang dikebas orang. Nape kau tak faham-faham Fal?’ pegangan tangannya dilepas. Matanya menatap sayu wajah Naufal yang kemerahan. Hatinya semkin mengila menahan asmara rindu.

“Kau giler!!! aku memang tak faham, tak mau faham dan tak akan faham. Kau puas hati sekarang?”

“kau suka dia ke?” diraih jemari runcing itu namun ditepis.

“Ya..aku suka dia. Puas hati?”

“kau dah lupa abang Edy?” syuk sudah mula kisah tragis dalam hidupnya.

“kau nak aku sepak mulut kau ke?” syuk ketawa bila mendengar katanya. Setiap mata yang lalu depan restoran itu pasti akan memandang mereka berdua.

“Dulu kau nak pinjamkan bahu kau untuk aku bila aku nangis, dulu kau nak pinjamkan telinga kau untuk mendengar luahan hati aku sekarang kau nak sepak mulut aku Fal” mata Syuk sudah berair namun Syuk masih ketawa.

“Dah..aku tak kuasa nak dengar semua cerita sedih kau. Kau memang pelakon yang hebat Syuk!!” ditolak tubuh Syuk dan dia berlalu pergi meninggalkan Syuk. Naufal berjalan  sepantas yang boleh.

Rayyan memanjangkan lehernya memandang pintu restoran itu namun bayangan empunya badan yang dinanti masih pun terjengul di muka pintu. Kemudian dia tunduk menyedut minuman yang dipesan tadi. Dia memandang minuman kegemaran Naufal yang juga dipesannya sama.

“Kau Rayyan kan?” suara yang minta permission nak borrow Naufal menyapanya. Diangkat wajahnya memandang laman wajah yang sedang memandangnya dengan pandangan tak puas hati.

“Yea..so awak ni siapa? Kawan Naufal ek?” senyumannya tidak berbalas. Gadis itu begitu serius dengannya.

“boleh aku duduk” lagak seperti hero dalam filem

“ silakan..” gadis itu duduk menghadapnya. Mata gadis itu memandang minuman didepannya.

“ Apple juice… minuman kegemaran Naufal” ada senyuman pada laman wajah itu. “ okay bro.. just straight to the point,aku nak berdepan dengan kau sebagai seorang lelaki”

Nglup!!! Ne spesis mana pulak? Tomboy ke? orrr…peng..kid????

“ Aku kekasih Naufal, syuk..so aku tak nak kau berhubung lagi dengan Naufal. Dia milik aku!!” Huh? Seorang gadis bagi warning pada seorang lelaki ‘jangan kacau awek dia’ ni nak kategorikan filem apa? …dalam botol ke? no..atau aku bukan tomboy? No…nak cerita disebalik tabir ke? semua filem ni pun dia tengok dengan Nadira. Malay version.. nak aku ‘bubuh’ English version? No..no..tak sesuai untuk tontonan ‘U’ aka umum..

“OO…saya abang naufal” kini giliran dia pulak perkenalkan diri.
“Hah??” tadi dia dah melopong sekarang kau pulak.Bagai nak tercabut tangkai jantung dia bila gadis itu buat pengakuan berani mati. Tapi bukan gadis tu yang akan mati tapi orng yang dengar pengakuan itu akan mati. Nasib baik dia orang yang kuat, kuat semangat, kuat iman dan kuat bersabar..haila…

“Abang? Bila masa pulak Naufal ada abang? Setahu aku dia dua beradik dengan Nadira, kalau dulu abang edy sekarang dah tak da”  what mean? Abang edy dulu ada sekarang tak da? Orang yang sama  ke yang Naufal selalu sebut dalam tidurnya. Anak mummy yang mana pulak? Atau fair macam gadis itu jugak, Edy tapi Edyana…haila..

“Nampak sangat awak ni tak close sangat dengan Naufal kan? Tak tahu apa-apa yang terkini mengenainya” gadis itu mengetap bibir.

“Atau awak Cuma bertepuk sebelah tangan? Saya tengok cik ne macam terdesak jek. Maksud saya macam memaksa Naufal menerima diri awak yang ‘tak sempurna’ macam saya” Syuk sudah mengengam penumbuk. Lelaki ini jauh lebih pandai dari edy, tak mudah termakan dengan kata-katanya. Maybe dia ambil course law..

“Dan satu lagi…Naufal pernah bagi tahu saya yang dia tak da sesiapa pun dalam hatinya sekarang. Bagi saya awak termasuk juga golongan yang hidden tu.  Saya nak ingat kan awak CIK Syuk, sedarkan diri sendiri sebelum buat pengakuan dengan siapa awak bercinta. Undang-undang di dunia maybe tak tegas tetapi undang-undang islam sangat mengharamkan hubungan sejenis” ada senyuman sinis diwajah itu, sengaja ditekan perkataan CIK agar gadis itu faham siapa dirinya sebenar.. Syuk sudah bingkas bangun mengengam penumbuk.

“Don’t be angry. Awak cantik pasti ramai lelaki yang akan terima cinta awak so jangan jatuh cinta pada orang yang salah.” Rayyan bingkas bangun dan berlalu pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Syuk memandang tajam lelaki itu. Rayyan memandang sekilas sambil melambai tangan mintak diri.

“Ramai lelaki akan terima cinta aku? Jatuh cinta pada orang yang salah?” ceh!! Syuk ketawa sendiri kemudian dia mencebik. ‘kau tak tahu ramai lelaki durjana yang terima cinta aku dan aku tak pernah jatuh cinta pada orang yang salah kau yang tersalah pilih orang’

“Kau belum tahu lagi setakat mana hubungan aku dengan Naufal sudah jauh terlanjur. Kalau kau tahu kau akan lepas Naufal seperti Edy.”  Syuk duduk kembali kemudian dia menyedut minuman Naufal. Dia tahu pasti lelaki itu order untuk Naufal.

Rayyan mengibas leher kemejanya cuba menghilang panas namun panas itu bukan dari cuaca tetapi dari hati. Naufal entah menghilang kemana? Atau Naufal yang mintak gadis itu tahu explain padanya tentang hubungan mereka..arghhh…no..no.. Naufal bukan jenis tu. Rayyan jangan cuba salah sangka, siasat dulu. Tanya Naufal dulu dan mintak penjelasan hal sebenar.

‘Never let me down..never..’ hatinya rasa bagai dihiris halus bila teringat kata-kata gadis itu tadi “ Aku kekasih Naufal, Syuk. so aku tak nak kau berhubung lagi dengan Naufal. Dia milik aku!!”

Dia bagai nak tersembul segala isi perut. Tak mungkin Naufal terjebak dengan cinta sejenis? Selama ni Naufal tak suka aku sebab inikah?   Rayyan jadi bingung. Tak mungkin!! Aku perlu berjumpa dengan Naufal. Aku perlu dengar sendiri dari mulut dia. Naufal budak baik..tak mungkin dia terlanjur ke batasan yang diharamkan Allah.