http://www.fullmusik.co.cc/

Sabtu, 1 Januari 2011

PUTERA YANG TERBUANG

oleh: ilhanurani
     “Kak Yong…kak Yong!!” suara Zali tercungap-cungap bagai separuh nyawa melayang. Dia mengalihkan pandangan pada Zali adik lelaki bongsunya yang  temporary buat masa sekarang, sebabnya dalam perut umi masih tak pasti lagi jantinanya adik baru yang bakal dilahirkan umi bulan lima ni.

      Guli ditangan disimpan balik dalam beg karung buatannya sendiri. “Zali panggil aku jap”

      “Giliran kau, aku ganti ye?” Amad tersengih. Diambik karung guli dari tangan Zalia.

      “Bagi menang tau..kalau tidak aku piat telinga kau. Dah banyak guli aku abis sebab kau kalah” Ajis, Husni dan Daus ketawa saja.

       Semua disitu hanya dia seorang saja perempuan yang bermain dengan mereka. Masalahnya bukan pupus budak perempuan di kampong itu tapi dia yang tak berminat nak join budak-budak perempuan di situ bermain. Mana taknya  main pondok-pondok, kahwin-kahwin tak pun main anak patung, kalau dia join pun yang pastinya dia akan jadi suami tak pun ayah pada Imah dan Laili… huawaaa..azab..azab..

      Dia berjalan kearah Zali yang tunduk melepas penatnya. “Ha? Kenapa?”

     “Kak Yong kita ada partner baru kat rumah” Zali tersengih memandangnya. Itu ke ceritanya ingatkan transformers turun ke bumi terus pegi rumahnya tadi.

      Zalia tersenyum memandang Zali yang hanya pakai seluar pendek paras lutut. Tak sempat sarung baju la tu. “Laki ke perempuan?”

    “Sure laki Yong…Jom! Umi suruh balik sekarang kenal-kenal dengan geng baru kita tu” tangannya sudah ditarik Zali.
 
      “Woi!!! Ya…kau tak nak main dah ke?” laung Ajis.

     “Tak..umi aku panggil balik ada orang datang rumah aku. Amad..kau mainkan untuk aku ye”
 
      “Ok Ya..semua guli ni aku simpan kat aku dulu nah..”

      “Simpan jek jangan cilok” dilambai tangan pada mereka berempat. Dia hanya berjalan kaki pulang ke rumah kerana tempat mereka main tak jauh dari rumahnya hanya dalam lima minit untuk sampai ke rumahnya.

      Sebaik sahaja dia dan Zali sampai ke rumah. Dilihat kereta mewah bersilau-silau warnanya diparkir dibawah pokok rambutan abah yang rendang itu.

   “Siapa diorang ni angah?” dia membisik ke telinga Zali.

   “Kalau tak silap pendengaran angah diorang orang Bandar”

   “Tahu la…ceh!” disekeh kepala Zali. “Maksud kak Yong diorang ada apa-apa ke dengan keluarga kita?”

   Orang Bandar sudah tentulah tengok kereta sudahlah kalau kat kampong pun tak da la kereta mewah macam ni. Dia belum jumpa lagi la.

   “Kak yong ni.. Rasa angah diorang ni sedara-mara kita la kalau tidak buat apa bapa dia nak hantarnya ke sini?” apa??? Hantar ke sini??? 

    “Yeke? Abah nak bela anak baru ke?”

    “Boleh dikatakan begitu la Yong..”

    “Haa…kak Yong meh sini abah kenalkan dengan ayah chaq kamu. Dia abang angkat abah dulu sebelum keluarga ayah chaq ni ambik balik” oo..begitu. patutlah dia tak pernah nampak kewujudan lelaki yang bernama ‘ayah chaq’ pun sebelum ini selama hidupnya empat belas tahun ni.

   Dinaiki anak tangga rumah itu manakala Zali membontoti belakangnya. “Salam dengan ayah chaq kamu. Mereka ni datang dari Kuala Lumpur

    “Man.. ni anak sulong aku, Zalia namanya sama umur dengan Amzar” Disalam tangan lelaki yang dipanggil ayah chaq. Umi dan abah hanya tersenyum memandangnya.

    “like boy.. Hurm..kamu sihat Zalia?” dia macam nak tersedak air liur. Zalia? Huh! Feminine sungguh!!! Azab.. “Ya..panggil saya Ya, saya sihat je. Ayah chaq?”

    “Hahaaa..oo..Ya. nice nickname tu. Sihat..kenalkan dengan anak lelaki tunggal ayah chaq Amzar” baru dia perasan ada seorang lagi orang Bandar tapi yang ini nampak sebaya dia jek. Ehem..ehem mungkin dia belum baligh lagi sebab tu nampak sama paras dia jek tapi body agaknya aku besar lagi kut?

    “Hai…” dia angkat tangannya isyarat ‘say hi’. Nak salam tak tergamak rasanya macam  acara membatal air sembahyang pulak. Namun si budak bernama Amzar tu buat derk je. Ceh!! Ada yang nak kena backhand aku, action sangat.

    “Am..say hi too for Ya. Now she can be your friend”

    What pa? she’s not good for me” mata si Amzar tu turun naik memandangnya atas bawah. “she’s very dirty and bad smell”

      Ceh!! Budak ni speaking English pulak. Mengutuk aku la tu. Tapi aku tau la jugak bahasa omputeh ni dirty?= maksudnya dia kata aku pengotorlah tu.

      Dah la cermin mata macam kanta telescope tak yah dah aku pakai teropong ambik je cermin matanya itu. Macam budak skema jek. Huh!! Tragisnya hidup aku kalau budak skema ni tinggal sebumbung dengan aku.

    “Ya..tolong tengokkan Amzar untuk ayah chaq ye.” Dia angguk je tapi tak rela. Tolong tengok je kan? Jangan harap lepas ni aku nak ber’bestfriend’ dengan si Nerd tu. Siapa suruh awal-awal dah tunjuk derhaka dekat aku. Ini Ya la...

     Ini partner yang Zali nak masuk dalam groupnya huh! Wonderpat pun tak hingin nak ambik budak nerd ni. Awal-awal dah condemn orang. Budak Bandar berlagak!!!


    “Kak yong kena baik-baik dengan Amzar ye” itu pesan umi.

    “Nanti kalau Amzar nak mintak tolong apa-apa ke kak yong kenalah tolong dia ye” itu pesan abah.

    “Kak Yong!! Nak masukkan si Amzar dalam group kita tak?” itu pertanyaan Zali. Nampak macam Zali pun tak berminat dengan budak skema tu. Sombong!

   Macam dia tu putera raja nak dilayan standard first class. Ceh!

    “Kak yong tahu tak yang sebenarnya si Amzar tu kenapa terbuang ke sini?” dia hanya menggeleng kepala. Zali mengamit tangannya supaya dia mendekat kepalanya pada Zali. Lalu dibisik sesuatu ke telinganya. “ oooo..kiranya si Amzar tu putera terbuang la”

     Dia ketawa senang hati. Tapi kesian pulak dengan si nerd tu. Terbuang oleh ibu sendiri dan sekarang ayah sendiri sibuk kerja tak dapat nak jaga terpaksa buangkan dia ke sini.

    “Kak yong…bilik tidur tu bagi Amzar duduk ye”

    “Mana boleh umi..Amzar tu kongsilah dengan angah diakan laki sama jenis dengan angah.”

     “Amzar tak selesa. Lagipun kesian dia tak boleh lagi nak biasakan diri di kampong ni” alas an yang tak boleh diterima langsung. Berlagak macam anak raja. Piiiraahhh.. putera terbuang kena la kau dengan hang Jebat ni kalau hang tuah boleh la setia dengan raja tapi aku tidak.

   “Nanti abah belikan basikal baru dekat kak yong nah. Tapi bersyarat.” pujuk abah. Adoiya..ni yang lemah. abah guna ayat sychology
 
   “Yelah..yelah..tapi abah jangan mungkir janji tau apa syaratnya?”

   “Bagi dapat duduk kelas depan pun abah tak kisah”

   “Apa pulak kelas depan ni abah?”

   “Yela..dulu kak yong janji nak dapat tempat pertama abah tunggu ingat nak bagi hadiah basikal tapi dapat tempat pertama kelas belakang buat apa”

   “Tak aci la abah..tempat pertama jugak.”

   “Main jek banyak. Ni ada Amzar belajar dengan dia. Dia UPSR dapat 5A dan sekarang duduk kelas depan kak yong. Tak malu ke?”

   “Buat apa nak malu bah.. bukan kak yong bukak baju depan dia”

   “Ewah…melawan ye” telinganya sudah dipiat umi. Zali yang sedang makan nasi ketawa mengekek.
 
   “Tak kira. Abah nak PMR tahun depan kak yong kena skor 9A untuk abah dan umi” huaawaa..9A ke?

    “Abah daftar bahasa arab untuk kak yong kalau teruk sangat pelajaran kak yong kali ni abah hantar kak yong ke sekolah pondok terus” Haila..abah betul-betul nak basuh aku. Kali ni bukan dengan Clorox atau vanish tapi dengan Al-Quran dan As-sunnah.

   “Cepat pegi panggilkan Amzar makan malam” ceh! Macam tuan besar budak nerd ni. Melampau betul.


    Abah hantar Zali ke sekolah rendah manakala dia terpaksa mengayuh basikal ke sekolah sendiri. Tapi dulu senang je dia mengayuh basikal laju boleh merempit lagi  sekarang mau semput dia bila sampai ke sekolah mana tidaknya ada pembonceng baru.

    Separuh nyawanya melayang. Kalau hari-hari mau mati kurus dia tak yah dah diet-diet. Kejam betul putera terbuang ni. Ada ke tak reti bawa basikal. Bukan kena ambil lessen pun. Senang je bawa basikal ni aku yang masih duk pakai pampers lagi dah pandai bawa basikal bukannya ada gear pun.

   “Rehat nanti aku cari kau ye”

   “kau nak rehat dengan aku ke?”

  “Habis tu? Aku kan baru disini” lorh..tak reti-reti nak cari kawan ke? Nama jek genius tapi bengap jugak tak bersosial langsung. Budak macam ni baik dihapuskan tak menjamin masa depan Negara pun.

   “Ok..kelas aku dua kebelakang dari kelas kau tau” si Nerd tu mengangguk dan berlalu pergi. Apa la tragis zaman kanak-kanak aku. Selalunya happening je sekarang dah pening.

   “Ya..aku dengar kau ada kawan baru” sapa Amad tersengih didepan mejanya sebaik sahaja dia melabuh punggug ke kerusi duduknya.

   “Kawan baru apa. Dia tu sepupu aku la” sepupu ke? Baik bagitahu sepupu je senang cerita sikit.

   Ajis cakap dia budak pandai kelas depan. Yeke?”

   “Hurm..pandai..skema dan sombong!!!”

   “Kau tak suka dia ke?”

   “Kau nak ke?”

   “Ngee..tamau la skema macam tu. Tengok rambut dia sudah la kutu pun tak nak bermaustatin”

    Zalia sudah ketawa. “Bagus la wei…bukan macam kau”

    “Kau hina aku ey?”

    “Alah..emo la kau ni”

    “Datang bulan..” Amad sudah ketawa mengekek.

    “Kurenggg..” disekeh kepala si Amad. Pagi-pagi dah buat lawak meloya tekak.

    “Wei..kau tahu tak Husni dah baligh sekarang dia dah tak mau join kita. Malulah tu” Zalia tersenyum. Mereka masih lagi diketegorikan kanak-kanak. Tapi sekarang Husni melangkah kea lam remaja dulu dari mereka berlima.

    “Ok..aku balik tempat dulu. Cikgu Doremon dah datang. Ya..ingat tau rahsia tadi” Amad mengeyit mata padanya. Patutlah  semalam waktu dia pulang dari kedai Wan Yazid dekat simpang dia terserempak dengan Husni tapi Husni langsung tak nak tengok dia. Suara dah berubah takut nak tegur la tu. Cepatnya mereka membesar…..


   Sudah tiga bulan dia hidup satu bumbung dengan putera terbuang tu. Hubungan dia dengan Amzar boleh dikatakan suam-suam kuku. Amzar tu lebih suka berkurung dalam bilik kalau keluar pun makan dan nak kencing jek. Tak tahan dengan putera terbuang ni bukan apa nak qada hajat besar pun nak berteman takut. Yelah tandas di rumahnya dalam bilik  tapi disini kat luar rumah.

  Makan minum sekarang semuanya,dia terpaksa uruskan sendiri kerana umi sudah bersalin dan sedang berpantang. Semua benda dia kena buat nak harap umi kesian umi dah sakit beranak. Eh sakit ke? Sakit la dah umi cakap sakit. Dia mendapat adik lelaki jugak yang diberi nama Zawawi. Nampaknya dia hidupnya kini dikeliling lelaki. Boys over flower la…hehe…

  Petang tu macam biasa dia akan keluar bermain dengan Amad, Ajis dan Daus tapi kali ni putera terbuang nak ikut jugak katanya boring pulak duduk rumah. Tahupun si putera terbuang tu nak hirup udara kampong. Mahu pulak putera terbuang tu nak bermain lumpaur dengan mereka. Pelik?

  “Ya..asal kau makan macam tu?” si putera terbuang tu dah berani menegurnya.

  “Nape lak? Memang orang makan tebu macam ni”

  “Guna pisau la kupaskan kulitnya dulu.” Patutlah putera terbuang ni tak makan-makan batang tebu tu.

  “Ya..sepupu kau ni pakai gigi palsu kot?” Ajis sudah ketawa mengekek.

  “Baik kau pakai polident” Amad turut menyampuk. Amzar sudah tarik muka kena bajak sawah.

  “Kalau kau nak makan tebu macam kita orang baik kau makan sekarang kalau kau nak pakai pisau baik kau blah sekarang” Daus sudah menjuih bibir. Meluat dia dengan sepupu baru si Ya ni. Berlagak!

  “Dah…dah.. Meh sini aku kupaskan untuk kau” Dia jadi kesian pulak dengan putera terbuang itu. Mana dia nak biasa dengan ‘benda-benda alah’ macam ni. Dalam lima minit dia dah selesai mengupas kulit tebu untuk Amzar dengan menggunakan giginya.

  “Kau ni penyayang la Ya, mau jek aku jadi sepupu kau” Amad mengusiknya. Disua tebu yang sudah dibogelkanya.

  “Nah….”

  “Bekas mulut kau Ya..”Ek ena budak ni. Masih lagi action tahap cipan . berlagak!

  “Makan je la bukan senang kau nak makan bekas mulut aku” dia cuba mengukir senyuman semanis gula kapas. Amzar mengambilnya lalu mengigitnya dengan perlahan-lahan.

  “Wah…mesra alam betul kau ni Ya…”Daus mencuit dagunya. Ditepis kasar dan dibalas dengan menumbuk bahu si Daus.

   “Lepas ni kita main bola nak?”Ajis memberi cadangan.

   “Aku ingat nak ajak korang pegi mancing”

   “Haa ye la aku sokong cadang Ya. lagipun  sekarangkan musin orang ambik padi. Hui..ikan keli, ikan puyu, haruan dari datuk nenek ke anak cucu cicit suma ada tau diorang nak berhijrah time ni la sesuai memancing kan..Ya?”

  “Lepas tu kita jual kat Wak Leman tak pun Abang Halim mesti diorang mau beli punya..kan..kan” Amad sudah jadi mata duitan.

  “Kau nak ikut tak Am?”
  “Haa..aku tak siap lagi latihan matematik”

  “Ceh!! Rileks la esok cuti sekolah la” Amad menepuk bahu Amzar. Amzar mengosok bahunya takut ada kotoran dari tangan Amad. Ajis, Daus dan Amad menjuih bibir. Meluat!

  “Ya..aku nak pegi basuh tangan kat air sungai tu ye” dia hanya mengangguk macam bapa memberi izin pada si anak.

   “Eaa..geli aku tengok budak Amzar tu. Kau tak rimas ke Ya?

   “Lain kali Ya kalau kau nak main dengan kita orang jangan bawak dah si Amzar tu nah..” pesan Daus. Rimas hati. Rimas perut  bila dia melihat kemesraan Zalia dengan Amzar.

  “Dia kan sepupu aku. Kalau aku tak kawan dengan dia siapa lagi nak kawan dengan dia”

   “Zali kan ada”

   “Zali tak mau kawan dengan dia”

  “Tengok..adik kau pun tak nak kawan budak skema tu. Kau boleh pulak nak kawan dengan dia.” Dia kan putera terbuang. Korang tak tahu. Dia takda sesiapa nak mengadu, tak da siapa nak menemannya, tak da sesiapa nak berbual dengannya. Kesian kan?

  “Tolong!!! Tolong aku Ya.. tolong!!!”

  “Eh! Ya ..Am jatuh dalam sungai la” Ya Allah…dia bingkas bangun dan berlari ke tebing sungai tanpa berfikir panjang dia terus terjun menyelamatkan Amzar. Dan semenjak peristiwa itu hubungan dia dengan Amzar semakin rapat. Amzar tak lagi dingin dengannya. Amzar selalu menolongnya. Dan Amzar kini menjadi Tutor friendnya.


     “Ish..ish..ada ke tu jawapannya?” kepala diketuk lagi dengan hujung batang pensil 2B ditangan Amzar. “Dah la karangan bahasa English banyak salah grammar”

     “Eeaa..kau ni Am, berhati perut la sikit. Aku dengan benda-benda alah ni memang tak boleh nak diselamatkan lagi”

    “Dah..dah..jangan bagi alas an. Abah dah bagi kuasa veto sepenuhnya pada aku untuk aku mengajar kau cukup-cukup. Lagipun PMR nak dekat dah” ye..sedar tak sedar dah setahun lebih dia hidup dengan putera terbuang ni. Buku latihan matematik ditutupnya.

     “Cukup la setakat ni Am. Otak aku dah blur…nak tengok kartun lak”

  “Tu yang otak kartun macam shin chan..” kepalanya disekeh Amzar. Putera terbuang sekarang ni dah berani buatnya.

   “Ya…kau mesti berjaya untuk aku”

   “tak da benefit pun.” Dijuih bibirnya. Dia sekarang sudah jarang keluar berkawan dengan Ajis,Amad dan Daus. Dia banyak menghabiskan masa dengan Amzar. Memancing bersama. Makan tebu bersama dan semuanya bersama Cuma mandi je tak.

   “Banyak benefitnya kau tak tahu. Satu hari nanti kau akan dapat semua yang kau berikan pada aku” Zalia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Apa benda yang dia berikan pada Amzar?

   Amzar mengurut dahinya. “Jangan berkerut sangat nanti kau tak comel”

   Ditepis tangan Amzar. “Aku tak faham apa yang kau cakap?”

   “Satu hari nanti kau akan faham masa ni bukan masa yang sesuai untuk buat kau faham. Kita perlu belajar sehingga berjaya. Dan aku nak kau tahu yang kau adalah sunshine bagi aku” makin merumit kata-kata Amzar. Bukan masa sesuai? Aku sunshine bagi didirinya??? Waa…budak ni dah jadi putera romeo nampak.

   You always makes me smile and happy like sunshine” Amzar tersenyum memandangnya dan dia masih lagi memikir kata-kata Amzar yang penuh tanda tanya bagi dirinya.


    Sejak mereka meningkat remaja. Dia cuba membuat jurang dengan Amzar. Dia kini sudah bergelar anak dara dan dia tahu Amzar jugak sudah menjadi teruna yang faham keadaan mereka. 

     Amzar mendapat anugerah pelajar terbaik disekolah kerena mendapat 9A dan dia hanya mampu mengutip 3A 4B 2C. Amzar sekarang menjadi pelajar popular dikalangan guru-guru malah budak-budak perempuan yang tergilakannya.

     Ditambah pulak Amzar sekarang memengang jawatan sebagai ketua pengawas tingkatan.  Amzar lah juara olahragawan. Amzar lah juara pidato. Amzar lah harapan sekolah dan dia tak siapa yang pandang jauh lagi untuk menegur. Kalau berjalan dengan Amzar dan berselisih dengan kawan-kawan mereka pasti menegur Amzar dulu.

    Dia dapat rasakan yang jurang tu amat ketara. Dia tak layak berdampingan dengan Amzar sekarang. Too different…

  “Zalia…” ada suara memanggilnya sewaktu dia berjalan ke kantin sekolah. Dia mengalih pandangan pada si pemanggil tadi. Afrina! Salah seorang pelajar terbaik disekolah bukan saja pandai malah Afrina memiliki raut wajah yang cantik.

  “Awak sepupu Amzar kan?” dia hanya mengangguk. lembutnya Kenapa ratu sekolah ni bertanya perihal hubungan aku dengan Amzar?

 “Amzar ada yang special tak lagi?” dikerut dahinya

 “Maksud Rina, Amzar ada awek tak?”

 “Awek? Mau terkejut beruk aku kat sini tak pun mati katak. Si Amzar tu skema. Ulat buku mana dan nak layan perempuan.” Siot!! Ada ke soalan ni dia nak bertanya.

 “Kalau macam tu tolong serahkan surat ni dekat Amzar ye..ok thanks see you soon” sepucuk surat warna pink sudah berada di tapak tangannya. Ceh! Tak da warna lain ke?
Dibelek surat itu. “surat apa?” love letter ke? Oh No….

    Amzar dah tak memboncengnya kerana Amzar mendapat hadiah basikal jauh lebih cantik dan canggih dari basikalnya. Itu hadiah dari papa Amzar, ayah chaq. Amzar kini kelihatan lelaki maskulin segak dan bergaya. Semua benda sekarang Amzar boleh buat sendiri. Contohnya kayuh basikal, panjat pokok. Hurm…banyak la si Amzar ni dah terer tak yah guna khidmatnya lagi macam dulu.

  Agak susah dia nak memberi surat ni pada Amzar kalau dirumah. Dia tak berani nak masuk ke bilik Amzar. Amzar sekarang sudah dewasa. Sudah teruna.  Pernah dulu Amzar kekok melihatnya bertudung dalam rumah.

 “Ya..nak pegi mana pagi-pagi ni?”

  “Tak pegi mana la..”

  Ada orang datang ke tadi?”

  “Tak da la..nape?”

  “Asal pakai tudung?” soalan bodoh bagi orang yang dah tahu hukum hakam agama tapi bagi diri Amzar soalan itu soalan yang dia tak pasti. Kejutan environment . selalu tengok aku dengan rambut bertocang satu sejemput dan sekarang dia tengok aku dah bertudung macam kat luar. Sebab itu dia rasa macam orang asing. Tak bercakap sangat dan dah tak pegang-pegang tangan aku dah.


   “Am..nah ada surat” disua surat berwarna pink sebaik sahaja Amzar memberhenti basikalnya. Penat jugak dia mengejar Amzar mana taknya basikal Amzar ada gear.

  Surat apa?”

  “Entah?” mata Amzar memandang tepat anak matanya.

  “Ya…kita masih muda lagi. Kalau kau suka kat aku pun aku harap kau simpan dulu biar kita kejar cita-cita kita dulu” suka Amzar? No wei…bila masa aku suka dia?

  “Bila aku suka kau?” suaranya sudah tidak boleh decontrol lagi. Volumenya dah melebih tahap pendengaran biasa.

  “Ya..aku tahu kau suka aku kan? Kalau tidak buat apa kau beritahu Afrina yang kau awek aku” ceh!! Ni dah melampau!! Berani-berani si Afrina senget tu fitnah aku. Digengam tangannya  menjadi segengam penumbuk. Diketap bibirnya menahan amarah yang semakin memuncak.

  “Lebih baik kau bunuh aku Am..dari kau percaya dengan fitnah tu” Dilihat Amzar tersenyum sinis.

  “Aku tak kisah Ya kalau kau suka aku tapi jangan sampai kau heboh satu dunia yang kau suka aku”

  “Mohamad Amzar Azman!!!” nak saja dia tampar-tampar mulut jahat tu.Amzar membuka surat itu lalu dibacanya. “ See here… kau kata kau nak aku jadi boyfriend kau. Hahaaa…eja boyfriend pun salah boyfrenz”

 Kurang  ajar putera terbuang ni dah semakin melampau. Merah padam dia menahan segala amarahnya sebab dia bukan jenis suka marah-marah tak tentu pasal tapi kali ini dia akan marah sebab dah tentu pasalnya.

 Dush!!! Satu tumbuk hinggap dipipi putera terbuang. Memang aku akan buang kau dari hidup aku putera Amzar. “Jangan kau kutuk aku Am.. satu lagi aku tak akan pernah suka dengan orang yang nama Mohamad Amzar Azman. Faham!!!”

  Ditolak basikal Amzar dengan kakinya. Ingat aku pakai kain aku tak reti bersilat. Ingat aku dah jadi feminine aku akan lemah lembut selamanya. Don’t forget me la… ini Ya la…Namun Ya tetap akan menangis sekarang. Zalia mengayuh laju basikalnya bukan pulang ke rumah tapi dia pergi ke suatu tempat yang dia sendiri akan rasa tenteram.

 Dilepas basikalnya tanpa bertongkat. Dia berjalan menuju ke pangkin ditepi sawah yang kini sedang menhijau seperti hamparan permaidani. Indahnya! Tapi hatinya?Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Selama ini dia sukar untuk menangis. Dia demam ke dia sakit jatuh pokok ke dia tak akan menangis. Dia kena libas dengan batang paip dengan abah pun dia tak nangis macam ni Cuma air mata bertakung jek. Dia kuat tapi dengan Amzar dia tewas! Dia kalah. Dia menangis kerana Amzar. Dia lemah kerana Amzar. Kenapa? Kenapa?   
 
  ‘Aku benci kau Amzar!!!’ aku tahu aku tak layak berdampingan kau oleh sebab itu kau tuduh aku yang bukan-bukan. Dikesat air matanya dengan hujung lengan baju sekolah. Sakit ke Amzar? Kuat ke aku tumbuk dia tadi? Ah!!! Biar padan muka perasan macho tu. Dah lama aku tak naik hantu. Nak main fighter-fighter tak boleh dah, aku dah besar dan sekarang itulah hasilnya. Aku tak akan lupa apa yang kau buat pada aku putera terbuang dan si Afrina senget tu tahulah apa yang aku nak buat….Zalia mengetap bibir dan otaknya mula ‘berkerja’ untuk mengerjakan seseorang.


   “Umi..kak yong marah siapa?” soal Zali tiba-tiba. Umi yang sedang menyusu Zawawi berpaling kearahnyanya.

   “Nape angah cakap macam tu?”

   “Angah tengok tadi kak yong cuci bilik air” Zali sudah duduk bersila depan umi. Kemudian dia mengusap kepala Zawawi yang sedang khuyuk menikmati susu umi.

   “Hish…adik ni dah pandai berjalan pun nak nenen lagi ye?” Zali tersengih melihat Zawawi yang berhenti menyusu itu. Dicuit pipi mulus itu berkali-kali.

  “Angah lagi teruk sampai umur dua tahun” perli umi. Zali dah muncung sedepa. Malu bila umi buka ‘buku sejarah’ balik.

  “Haa..angah kata kak yong cuci bilik air? Baguslah..bukan senang nak tunggu kak yong kamu tu rajin..”

  “Kak yong kalau marah jek umi jadi rajin.  Kasut sekolah angah pun kak yong basuh, ni marah dah tahap cipan..” Zalilah tersenyum lebar bila mengingati fiil si anak daranya seorang tu. Kalau  si Zalia tu marah pasti anak dara itu rajin mengemas atau membasuh sesuatu konon nak hilang rasa sakit dihati tapi nasib baik semua benda si Zalia tu buat semua menjadi kalau dibuatnya habis berkecai tak pun rosak teruk jugak. Kalau nak si Zalia tu rajin terlajak buatlah dia marah….

 “Biarlah..kak yong marah kat kawan dia di sekolah la kut? Tadi masa balik sekolah umi tengok kak yong tak cakap banyak pun. Tengah marah la tu”

  “Tapi angah pelik la selalunya kak yong balik dengan Amzar..”

  “Amzar tak balik sekolah lagi ke?”

 “Belum umi.. Meh adik!! Angah dukung ye” diambil Zawawi dari pangkuan umi.

 “angah tengok adik jap. Umi nak pegi hidangkan makanan, kejap lagi Amzar balik tak pun abah kamu balik nak makan. Kak yong kamu cuci tandas pulak kot?” umi menjenguk ke dapur bunyi berus sudah tidak kedengaran.

 “Haah…tadi kak yong tanya angah nak cuci apa lagi. Angah katalah kasut angah. Baju angah lepas tu angah kata lagi kalau kak yong rajin cuci tandas pulak kat luar.” Hehee…Zali sudah ketawa. Seronok kenakan kak yongnya yang kini diserang angin monsun barat daya. Ada ke? Tapi fiil si kak yong tak merugikan siapa-siapa malah menyumbang tenaga dan meringankan beban.

  “kamu tu pemalas..” umi sudah menghilang ke dapur. Zawawi mula merengek bila menyedari si umi tiada disitu.

  “Adik nak naik belakang angah ey?” mujur ada Zali yang suka melayan kerenah Zawawi. Senang sikit kerja umi didapur. Sesekali kedengaran suara Zawawi mengekek ketawa. Ada la lucu bila diacah angahnya itu.

  “Assalamualaikum..angah! kak yong mana?” soal abah tiba-tiba muncul depan pintu rumah. Disebelah abah ada Amzar.

   “Nape abah?” soal Zali kehairanan. Soalan abah tak dijawabnya.

   “Kak yong mana???” deras suara abah membuatkan Zali tersentap. Zawawi dibelakangnya mula menangis terkejut.

  “Kenapa ni abahnya?” soal umi datang dari dapur. “Cari kak yong sampai marah-marah macam ni?

 “Kak yong dah melampau!! Tu abah dah kata nak hantar dia ke pondok umi tak kasi kata dia boleh jadi perempuan. Tengok la sekarang kak yong dah jadi samseng” abah menarik tangan Amzar dekat dengannya lalu diangkat wajah amzar yang sejak dari tadi asyik menunduk kebawah. Umi dan Zali terkejut melihat paras Amzar yang lebam dipipi sebelah kirinya itu. Apa kes?
 “Kak yong tumbuk Amzar. Ada budak sekolah nampak lepas tu dia terus report pengetua tu yang abah kena panggil ke pejabat tadi.” Zali menjeling Amzar. Tak mungkin kak yongnya bertindak tanpa bersebab.

  “Zalia pukul kamu ke Am?” soal umi? Dibelek paras Amzar itu.

  “Ya tak sengaja..”itu saja yang mampu Amzar katakan disaat ini. Semasa dia jatuh selepas ditumbuk Zalia pun dia tak menyalahkan gadis itu. Dia tidak berniat untuk menghebohkan hal ini tapi sudah terlambat. Afrina ternampak mereka bergaduh lagipun tempat mereka tak jauh dari perkarangan sekolah. Waktu berjumpa pengetua pun dia hanya mengatakan Zalia tidak sengaja.

 “Kak yong mana umi?”

 “Kat belakang sedang cuci tandas” umi mengambil Zawawi yang sedang menangis. Ditepuk-tepuk lembut anak kecil itu memujuk supaya diam. Abah menarik tangan amzar berlalu ke belakang dituruti umi dan Zali.

 “Kak yong!!!” Zalia yang sedang merawat hati sedang asyik memberus lantai tandas itu berpaling 180°. Dilihat abah sedang berjalan menghampirinya dan disebelah abah ada putera terbuang. Zalia mengetap bibir.

 “Abah…”

 “Abah tak ajar kak yong jadi samseng. Kenapa tumbuk Amzar?” nak ke dia cerita hal sebenar? Abah msti percayakan Amzar. Mahu bertambah marah abah kalau abah percaya cakap Amzar yang dia sukakan lelaki itu. Ceh!!

 Dia hanya mampu tunduk. Sempat dia menjeling Amzar dengan wajah tak bersalah. Nak jek dipijak muka si Nerd tu. Huh!!

 Abah mengambil getah paip air yang panjangnya 10 meter lalu dilibas ke betisnya. “abah nak kak yong jadi perempuan bukan jantan!!!”

 Sekali lagi getah paip air dirembat kali ini dibelakangnya pulak. Dia tak menangis. Sakit? Ya Allah teramat sakit lagipun dah lama dia tak kena ‘benda alah’ tu.

 “Dah la abahnya..” marah umi. Zali turut menarik lengan abah supaya berhenti menghukumnya. Amzar? Putera terbuang itu hanya mampu memandang dengan pandang kasihan.

  “Abah..kak yong tu dah besar tak elok pukul macam ni. Dia dah anak dara bukan begini caranya nak mengajar anak.” Marah umi lagi. Dan sekali lagi dia dirembat. Pedih!!!

  “Abah nak kak yong mintak maaf dengan Amzar. Sekarang!!!” patut ke dia mintak maaf pada Amzar? Bukan dia yang bersalah. This is not fair!!!!
 “Cepat!!! Macam mana abah nak jawab dengan ayah chaq kalau macam ni Amzar hidup dengan kita sampai lebam-lebam” abah menarik tangannya supaya dekat dengan Amzar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Ya Allah aku bermimpi ke? Tapi kenapa aku terasa sakit. Sakit badan. Sakit hati.

  “Yaa….”

  “Am..a..ku..mintak maaf” ujarnya tanpa rela. Dimatanya lelaki itu penuh dengan kebencian.

  “Yaa..aku yang perlu mintak maaf” ceh!!! Pegi dah…ayat romeo. Tunjuk alim kucing siam konon..

  “Am…abah mintak kamu maafkan Ya. Abah harap kamu boleh berkawan dengan Ya macam biasa ye” amzar mengangguk lemah. dipandang paras wajah Zalia yang langsung tidak memandang dirinya. Ya…aku nampak sunshine tu semakin menghilang dari wajah kau..


  Malam itu Amzar tidak boleh tidur. Diletak lengannya ke dahi. Matanya masih terkebil-kebil memandang atap rumah itu. Tadi dia terdengar suara Zalia mengerang kesakitan. Mungkin umi sedang menaruh minyak gamat ke luka Zalia. Pasti berbirat bahana getah paip air tadi.

  “Am..Zalia tu awek awak ke?” dia jadi marah tiba-tiba dengan soalan Afrina. Selama ini soal hati dan perasaan dia tak da siapa yang tahu. Hanya tuhan saja yang tahu apa yang dirasai selama ini. Zalia tahu ke?

  “Awak tahu mana?”

 “Zalia yang beritahu, dia kata jangan dekat dengan awak sebab awak dia punya” bersungguh-sungguh Afrina memberitahunya.

 “ Saya dapat tahu pun sebab terbaca surat yang dia tuliskan pada awak”

 Pelik? Macam mana Afrina boleh baca surat Zalia pulak?

 “Macam mana awak boleh baca pulak?”

 “Sebab dia mintak tolong Laili tuliskan untuknya” sejak berita itulah dia jadi tidak betah duduk dalam kelas. Dia ingin berjumpa dengan Zalia. Zalia suka kan dia? Ya…aku terima kau tapi kenapa mesti dihebohkan. Aku tak suka. Aku nak semuanya berjalan lancer belum sampai masanya untuk buat kau faham.

 “betul ke?” soal Afrina menduga dirinya.

 “Entah? kenapa?”

 “Jadi betullah gossip ni?”

 “Gosip?”

 “Semua orang dah tahu yang Zalia sukakan awak. Dia syok sendiri sebab mengaku dia tu awek awak?” dia nak Zalia berjaya dulu sebelum memikir hal-hal begini. Dia nak  Zalia menjadi kebanggaan abah dan umi.

Sekarang dia kehilangan Zalia. Zalia kini membencinya.


  “Am..Zalia bergaduh dengan Afrina kat padang” Fahmi tercungap-cungap memberitahunya. Pantas dia berlari mendapatkan mereka.

  “Kurang ajar!!! Nah..ambik kau”ditampar muka Afrina kemudia ditarik rambut ‘miss ngada-ngada’ itu.

  “Yaa…stop!!!” ditarik tangan Zalia lalu dipeluk tubuh gadis itu dari belakang. “calm down oke..stop it!!!”

  “Am..Dia yang mula dulu saya baling bola tu elok-elok dia terus lempar kea rah saya”adu Afrina dengan bibir berdarah. Air mata gadis itu sudah berkilo-kilo mengalir. Tentu sakit kena penangan si Ya ni.

 “Kau tu yang tak reti main harap mulut jek busuk buat cerita fitnah orang. Padan sangatlah aku debik dengan bola jaring tu ke mulut kau” Zalia cuba meleraikan pelukannya. Nasib baik sesi kokurikulum a.k.a koko petang guru-guru tak ramai yang datang yang ada pun guru yang terlibat untuk mengajar koko jek.

 “Am…awak peluk Zalia” ujar Afrina tak puas hati.

 “Saya nak tenangkan dia nanti dia serang awak pulak”ek..ena putera terbuang ni. Sah ke peluk-peluk aku?

  “Ya…”bisiknya ke telinga Zalia. “ please don’t shame me

  What the hell…” ditolak tubuh Amzar.  “Mohamad Amzar Azman…Don’t touch me again and again. I hate you and you too” ditunjuk jari muka Amzar dan kemudian muka Afrina.

 Amzar pejam mata sebentar. Zalia betul-betul bencikannya.

  “Yaa…kau taka pa-apa ke?” soal Daus yang datang meluru ke arahnya.

  “aku taka pa-apa la…” diukir senyumannya kepada kawan-kawannya. Ajis, daus dan Amad. Amad dilihatnya sedang memandangnya dengan riak kerisauan.

 “Ya..hidung kau berdarah” soal Ajis kebimbangan. Zalia menenyeh jarinya ke hidung lalu dilihat ada darah pekat warna merah. Tadi Afrina sempat jugak menumbuk mukanya nasib baik si senget tu tak cakar mukanya. Kepalanya terasa berat. Tidur tak cukup ke? Semalam dia mengemas bilik sebab nak hilangkan marahnya.

  “Eh..darah jugak aku. Ceh!!!” belum sempat Zalia memandang Amzar dibelakangnya tiba-tiba tubuhnya dirasakan rebah ke bumi. Gelap!!!


  Lima tahun berlalu…………….

  “Am nak sambung study di states ke?” soal papa curios.

  “Yeah..papa kata kalau Am berjaya nak pos Am ke sana” guraunya.

 I’m sorry my boy because I did you upset of me”

“I’m okay pa..everything is okay. Be okay” itu perbualan dia sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke U.S. dia ingin tinggalkan segala kenangan pahitnya dengan Zalia namun kenangan manis dia simpan sebaik mungkin dalam kotak hatinya.

 But I’ll be back….” Aku akan pulang untuk kau Zalia. Aku ingin cari sunshine yang kini disembunyi dalam diri kau.

 “Pa…Am  nak beritahu satu rahsia” ujarnya diwaktu papa menghantarnya ke KLIA.

 “hurm..rahsia apa ni? Hah? Macam berhajat je?” seloroh papa.

 “Am tinggalkan sesuatu di kampong?”

 “What? Shirt? Shoes?” digeleng kepalanya.

 My heart pa..”

 “Haha…my boy…who’s you means?”

 “Zalia…she’s my secret pa.. big secret!! I hope you keep it!!! Oke” papa tergelak besar. Zalia tak berjumpa dengannya buat kali terakhir dia di kampong. Zalia di hantar ke sekolah di kampong umi, tinggal dengan  mak tok dan tok ayahnya.

 “So..”

 “So what?”

“Nak papa pegi meminang dia ke?”

Nope. Am nak berjaya dulu pa…Am nak dia selesa hidup dengan Am nanti.”

Good boy” itu perbualan terakhirnya. Dan kini dia sudah berjaya menghabiskan pelajarannya. Namun berita yang diterima membuatkan dia jadi kelu. Perlukah dia mintak bantuan mesin doraemon untuk kembali ke masa lalu. Zalia suka berkata begitu. Dan dia akan katakan pada Zalia otak kartun.

 Dilihat salji diluar sedang lebat turun. Nasib baik dia sudah beli stok makanan untuk seminggu ni. Tadi dia dapat panggilan dari papa.

 “Am…papa ada dua berita. bad and good. Which you want to choose?”

 “Tak pilih pun papa tetap akan beritahu jugak kan?”

 “Ye..tapi nak dengar yang mana satu?”

 “Ikut papa la..”

 “Papa akan kahwin dengan auntie Rose” ujar papa dengan ketawa. Dia tersenyum. Dia tahu papa pasti akan kahwin dengan auntie Rose kawan sekolah papa dulu.

 “Congrats Pa…” dia menerima. Dia kenal dengan auntie Rose janda tiada anak tu amat baik dengan papa dan disenanginya juga.

 “Bad news?”

 “Am..keep your hear..oke” dia mengangguk walaupun papa bukan didepannya.

“ Zalia akan bertunang minggu depan”

“What?” mahu luruh jantungnya. Dia dapat rasakan hearbeat semakin laju.

“Am..am..are you here? Did you hear  what I say that” air matanya bertakung. Dia sedih. Sunshinenya akan menjadi milik orang lain. Dia akan kegelapan.

 “Am..Am..”suara papa kedenganran kebimbangan.

 “Yeah…”

 “Nak papa buat sesuatu ke?”

 “Pa..Ya bertunang dengan siapa?”

 “Ya baru nak bertunang la. Abah Zainol telefon papa kata ada orang datang merisik Zalia. Agaknya kawan Zalia. Maybe la sebab Zalia kata kat abah Zainol yang pihak lelaki tu nak datang dengan rombongan meminang weekend ni”

 “Pa….” air mata jantannya jatuh jua. Dia teramat cintakan Zalia. Dulu kesilapannya membiarkan Zalia kabur dengan harapannya.

 “Am betul-betul serius nak pegang Ya ke?”

 Of course sure pa..I’m fall in love with her. Deepen!!!”

 Oke..I know do something for you” something? Do?  What means of you, pa? Ya…betul-betul tunaikan hasratnya yang tak akan memilihnya. Tak akan menyukainya. Tapi dia tetap akan menyukai Zalia Hana selamanya. Dia mahu pegang Zalia biarpun gadis itu tidak sudi.


 “Abah dah terima pinangan tu?” Zalia tersenyum semanis lollipop. Tak lama lagi dia dan Izzudin akan disatukan. Sudah dua tahun dia menyulam bahagia dengan arjuna tu. Perwatakan arjuna yang baik dan menarik tu membuat hatinya tertawan. Pasti abah dan umi jgak berkenan dengan Izzudin jugak.

 “Dah…tapi tunggu Amzar balik la ye?” adoiya…nama tu dah lama tak wujud dalam dictionary hidupnya. Nak translate nama lelaki itu pun dia dah meloya tekak apa lagi nak bersua muka kembali macam dulu. Dah lama dia shut down paras wajah lelaki itu dalam hidupnya tapi kenapa tiba-tiba abah menyebutnya kembali? Apa kena mengenanya Amzar dengan pinangannya?

 “Kenapa tunggu Amzar pulak abah?”

 “Sebab abah dah terima pinangannya”

 “Apa? Kenapa Amzar pulak? Bukan Izzudin?”

 “La..ayah chaq kamu datang dua hari yang lepas meminang kamu untuk Amzar” senyuman abah dah kalah joker ni. Bahagia nampak? Baik abah je kahwin dengan si putera terbuang tu.  Zalia bingkas masuk kedalam bilik pantas didail nombor Izzudin.

 “Awak…kenapa awak tak datang?”

 “Saya tak cukup duit lagi wak..”

 “Tak kisah la yang penting pinang saya dulu..”

 “Kenapa kalut sangat ni?”

 “Dah da orang pinang saya….”Zalia tiba-tiba sebak. Dia cintakan Izzudin.

 “Abis tu?” Ya Allah kenapa la bengap sangat manusia bernama Izzudin ni.

 Pinang saya la…”

             “Awak dah jadi milik orang..”Nak jek di cekik-cekik leher Izzudin. Senangnya mengalah. Kata cintakannya kenapa cakap macam tu dah surrender. Belum apa-apa dah sua kepala mintak pancung. Ceh!!!

            “Saya nak awak pinang saya jugak..”bentaknya. biarlah dia tak tau malu.dia tak mau berhidup dengan manusia bernama Mohamad Amzar…please!!!!!

             Talian dimatikan. Izzudin kejam. Amzar juga kejam sebab dia dah spoil hidup aku. Main taktik kotor pakai redah jek meminang aku bukan dia tak tahu yang aku benci dia. Jangan-jangan Amzar nak balas dendam. Revolving doors of the vengeance……azab!!!

            Aku tak mau kahwin dengan putera terbuang!!!!!!!!!!

         

            P/S: cerita ini akan saya sambung menjadi novel.. insyaAllah…=))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan