http://www.fullmusik.co.cc/

Khamis, 6 Januari 2011

Cinta Masjid

                                                           oleh: ilhanurani


 CINTA MASJID

      Masjid adalah rumah Allah yang suci dan mulia. Disitulah tempat penyaksian pasangan yang ingin diijab kabul dan situlah terbina ukhwah islamiah. Kalau dizaman Rasulullah  S.A.W, masjidlah tempat bermusyawarah, tempat menuntut ilmu, tempat diberi peringatan seperti tazkirah maghrib atau subuh dan khutbah jumaat.

     Namun bagi dirinya masjidlah bermula cinta yang datang dari Ilahi untuk dia berikan kepada teman yang ditakdir berjodoh dengannya untuk menemaninya didunia ini. Dia pun tak menyangka pertemuan dimasjid membuatkan dia jatuh cinta pada sang arjuna.

     Setia  matanya  memandang raut wajah bersih yang dihiasi kumis nipis dan beberapa helai janggut halus. Ni spesis pak lebai tapi muda. Hurm..ketegori  iman muda ni.

    “Itulah Nazri hafizi..” Aina Asilah teman sekuliyahnya memperkenal siapa nama imam muda tadi itu.

    “Dengar nama pun dah berdegup jantung hati aku ni, itu belum berhadapan dengannya...” Najwa teman sekuliyah pulak  menyampuk.

    “Dia memang baik. Aktif dalam persatuan kalau tak silap aku dia wakil MPM bahagian setiausaha kut?” Wah..banyak information si Aina ni tahu pasai pak lebai muda tu. Dia masih lagi memandang setiap tingkahlaku sang arjuna itu. Pemilik nama Nazri Hafizi itu sedang rancak berbual dengan Ustaz Hamdan, mungkin pasal tazkirah untuk malam ni kut?

   “Budak skema..” balas Najwa. “Kau berminat ke dengan si Nazri tu?”

   Dia telan liur. Minat? Bukan saja minat malah jatuh hati. Dibiar soalan Najwa sepi tanpa jawapan. Kalau dia kata dia suka dengan pak lebai muda tu, alahai buatnya diketawa mereka mana mau dia sorok dirinya nak jadi hollowman? Ke pinjam selimut  ajaib kat Harry Potter jap.

   “Tak payah susahkan hati korang nak jatuh cinta dengan mamat skema ni. Dia dah berpunya” Glup! Harapan tipis. Najwa tersengih memandangnya. Aina Asilah sudah mencemik mukanya.

   “Ala...melepaslah..huhu” saja jek si Aina tu padahal diri tu sudah berpunya. Mana nak letak si Ayyub tu.

   “Eleh..aku tak kisah pun. Tak heran la mamat skema tu dah berpunya tengok orang la wawa..” dia mengalah juga. Biar tidak diakuinya dia perlu bersuara pendapat  yang lain daripada lubuk hatinya yang  sebenar. Dia jatuh cinta dengan Nazri Hafizi pada pertama kali bertembung di masjid dalam kampus itu.   

Disaat itu Nazri menghadiahkannya sebuah senyuman semanis gula kapas dan dia membalasnya semanis lolipop. Alahai hati...kau jatuh cinta pada orang yang salah.

   “suara kau macam orang give up jek?” terjah Aina. Ceh! Ada yang nak kena backhandnya. Tak dapatlah dia nak ‘dirikan masjid’ bersama arjuna itu. Huh!

  “Hurm..give up? Tak main lak mek na oii. Kau tahukan aku spesis macam mana kan?”

  “Cinta last choice..”

  “Tahupun bukan macam makan lady choice sedap jek. Cinta ni menyeksakan tau!” Aina dan Najwa hanya ketawa mendengar bebelannya. Hakikat sebenar biarlah dia dan tuhan saja yang tahu.

  “Dah la aku nak pegi jumpa Opie jap. Ada hal sikit” malas dia nak duduk lepak lama-lama di cafeteria itu. 

Lagipun Nazri hafizi pun dah tak da disitu. Pak lebai muda tu sudah pun berlalu pergi buat apa dia tertunggu lagi disitu. Dah tak da penyeri  matanya.

  Lama dia tak buat kerja underground iaitu skodeng pak lebai muda pemilik nama Nazri Hafizi bila time lapang lepas kuliyah. Si pak lebai muda tu selalu jugak ada dalam masjid tak pun di library. Sekarang musim exam dia dah berhenti buat kerja underground tu. 

  Rindu hatinya nak lihat raut wajah tenang itu. Nazri Hafizi layak digelar ustaz. Muka pak lebai muda tu selalu jek ada kat masjid dan yang pasti pak lebai muda tu ajk masjid itu.

  “Nazri tu anak imam masjid kat tempat dia kalau kau nak tahu..” tangannya mula menyudu nasi goreng paprik. Ngup! Nasi goreng paprik selamat masuk dalam mulutnya.

“Masa sekolah menengah, si Nazri tu belajar di sekolah agama arab...”ujar Aina Asilah lagi. Patutlah hantu masjid. Pandai baca doa dan jadi imam sembahyang lima waktu lagi. Dia dah rasa tak layak untuk pak lebai muda tu. Taste Nazri semestinya ustazah yang pakai tudung labuh bidang 60 tak pun tudung bulat dengan 
 jubah.

  Dia??

 Baju kurung kadang-kadang, tolak dah 10 markah

Tudung? Takat bidang 50 jek dia mampu pakai, tolak 10 markah lagi.

 Seluar? Selalu jek time keluar outing tapi T-shirt labuh ala-ala muslimah sikit, tolak dalam 15 markah masih tinggal 65 markah dan ditolak dengan ilmu agama yang dia tahu..alaihai ciput jek! Anggaran tolak 50 markah..huhu tinggal 5 markah lagi. Harapan tipis kalau di tambah pulak dia tu suka makan lauk kat rumah tolak pulak dengan kepandaian memasak aku hangus..no mark.

 Dia sebenarnya suka belajar agama tapi masa sekolah dulu dia tak berpeluang  dan sekarang dia kerap juga ke masjid untuk mengaji agama.

 “Kau ni macam mak nujum pulak..Kau tahu mana ey?” suapan kali kedua pulak. Si Aina kalau menyembang memang tak mau menjamah makanan, katanya tak puas nak menyembang nasi dok tengok mintak dimakannya. Haila..macam-macamlah si Aina ni.

 “Ayyub...dia kan satu bilik dengan Nazri tu” Wah...sempat lagi si ayyub tu bercerita hal Nazri? Tak da topiklah tu sebab selalu sangat jumpa dengan si aina ni.

 “Ooo...”

 “Aku tahu kau sukakan budak Nazri tu kan?” dia sudah tersedak air liur. Aina ketawa sambil mengosok belakangnya.

 “Suka pun bukan boleh buat apa..dia dah berpunya”

 “Wrong!!!!  Dia masih singlelah..cerita yang kau dengar dari wawa tu gosip jek. Kau kenalkan Syuhada?” dia hanya mengangguk

  “Orang ingat dia couple dengan Syuhada tu la tapi sebenarnya Syuhadah tu jek yang perasan bertepuk sebelah tangan. Nazri tu mana ada apa-apa dengan Syuhadah tu, mereka kerap berjumpa pun sebab nak bincang pasal Lajnah jek.” Oo...clean and clear cerita si aina. Baru dia faham. Sekarang pak lebai muda tu masih sololah..nak try masuk lah.. Eaa..malu lak perigi cari timba. Forget it!!

  Perlukah dia bina semula masjid yang tak siap dulu kerana angan-angannya mati oleh gosip Nazri Hafizi sudah berpunya. Tapi dia takut. Dia bukan pilihan Nazri dari segi penampilan latar belakang. Dia banyak akedamik dari agama mahukah Nazri terimanya?

   Kata Ustazah Hasanah “ jangan diimpikan lelaki sehebat Saidina Ali andai dirimu tak semulia Saidatina Fatimah Az-zahra. Jadilah diri kita seperti Fatimah kalau tak boleh semuanya sebahagian pun tak pa”

  Dan akhirnya dia lebih memilih jalan berdiam diri. Biar dia perbaiki diri yang kekurangan dulu baru dia akan mencari lelaki sehebat  Saidina Ali. Dia biarkan cintanya pada Nazri Hafizi berlalu pergi kerana dia cuba sambut cinta dari Ilahi.

**********************************************************************************

 “Along ni betul ke nak dengan kak Iman?” soal Natrah tiba-tiba. Matanya menatap raut wajah penuh tanda tanya itu.

  “Kalau sudah jodoh along dengan kak Iman, along terima seadanya” Natrah ketawa kecil dengan kata-katanya. Dia buat lawak kartun ujang ke?

  “ Along ni... orang zaman sekarang dah tak pegang prinsip kuno  macam  along tu”

  “Asal pulak? salah ke? Nape angah cakap macam tu?” dia pulak kehairanan separuh tanda tanya. Salah ke dia berprinsip begitu. Rasanya itu lebih bagus dari bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya berkahwin dengan orang lain. Rugi dan buang masa jek.

 “Zaman sekarang orang lebih straight to the points. Kalau nak kahwin dengan seseorang tu aku mesti bercinta dulu kenal hari budi dan kalau hati aku berkenan aku pasti akan dapatkannya” ujar Natrah penuh semangat.

 “Bukan menyerah sebelum bertindak macam along. Senang-senang jek serah diri dekat walid dengan umi...” tokok Natrah lagi.

  “Entah ler.. Along tak tahu along suka siapa? Hati along kosong. So sekarang kalau siapa yang ditakdirkan menjadi isteri along secara automatik along cinta dia”

  “Hahahaaa...skemalah along ni. Ni spesis cinta ustaz-ustazahlah along. Eaaa....tak maulah tak romantik ” Natrah ketawa kuat. Sampai berair matanya. Seronoklah boleh gelakkan aku. Ceh!! Adik kejam versi zaman sekarang.

 “Angah tahu mana tak romantik?”

 “Tak da dating-dating. Terus kahwin jek..”

 “Lorh...dating lepas kahwin lagi best tau” dia menunjuk ibu jarinya.

 “Susahlah along  nak pegang-pegang nanti anak kacau”

  “Ek..ena..angah ni. Ke situ pulak” kepala si Natrah dah selamat kena ‘buah kerasnya’.

  “Auchhh...sakitlah along” Natrah mengosok kulit kepalanya yang kena ketuk dengan Nazri Hafizi.

*********************************************************************************

  “Namanya Mifthahul Iman binti Muhamad” umi mengulum senyum semanis gula kapas sambil memandangnya. Bahagia jek umi bila sebut nama bakal menantu itu. Macam heaven sangat budak itu pada umi.

  “Walidlah yang mula tertarik dulu sebab Iman tu selalu bertanya bab hukum hakam agama. Iman tu suka belajar. Dia selalu datang dengar tazkirah walid. Lagi satu, Iman tu selalu tolong umi kamu bila ada kenduri dekat masjid” jelas walid pulak. Senyuman walid selebar senyuman umi. Wah....orang tua aku ni diulit bahagia nampaknya? Patutnya dialah orang yang kena senyum selebar itu. Ni kes siapa yang nak kahwin?

  “Cantik budak tu along...Umi tengok dia macam Siti Khadijah. Semangat dia, rajin dan berbudi pekerti” Haila...tak kan tak da langsung kekurangannya? Macam watak rekaan umi jek.

  “Cuma dia anak yatim piatu. Dia tinggal dengan mak sedara sebelah ibunya” itu ke kekurangan dirinya? Macam tak logik jek?

  “Along kalau tengok dia. Umi yakin along pasti berkenan” Ek.eleh...umi ni macam confident jek dengan pilihannya.

 ‘Mifthahul Iman...maknanya anak kunci  keimanan’ ‘betul ke gadis ini yang terbaik untuknya?’

**********************************************************************************

  “Angah dah tengok kak Iman tu masa kenduri kat masjid” dia kembali ke alam nyata. Wajah Natrah kembali jelas pada pandangannya.

  “Okay ke tidak?” tiba-tiba dia curios.

  “Not bad..Ramah apabila dirangsang”

  “Ishh..apalah angah ni..” sekali lagi ‘ buah keras’ untuk Natrah. Natrah menyeringai kesakitan. Kemudian adik tengahnya itu ketawa.

 “Kak Balqis cantik lagi, tapi kak Iman boleh kalahkan kak Balqis dari setiap aspek” pulak dah... Si Natrah in the middle  ni nak compare kan Iman dengan Balqis, kawan perempuannya semasa  study di Jordan.

  “Contoh?”

  “kak Iman sweetlah along, tak jemu mata ni memandang” Natrah membulat matanya sambil ketawa.

  “Kak Iman suka belajar kalau dia tak tahu. Dia suka bertanya tak sombong. Sebab itu kak Iman dicalonkan bakal menantu walid dengan umi. Kak Iman dapat tawan hati umi dengan walid” terang Natrah.

  “Ingat senang nak tawan hati umi dengan walid? Susah macam kingdom heaven tau along. Tentera salib kalah berdepan dengan tentera Salahhuddin Al-Ayubi tapi kak Iman berjaya. Kak Iman macam siti Khadijahlah” Haila..dah macam umi pulak budak sekor ni.

  “Kak Iman tak macam Kak Balqis, berlatar belakang keluarga beragama. Kak Iman dijaga mak sedara dia di Kedah sekarang dia bekerja mengajar di sekolah dekat pekan . Dia sewa rumah belakang rumah Wan Seman. Along ingat tak?”

  “Rumah teres kembar dua yang baru siap tu ke?”

  “Haa..sebab tu kak Iman selalu ke masjid dekat simpang jalan rumah kita. Kak Iman kurang satu jek dari 
kak balqis”

  “Apa?”

 “Kak Iman hanya tahu bahasa melayu dan inggeris jek kak Balqis lebih satu jek..bahasa arab” heheheee...komen Natrah in the middle. Haa...budak ni boleh jadi pengkritik untuk juri cari menantu.

  “Along!! Kak Iman suka belajar”

  “Along suka mengajar”

  “ Binggo!! Great!! Baru deal” Natrah menenyeh ibu jarinya ke ibu jari adiknya itu. Natrah adik tengahnya. Mereka semua tiga beradik dia adalah anak lelaki sulong dan Natrah anak yang tengah dan yang kecil sekali adik, namanya Nazirah. Natrah boleh diajak berkongsi pendapat. Kadang-kala Natrah agak matang bila memberi pendapat.

  Natrah masih menuntut di USM tahun kedua dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan elektronik. Mana kala Nazirah baru ditingkatan empat sekolah MRSM Terengganu. Dia?  Dia baru sahaja menghabiskan pengajian di Jordan dalam bidang perubatan. Disanalah dia bertemu dengan pemilik nama Balqis Awliya = kekasihku Balqis..hehe. Dulu dia suka menyebut makna Awliya iaitu kekasih..dan Balqis akan  tunduk malu.

  “Ini akhir imtihan ( peperiksaan ). Semoga anta najah ( berjaya )dalam imtihan akhir ini”

  “Insya’ Allah..anti  aidon ( kamu pun sama ) taufiq wa najah.”

  “syukran..” senyuman Balqis secantik  permaisuri Rania ( ratu Jordan ), dia tak perlu berebut dengan Raja  Abdullah (raja Jordan ).. Nazri Hafizi tersenyum lebar.

  “Afuan ya Awliyah” (sama-sama wahai kekasih ku ) sengaja dia mengusik gadis kelahiran Kelantan itu. Balqis tunduk malu. Balqis...gadis selembut sutera. Berpewatakan menarik semua pakej itu layak dikategori calon yang layak ke grand final bagi pertandingan cari menantu...=)

  Namun angan-angannya Cuma sementara nikmatnya. Balqis ditunangkan dengan calon pilihan keluarganya. Mujur hatinya tidak terlanjur menyintai Balqis, kalau tidak sampai sekarang luka belum sembuh.

 “Andai jodoh itu di tangan ana, ana pasti  akan pilih anta sebagai rais ( ketua ) dalam usrah (keluarga )kita untuk memimpin ana ke jalan yang diredhai Allah S.W.T, pasti masruron ( gembira ) kan? Walakkin ( tetapi ) Allah itu lebih mengetahui. Dia  sudah pilihkan jodoh yang sesuai buat ana dan ana terima dengan redha. Sesungguhnya kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan-Nya.” Balqis menarik nafas sedalam-dalamnya.

  “Ana akan sentiasa husnul zhon ( bersangka baik ) akan takdir-Nya”Balqis tersenyum di hujung kata. 

Namun dia dapat melihat air mata dalam empangan itu. Bila-bila masa sahaja akan pecah. Adakah Balqis terkilan tidak berjodoh dengannya? Dan dia? Baginya cinta itu anugerah dari Allah. Takdir, jodoh pertemuan dan ajal di tangan-Nya. Kita hanya merancang dan yang menentunya Allah, sesungguhnya perancangnya lebih hebat dari perancangan kita.

  Kisah cinta Balqis berakhir di Jordan. Cinta Balqis dihayut laut mati di sana dan sekarang cinta Mifthahul Iman, anak kunci cintanya. Jika jodohnya dengan Mifthahul Iman sudah di takdirkan Allah bermakna Imanlah anak kunci yang berjaya membuka pintu hatinya.

**********************************************************************************

  “Iman selalunya hujung minggu akan datang tolong umi di Masjid, kalau malam Jumaat pulak dia datang baca Yaasin sama-sama. Kalau hari-hari berikutnya dia ada datang solat berjemaah itupun jika dia tak da aktiviti sekolah. Dia selalu jugak datang dengar tazkirah Ustaz Nasir hari sabtu dan hari ahad walid kamu” celoteh umi tanpa jemu. Seronok bercerita perihal bakal menantu itu tak masak hari ni pun tak pa...huh??

  Baiknya si Iman itu dimatanya. Mengalah anak sendiri. “Macam perfect sangat watak Iman umi tu ey?”

  “Kamu tak berkenan ke?”

  “Umi...Iman pun along belum tengok lagi macam mana nak berkenan?”

  “Yeke?” umi mengaru kepalanya yang tak gatal sampai tersenget sanggul di kepala.

  “Iye lah umi..bila along balik sini. Umi terus bagi tahu along yang umi dah pinang si Iman tu untuk along. Along nak kata apa dah. Kena jadi anak mithali ikut kata ibubapa” umi tersengih mendengar katanya.

“Sweet percintaan kamu, along. Umi rasa macam umi dengan walid kamu dulu-dulu”umi dah mula dah buka 
 ‘buku sejarah’.

  “Itu dikatakan mahabbah dari Ilahi”

  “Maksud umi?”

  “Allah lindung kamu dari cinta yang sia-sia, cinta nafsu yang datang dari idealogi barat. Contohnya, berdating dulu baru bercinta dengan serius lepas tu berpegangan tanganlah..Macam kata Ustazah Bahiyah, budak zaman sekarang seharusnya  menjauhi empat P, iaitu yang pertama : pertemuan bermula dengan pandangan pertama. Kedua : berpegangan tangan. Ketiga : mulalah nak berpelukkan dan yang keempat : berlakulah penzinaan” ‘ustazah  Habsah’  sudah mula ceramah summarynya.
 
  “Na’uzubillah umi. Along tak buat semua tu”

  “Manalah umi tahu. Depan ibubapa baiklah anak-anak ni pijak semut pun tak mati”

  “Umi su’uk zhon dengan along ey?”

  “bukan su’uk zhon tapi umi Cuma beringatkan kamu “ dia ketawa melihat wajah umi yang masam. Dahi umi sudah berombak tsunami. Marahlah tu..umi nanti cepat tua.

  “Minggu depan akad nikah, along dah bersedia ke?” haila...aku selalu kena terjah jek. Dia hanya mengganguk. Bersedia ke tak bersedia tak da maknanya umi. Along ni dah kes kahwin paksa. Nasib baik sijil kursus kahwin dia dah ambik masa study kat matrik dulu sebelum sambung ke Jordan.

  Itupun saja suka-suka ikut kawan-kawan.  Dia teringat kata Ayyub dulu, teman sebiliknya semasa study dulu.

  “Kita ni Cuma merancang Rie. Aku takut bila kita sibuk study jek sampai tak ingat lagi nak kahwin tiba-tiba mak bapak kita sibuk jadi matchmaker nak jodohkan kita dengan pilihan diaorang. Hah!! Masa tu mana tak kelam-kabut kita kursus kahwin tak ambik lagi, baju lagi aaaa...banyak lah halnya” Ayyub ketawa dihujung katanya.

  Dia hanya mengeleng kepala. Impossible  walid dengan umi sibuk nak jadi matchmaker!!!  Sekarang zaman tranformers bukan zaman Hang Tuah Hang Jebat lagi. Tapi sekarang dah terbukti umi dan walid dah tambah satu lagi pekerjaan jadi matchmaker untuk anak sendiri.

  Dia  pulak terpaksa backspace semua data angan-angannya. Terima seadanya pilihan umi dan walid. 

Tatkala  itu ‘For the rest of my life’ by Maher Zain berkumandang di corong radio.

**********************************************************************************

  Dia jadi nerveous tiba-tiba. Masa akad nikah tadi dia tak nervous sangat hanya sekali lafaz saja dia dah selamat  sah jadi  suami kepada  Mifthahul Iman. Sekarang pulak time nak batal air sembahyang. Ya Allah...bagai nak tercabut jek jantung tulennya itu. Aiseh...Nazri Hafizi kau ni nak jumpa isteri jek macam nak mati berperang.

 Ni bukan masalah mati berperang tapi mati serangan jantung. Huh!

Hatinya masih mengomel. Langkah kakinya berhenti pada seraut wajah yang dilitupi dengan niqab. Haila..umi tak bagitahu pun yang Mifthahul Iman ni pakai purdah? Dah la kahwin selam jek lepas tu pulak selam-selam tak nampak jugak muka sebenar isterinya. Surprise!

  “Haaa..along sarung la cincin tu” itu suara angah. Waa..pandai mengarah budak ni. Dilihat angah tersengih disebelah ‘isteri terchentanya’

 “Assalamualaikum..”

 “Waalaikumussalam..” sinar mata bundar itu menyelinap menusuk tangkai jantungnya. Aaahhh..aku kena heart attack .

 “Alaa..along ni skema la. Cepat la” cis! Angah memang dah lama tak kena ‘buah keras’ aku. Hurm..lepas ni siap kau angah...akan aku kenakan tindakan tatatertib kerana cuba mengena along yang baik ini.

 Diangat jari jemari itu. Halus dan lembut. Lalu disarung cincin emas permata satu. Tangannya diraih dan dikucup lembut. Adoiya..aku dah jatuh cinta. Setiap sudut ada saja flash kamera mengambil saat-saat bahagia mereka.

 “Kak long cium tangan along lama sikit” itu arahan dari nazirah merangkap camera girl yang tak bertauliah.

 “along pulak” angah a.k.a Natrah pulak mengarah. Umi dah tersenyum lebar. Puas hati melihat mereka selamat diijabkabul.

 Dikucup mesra dahi Mifthahul Iman. Dilihat mata bundar itu mengecil. Pasti Mifthahul Iman tersenyum. Dia Cuma meneka je. Dia tidak nampak senyuman itu kerana berselindung sebalik niqab yang dipakai gadis itu.
Setelah usai upacara air sembahyang mereka pulang ke rumah untuk makan beradap. Atas permintaan Mifthahul Iman untuk bernikah di Masjid.

 Kata umi, Mifthahul Iman sukakan masjid kerana cintanya ditemui oleh takdir Allah di masjid. Kata umi lagi 
Iman jatuh cinta dengannya kerana laungan azan yang syahdu darinya. Ada ke?

******************************************************************************

“Kenapa kak Iman pakai niqab?”

“Umi suruh. Nak buat suprise kat along”

“suprise? Along ni lama-lama mati terkejut la” sempat lagi dia membalas bisik dengan Natrah sewaktu mereka sudah sampai dirumah pengantin.

 “Umi tak cakap ke kak Iman sebenarnya cacat?” Glup! Cacat?

 “Cacat pe? Along tengok sempurna jek fizikalnya?”

 “Laa..along ni sebab tu umi suruh kak Iman pakai niqab”

 “Pelik? Angah jugak kata kak Iman cantik”

 “Cantik budi bahasanya la along ni. Ish..ish...teruk la along ni asal cantik je rupa paras. Habis tu budi bahasa baik tak cantik la” marah Natrah.

 “Bukan macam tu maksud along. Tak kisahla kak Iman cacat ke..yang penting dia dah jadi bini along”

“Waaa..terharunya angah” disekeh kepala natrah. Haa..kan aku dah cakap budak memang lama tak kena.

 Mifthahul Iman cacat? Cacat muka ke? Dia mengikut langkah wakil dari pihaknya untuk makan beradap. Dilihat Mifthahul Iman disebelahnya. Tak da niqab. Cacat? Tak da pun?

 Cantik. Betul kata Natrah Mifthahul Iman tak jemu mata memandang.manis! dia membalas senyuman Mifthahul Iman. Kenapa umi buat begitu padanya? Umi nak mengujinya ke?

 Umi..umi..anak umi ni masih lagi baik. Kalau takdir Allah nak memberi isteri yang tak sempurna anak umi ni boleh terima. Mana tahu kesempurnaan manusia itu tak kekal. Bila-bila masa shaja Dia akan menarik balik nikmatNya.

**********************************************************************************

 Dia tak sangka berjodoh dengan Nazri Hafizi biarpun gugup untuk berhadapan dengan sang arjuna itu. Dia juga tak menyangka anak walid Dan umi rupa-rupanya seniornya di matrik dulu.

 “Allah itu Maha Mendengar..”ngomelnya. dia selalu berdoa andai jodohnya kuat dengan sang arjuna itu InsyaAllah dia akan bertemu jua di rumah Alllah. Ya..dia jatuh cinta lagi tapi kali ini dia jatuh cinta pada suara si bilal dan dia tak menyangka si bilal itu Nazri Hafizi pak lebai muda di kampusnya dulu. Anak umi dan walid.

  Dia menanggalkan tudungnya sebaik shaja dia masuk ke kamar tidurnya. setelah usai mandi dan berpakaian tidur dia keluar dari bilik air.

 “Assalamualaikum..”suara itu mengetar nalurinya.

 “Waalaikumussalam..” dia membalas senyuman sang arjuna yang kini bergelar suaminya yang sah.

 “Dah lama ke Iman tunggu abang?” bila aku tunggu dia? Glup! Dia telan liur. Betullah malam ni malam pengantin. Kata Aina malam itu malam bahagia. Dia? Bukan bahagia tapi nervous tahap cipan ni.
Dia hanya mengangguk. Mengaku jek tak rugi pun.

 “Jom kita solat berjemaah dulu” dia hanya mengangguk jugak. Haila..Iman kau memang failed bab soal jawab dengan Imam muda ni.

 Sebaik sahaja mereka selesai solat insyak berjemaah. Dia mengaminkan doa Nazri Hafizi. Lalu Nazri hafizi memandang tepat pada laman wajahnya. “syukran”

Dia cakap arab ke? Syukran...terima kasih. Nasib baik aku tahu jugak. “Afwan”

 Senyuman Nazri Hafizi makin lebar. Senyuman gula kapas. Manis! Tangan Nazri hafizi diraihnya lalu 
 dikucupnya dan nazri Hafizi merapat wajahnya ke dahi lalu dikucup  mesra.

Dia menanggal telekungnya. Nazri Hafizi pulak hanya duduk dibirai katil sambil memandangnya. 

Waa...ketarnya. Macam kena usha dengan askar komunis jek.

 “Iman meh duduk sini kejap” huawaa..lemah lembutnya macam Cik Ton aku panggil jek.

 “Ad..a..aaapa..a..abang?” haila..tak lepas lagi ye kau Iman.  Nak panggil abang pun tersekat-sekat.
 Dia memberanikan dirinya duduk dtsebelah suaminya itu. Alah bukan kena pancung pun. Teruk la kau ni Iman. Sebaik shaja dia melabuh punggungnya, tangannya dipegang erat oleh  Nazri Hafizi.

 “Iman ketar ke??” dia hanya mengangguk. Hoiya..angguk lagi kau ni Iman. Ceh!

 “Abang pun” Nazri Hafizi tergelak. “ tapi abang nervous vs excited”

 Lorh...ada ke? Nazri kenapa la kau cakap macam tu buat malu jek kat Iman.

 “Abang tahu kan Iman suka abang bila?” lepas pun kau Iman. Dah lulus sikit.

 “Bila?”

 “Masa study kt matrik dulu”

 “Yeke? Abang tak perasan pun. Jadi Iman ni satu matrik dengan abang la”

 “ye..Iman junior abang lepas tu abang apply continue study kat Jordan kan?”

 “Hurm..ambik medic. Ingat nak sambung kat Irealand tapi walid tak kasi walid cakap negara islam banyak jek universiti bahagian medic.” Dia semakin dekat. Seronok dapat berbual mesra dangan Nazri hafizi.

“Iman ambik apa?”

“Iman sambung kat sini jek. UIA! Lepas tu ambik DPLI”Iman tersenyum dihujung kata. Nazri diam dia hanya memandang Iman tanpa berkedip. Dikucup dahi Iman. Inche nervous datang balik. Kata Aina ciuman di dahi tanda sang arjuna menghargai dan yakin dengan si perawan. Ye ke?
  
“Sambung lagi story kita” Nazri tersenyum. Lama mereka menyepi tanpa suara. Maklaikat lalu..

 “Hurm..kenapa Iman suka abang?”

 “ Time selepas solat zohor kat masjid kampus dulu Iman terserempak dengan abang”

 “Cinta masjid la ni?” dicuit dagu Iman. Dielus wajah itu kemudian dia mengucup tangan Iman. Aina kata kucupan ditangan bermakna Nazri hafizi tak mahu lepaskanya. Betul ke?

 Iman kaku. Dia memang failed ‘benda-benda alah’ macam ni. Seumur hidupnya stiap inci tubuhnya tak pernah disentuh lelaki ajnabi (asing, bukan muhrim). Tapi ini  lelaki ajnabi halal punya. 

 “Iman banyak kekurangan abang. Iman harap abang terima kekurangan Iman ini. Iman tak secantik Balqis , tak sehebat Siti Hajar. Tak sempurna teman hidup seperti  Saidatina Khadijah dan tak semulia Saidatina fatimah”

 “Tapi Iman setulus kasih Zulaikha pada Yusuf” balas Nazri dikucup pulak batang hidung sederhana mancung itu.

Itu tandanya si suami jatuh cinta dengan si isteri itu pulak kata Aisya temannya di sekolah. Aisya cikgu Bahasa Melayu.

 “Jika ada keburukan pada diri bimbinglah diri ini dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan pada diri ini. Abang bersyukur  kerana dipertemukan dengan kesayangan abang dan abang akan sentiasa doakan dirimu sayang sentiasa milik hati ini” jari jemarinya diramas lembut dan ditarik dekat dengan dada Nazri Hafizi. 

 Iman mengucup tangan Nazri Hafizi yang berada dalam gengaman erat tangannya. Nazri Hafizi membalas kucupan dipipi kanan kemudian kiri dan seterusnya.

 ‘ciuman ini bermakna Nazri Hafizi inginkan Mifthahul Iman’ itu katanya. Dan katanya adalah benar kerana hatinya membenarkan setiap perbuatan itu.

 “sayang... serahlah hati dan dirimu biar abang jadi pemimpinmu. Rais (ketua) dalam usrah (keluarga) kita. Teman mu dikala duka. Sayang mu dikala dirimu perlukan abang” Iman membalas pelukan suaminya dengan erat.

Syukran jazilan wajazakumullahukhairun kathiron....

 Semoga kami imtias dalam kehidupan berumah tangga sesudah kami mumtaz dalam pelajaran kami...maal salamah ilaliqa’.=)

P/S: Sorry di atas kesilapan lalu kerana menulis cerita yang kurang enak bagi budaya kita. saya ilhanurani hanya sekadar ingin menulis apa yang saya rasa apa yang saya ingat dan apa yang saya suka. Hopefully suma orang terima...(+_+)

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan