http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

RINDU CAHAYA SYURGA



                                              RINDU CAHAYA SYURGA

 Kalau ada matahari  pasti adanya bulan..

 Pandangannya dilontar kearah tasik buatan manusia itu. Kosong! Fikirannya buntu. Bagaimana dia bertemu serampang dua mata dengan arjuna itu pada hari-hari yang mendatang. Hebat sangatkah lelaki itu? Ceh! Dia mengjuling mata keatas. Kemudian diseluk kocek sweaternya mencari sesuatu yang ditanggalnya tadi. Sebentuk cincin mas putih dikeluarnya lalu dibelek cincin buatan manusia itu. Huhhh..satu keluhan keluar dati mulutnya. Perlukah dia terima hadiah ni? Hadiah perkenalan? Ada ke? Ada la tu introduce dulu lebih kurang mukhadimah tapi ni hadiah mahal ni. Made in chopard  tu…

 “cincin ni tanda perkenalan kita” Farish tersenyum sambil membulat mata memandang paras wajah yang masih terkesima sesaat itu.

 “Buat apa bagi benda materialistik ni?” dia menyoal tiba-tiba. Ye la benda tu pun tiba-tiba jek datang depan matanya macam nak proposal jek. Takut dia. Dia Cuma kawan jek dengan budak lanun ni. Mana boleh terima lamaran budak lanun ni sesuka hati. Baru kenal jek tak sampai dua bulan, tu pun secara tak sengaja dia tertumpahkan milkshake atas kepala budak lanun tu.

 “Saja..buat kenang-kenangan..”hee.. farish tayang gigi. Budak lanun tak la seteruk mana just dia punya life tak da journey jek. Yang dia tahu si Farish selalu jek ucap

  “I’m being myself” elok ke kata macam tu kalau rambut kaler macam air teh ais yang aku selalu order kat warung tepi jalan. Baik ke kata macam tu kalau telinga bertindik mengalah perempuan? Bagus ke kata macam kalau pakai baju macam kena tumpah cat jek?. Okay ke kata macam tu kalau necklace tergantung dileher macam rantai besi tambat motor abah aku jek? Tu belum kira cincin segala jenis kepala tersarung di empat jari budak lanun tu.

  Huh? Eksesorinya mengalahkan perempuan macam aku ni. Tapi aku tak layan benda-benda yang diketegorikan oleh abah aku ‘benda haram’. Kalau abah tengok agaknya berapa km la khutbah abah. Bukan jek dengan Clorox siap kena sental lagi dengan berus tembaga nak hilang daki dalam hati tu.

 “Tak nak lah..nanti terhutang budi”

 “Lorh..tak la..orang yang hutang dengan dia. Orang rasa dia banyak tolong orang bawa ke jalan siratulmustaqim” hehe..Farish ketawa sambil mengaru keningnya. Nak mati gamaknya budak sekor ni? Buat baik berpada-pada, esok lusa aku takut budak lanun ni lenyap dari muka bumi Allah ni..huhu.. Tak baik Hani doakan orang nak berubah cepat mati. Bagus la budak ni ada anjakan paradigma nak berubah dari buruk ke baik. Amin..moga-moga la..

 “Hadiah seorang kawan je kan?” dia memandang laman lelaki itu. Ada senyuman dibibir itu.

 “Ikut suka hati Hani la nak dari seorang kawan ke? Atau..someone yang special”

 “Ek..ena..yela tu. Orang terima ni tapi mahal la hadiah ni rasa macam gatal pulak nanti jari orang pakai benda mahal-mahal ni” dia tersenyum membalas senyuman budak lanun tu.

 Ala..dia ni la selalu nak reject jek benda orang bagi. Ambik je la orang mampu beli orang beli la hadiah ni” mampu? Bukan sekadar mampu malah terlebih mampu. Dia baru tahu yang budak lanun bernama Syed Farish fakhriz ni rupa-rupanya anak Datuk. Kira ada tambahan didepan nama bapanya. Syed Farish Fakhriz bin Datuk Syed Fariz redzuan.

  Datuk pun bukan sebarang datuk bukan datuk pencen ataupun datuk yang cucu-cicit berderet. Tapi ayahnya datuk yang berharta. Ada reta benda yang bernilai berjuta-juta. Dia tahu pun sebab dia tanya teman Farish yang selau lepak kat tempat dia orang selalu break dance’ yang bagitahu kalau tidak sampai kiamat la dia diperbodohkan oleh budak lanun. Kerana status itu jugak dia cuba renggangkan hubungannya tapi susah budak lanun cuba ikat jugak malah sekarang ni siap ambik tahu semua benda yang dia buat. Macam mak nenek.

 “Kalau boleh orang nak dia terima orang”

 “Terima tak terima orang kena terima jugak nanti dia akan paksa terima jugak.”

 “Bukan terima jadi close tapi special”

 “Special? Tak faham? Boleh tak guna bahasa ibunda kita” dia buat muka toya..

 “Kanda dinda” haahhaa..Hani suda ketawa.

 “Apesal? Orang serious ni..kita kahwin nak?”

 “What?” dah agak dah mesti cincin ni kena jugak dengan proposal mana nak ada orang sekarang nak bagi free jek just ucap “happy friendship forever and ever…”

 “I’m being serious. I’m not kidding. You have to okay!” macam nak buat-buat pengsan tapi kalau pengsan mesti si farish ni gendong aku macam cerita snow white yang pengsan makan buah epal beracun. Arghhh…parah..parah..

 “Orang tak boleh la..tak nak.Lagipun kita kawan tak sampai dua bulan tau. Orang tak tau dia baik ke tidak untuk orang ni” terus-terang dia bagi alas an. Dia tak nak Farish letak harapan yang tak mungkin jadi kenyataan.

 “Orang tak suruh dia bagi keputusan sekarang. Fikir dulu sebelum ignore orang punya request ni” senyuman Farish dah lebar macam joker. Ada ke patut suruh aku fikir. Orang dah kata tak nak..tak faham betul budak lanun ni.

 Huhh..dia mengeluh lagi. Cincin mas putih itu dibeleknya. Baru dia perasan ada ukiran dibelakang bulatan cincin itu. Nama farish dan namanya siap letak symbol love lagi. Wah..budak ni buat kerja tak pandang belakang dah. Tak tengok aku. Suka ke tak dengan dia? Main terjah jek budak lanun ni. Tak rugi aku bagi gelaran budak lanun. Aci terjah jek curi hati orang tak tanya dah orang suka ke tak dengan dia. Ceh!! Azab..


  “dah siap laporan tu cik hani?” suara Yaya membisik ditelinganya tiba-tiba mengejut lamunannya. Ruang pejabat jadi sunyi kerana kebanyakkan mereka masuk lambat lepas lunch. Curi masa bila encik Naim tak da.

 “Dah..kau ni suka buat aku panic”

  “Ye ke? Bukan tengok hantu pun. Kira okay pe aku bisik-bisik ni kalau aku jerkah mau semput kau punya nyawa.”

  “Ceh!! Ada ke patut..” diberi fail laporan tahunan yang dikemas kininya kelmarin kepada Yaya.

  “Kau teringat budak abad-21 tu ke? Dia still contact kau ke?”

  “Selalu…budak tu dah terlebih abad kau tahu” Yaya ketawa.

  “Dia buat apa?” yaya dah tarik kerusi duduk berdepan dengannya. Mujur Encik Naim selaku manager mereka keluar jumpa client so apa lagi buat ketupat la tapi ni ketupat yang bersih. 

  “Dia lamar aku..”

  “What? Seriously?” mulut Yaya dah ternganga. “Dia mampu ke?”

   “Mampu la kot..” sengaja disorok identtiti si Farish.

  “Dia tu kerja apa sebenarnya Han? Aku tengok macam tak da masa depan jek?”

 “kerja cat langit..”

  Ada ke?” Adoiya…si Yaya ni pun bendul. mana la manusia mampu nak cat langit sebab Allah dah ‘cat’ elok dah…

 “Silap aku bagi number phone kat dia dulu kan? Kalau aku tahu nak jadi macam ni punya close dengan dia baik time aku siram dia dengan milkshake aku tu terus aku blah buat tak tahu jek.”

 “Itu dinamakan kurang di ajar dah la siram orang lepas tu buat tak tahu nak kena ketuk kepala tu paksa masuk biro tatanegara bagi berguna sikit ‘kesopanan dan kesusilaan’ buat penat jek orang buat rukun Negara tu”

 “Marah nampak?”

 “tak la..aku kesian budak tu jek time tu. Dia tak marah siap pelawa kau lagi nak beli milkshake yang baru.” Dia ketawa sambil mengaru keningnya.

 “Berapa umur dia?”

 “Tua setahun dari aku”

 “Ye ke? Nampak awet muda jek”

 “Tengok dia punya stylo..aku ni baju kurung 12 jam sehari lepas tu pakai pulak hijab lilit kepala ni kalau aku pun naik antu jugak dressing macam dia silap hari bulan kau kata aku cute girl!!!!”

 “Ceh!!” kepalanya disekeh Yaya.

 “Dia budak b-boy”

 “Wah..boleh rapper la kau nanti dengan dia atas katil” ceh!! Apa punya bahasa si yaya ni ni. Tak elok didengar budak bawah 18 tahun kebawah ni.

 “Teruk la kau ni Ya..kalau dia nak aku pun tak semestinya aku nak dia.”diketap bibir. Dia bukan nak lebih-lebih dengan Farish. Dia Cuma kawan jek. Kawan!!!

 “Jangan lupa Encik Naim nak kau uruskan pasal terbitan keluaran bulan ni”

 “Asal pulak?”

 “Encik Naim nak keluaran bulan ni meletop!!!”

 “Jiha?”

 “Dia ketua kau nanti..”

 “Naaa..aku ingat aku ketua. Just tolong urus jek? Tak aci ni nanti meletop dia dapat nama”

 “Ikhlas Cik Hani Nur Jannah dalam bekerja. Kau kan selalu kata buat kerja biar kita anggap satu ibadah so baru ikhlas..”

 “abah aku kata la, aku Cuma passing jek kata-kata tu nak sedapkan pendengaran kau..” hehe…Yaya juling mata ke atas, malas layan.


Kalau ada bumi pasti adanya langit….

 “Bye Hani..bye!!” itu lambaian Jihah..

 “Hani..kau nak tumpang aku tak?” pelawa Yaya. Kereta viva miliknya baru masuk ‘hospital’. Lepas kena check up kata ada masalah terus kena tahan. Terpaksa la dia datang kerja pagi tadi tumpang kereta kak long nak ke pejabatnya jugak.

 Dia melangkah seiringan dengan Yaya keluar dari lif.

 “Tak..aku naik bas jek” elok jek ayat itu habis dari mulutnya seraut wajah yang selalu menghantuinya datang menyapa dengan senyuman.

 “Orang tolong hantarkan” bulat matanya memandang laman wajah yang menunjukkan tak bersalah. Tapi baginya bersalah sebab senang-senang jek pelawa anak dara orang balik bersama.

  Dia menepuk dahi melihat penampilan budak lanun itu. Baju t-shirt yang terpampang gambar tengkorak zaman masihi mana entah? Seluar macam nak tak nak pakai jek, macam nak terlondeh ada jugak. Tu belum kira dengan mafla la bangle dipergelangan tangannya. Huh? Mau khutbah summary dengan aku ni.

 “Owh..kalau gitu aku balik dulu la Han, bye..”Yaya dah mnghilang diri dari ruang lobby pejabat itu.

 “Macam mana boleh sampai sini?”

 “Orang tau dia kerja kat pejabat penerbitan majalah muslimah. Dia kan dinda kita” Farish mengenyit mata sambil tangannya membuat bentuk hati di dadanya. Ngeee..seramnya.

 “Dia tu tak da kerja ke? Asyik ambik tau hal orang jek.”Farish menggeleng kepala.

 “Lain kali kalau datang pejabat orang jangan pakai macam ni” suaranya seakan berbisik pada budak lanun tu. Farish tersenyum ada lesung pipit dipipi sebelah kanannya.

 “tak suka ke?”

 “Dia tak perasan ke orang duk tengok kita ni?”

 “Biarlah mata kan anugerah tuhan kan?” dia bersyukur rambut si Farish ni dah kaler hitam. Subang dah tak bergayut kat cuping tu..Alhamdulillah..sedekah kat adik dia kut?

 “Jom kita makan dulu nak?”

 “Orang kena balik awal la”

 “tak pe orang datang naik motorcar. Jom..”tangannya sudah diraih. Pantas Hani meleraikannya.

 “Jangan pegang..dah lupa ke?”

 “Hehe..orang tengah excited terus lupa la..”Farish tersengih sambil mengaru keningnya.  Sebaik sahaja langkah farish berhenti matanya membulat. ‘tak kan kereta ni?”

 “Kereta dia ke?”

 “Borrow kat mummy jap” Farish sudah membuka pintu kereta audi untuknya.berani dia borrow kat mummynya kereta mahal ni semata-mata nak bawa aku makan. Setahunya Farish ada motorsikal jek. Macam biasa Farish akan membawanya ke gerai makan tepi jalan.

 “Han..macam mana dengan proposal tu?” dah agak dah. Benda ni mesti keluar jugak dari mulut si Farish ni. Nasi goring paprik dah rasa macam berpasir jek nak telan.

 “Orang memang suka dia. Orang ingat nak berubah bila dia terima orang sepenuhnya” Farish memandang laman wajah yang selalu dirinduinya. Selama ni dia tak pernah rasa suka dengan perempuan sampai ke tahap ni. Dulu kalau dengan CiCi tak pun Alex dia tak da nak sampai ke kahwin just suka-suka keluar tak pun suka-suka pegang apa yang patut tapi gadis ni lain. Dia rasa nak sentuh bila gadis tu betul-betul jadi miliknya.

 “Hurm..dia tahukan orang ni berbeza sangat dengan dia macam langit dengan bumi tahu?”

 “Orang tak rasa pun macam tu. Ke sebab orang ni jahil tentang agama? Orang nak belajar. Orang nak sangat dia ajar orang”disisip teh tarik perlahan-lahan. Gadis tu sungguh manis pada pandangan matanya pada kali pertama dia pertemuan mereka yang tak disengajakan.

 “InsyaAllah…orang boleh ajar dia walaupun orang pun tak sehebat mana pasal agama tapi bukan sampai nak ke kahwin-kahwin ni. Ni cincin dia ambik la balik.”diketap bibir. Dia menyua kotak cincin tu namun ditolak Farish.Dia melihat ada riak tak puas hati diwajah Farish.

 “Orang tak kisah pun. Orang memang serious nak pegang dia. Ke sebab orang ni tak da kerja? Tak boleh nak sara dia?”

 “Atau sebab orang ni breaker?” tukas Farish. Hani geleng kepala.

 “Orang tahu tu hobi dia. Orang tak kisah pun tapi orang risau family orang tak boleh terima dia dan sebaliknya. Kita kan berbeza!” tegas dia. Budak lanun ni memang susah nak faham. Dan tak nak ambik faham dan tak mau nak faham-faham. Farish tak nampak ke betapa ketaranya dunia mereka? Bila mereka berjalan berdua pasti banyak mata yang memandang.

 “Orang bagi dia masa lagi” senyap! Dah kata dah, budak lanun ni memang tak mau nak faham. Degil!!! Dihabiskan suapannya.

 “Ayie..I think I’m going to get a bit busy next week” Farish memandangnya tiada senyuman dilaman wajah arjuna itu.

  “We may not able to see each other frequently, but that’s okay right?”

  “okay..orang faham. Tapi orang nak dia fikir lagi” lorh..tak hilang lagi dia punya tawaran nak sampai aku buat YES a.k.a year and sale ke?


Kalau ada agama pasti adanya islam…
Kalau ada kemahuan pasti adanya usaha…

  Dia suka sangat dengan gadis bernama Hani Nur Jannah. Gadis tu tak macam yang dia selalu tengok. Gadis tu tak macam mummy tak macam Fiera kakaknya dan Fifi adik bongsunya. Dia? Farish in the middle. Sejak kecil lagi mummy and daddy tak pernah nak ajar soal agama. Masa dia umur 12 tahun dia dah belajar minum air setan tu. Mana taknya mummy and daddy kerap buat party.  Kata mummy live your life..kalau dah tua tak boleh nak enjoy.

  “Buat apa belajar kelas agama? Daddy dah bayar fee kelas piano..dah jangan nak ngada-ngada tukar” merah telinganya kena piat dengan daddy. Mana aku nak jadi baik. Baik. Kalau baik pun sebagai orang melayu bukan muslim..

 “Ayie nak buang rubbish dalam trash okay..” sejak kecik lagi dia diajar begitu .

 “Jangan hina orang lain..Ayie”

  “Don’t give up..Ayie boleh daddy percaya setiap yang kita usahakan pasti berjaya”Daddy pandai memberi semangat. Daddy jugak rakyat yang bertanggungjawab. Tak sia-sia iklan di tv ‘budi bahasa budaya kita’kalau diberi hadiah atau noble orang yang hati mulia. Daddy la calon yang layak. Tapi dari sisi tuhan daddy jauh…jauh sangat.

 “Mummy semalam Danish tidur sini..”bagai nak tercabut jantungnya. Dipandang Fiera dengan pandangan hairan? Masa tu dia baru berusia 15 tahun. Dia tak berani lagi nak bawa perempuan masuk bilik just pegang-pegang jek.

 “It’s okay..ingat don’t shame me. Mummy tak nak Fiera mengandung sebelum nikah” nak jek dia tarik  jantungnya keluar kemudian dia pam sendiri takut nanti dia mati terkejut kat situ jugak. Sekarang dia pun seberani Fiera. Dia jugak jauh macam daddy dari sisi tuhan. Dia jugak melayu yang selam tak timbul-timbul sbagai orang islam.

 Namun semenjak dia berjumpa dengan Hani Nur Jannah dia tertawan. Hatinya bagai disiram air bunga kemboja. Wangi..sentiasa ingat mati. Selama ni dia selalu ingat life jek perkatan die tak da dalam ‘buku sejarahnya’. Macam mana dia bila mati kelak? Tuhan terimakah dia?

 “Boleh bahasa ibunda?” itu permintaan Hani bila dia asyik berslang English. Mana taknya lepas spm terus daddy hantar ke States . Lepas habis jek study daddy suruh lepak dulu kat rumah. Kerja anytime daddy kasi. “Ayie buat dulu aktiviti social dengan your member okay”

 “Kerja? Daddy akan uruskan Ayie bahagian mana okay” hurm..memang senang jadi anak orang kaya tapi dia tak rasa nikmat happy sebenar.

 “Apa maksud Hani Nur Jannah?”

 “Rindu cahaya syurga..”bergetar jantungnya bukan senyuman Hani tapi ayat yang diucap dari bibir Hani. Tiba-tiba air matanya bertakung.

 “Kenapa?”soal Hani sambil kening terjongket sebelah.

 “Lama orang tak dengar perkataan tu. ‘rindu cahaya syurga’” dahi Hani berlapis. Heran?

 “Tak..maksud orang selalu dengar heaven la, paradise la..” hheee..dia senyum tayang gigi. Cuba sembunyi getaran itu. Rindunya dia pada cahaya itu. Selama ni dia berada dalam kegelapan hanya cahaya lampu yang kadang-kala menyuluh tapi tak sampai ke hatinya. Heaven?

 “selalu ke break dance kat sini?” soal hani

 “Hurm..tak selalu tapi acap kali….hehee” Hani tersenyum. Senyuman tu bagai meruntun jiwanya. Dia jatuh cinta dengan Hani. Dia rindu cahaya syurga. Dia nakkan Hani. Nak kenal siapa Abraham?(Nabi Ibrahim) Siapa Jacob?(Nabi Yaakob)Siapa David? (Nabi Daud) Siapa moses? (Nabi Musa) Siapa Isaac? (Nabi Isa)  Ehmad? (Nabi Muhammad S.A.W) Dia tahu mereka semua tu nabi tapi dia nak tahu dalam sejarah islam, cerita dalam al-quran bukan kitab bible bukan English. Selama ni dia lebih suka ikut cara daddy yang freethinker tapi sekarang dia jadi curious nak tahu semua benda berkaitan islam.

 “Hurm..Han, apa itu usss..watul haa..saaanah?” lepas jugak perkatan yang dia pernah dengar time dia lalu tepi masjid, waktu ada khutbah jumaat kot tapi time tu pagi? Ye la kot?

  “Ikutan yang baik. Contoh nabi kita Nabi Muhammad S.A.W, dia mengjadi ikutan yang baik untuk kita. Dari keluarga, ekonomi, politik dan Negara semuanya syumul..maksudnya sempurna.” Ooowwwhh…luas rahangnya terbuka. Jahilnya dia…

 “Apa itu Maa.maa..waad..”

 “Mawaddah?”seraya itu dia mengangguk laju. Kemudian tersengih sambil mengaru keningnya.

 “Kasih sayang..hurm..contoh kasih sayang kepada Allah, rasul, ibubapa dan family kita”

 “Kalau macam kita? Ada tak maawaddah tu?”

 “Hurm..boleh tapi sebagai suami isteri kalau couple tak digalakkan” Hani tergelak. Dia senyum dalam hati. Kasih sayang suami isteri? Mawaddah dari Ilahi..lagipun dia sekarang dah 26 tahun memang wajib kahwin pun..=))


Kalau ada malam pasti adanya siang…
Harinya pasti ada cerahnya…

 “Weh..asal kau lukis pic wanita muslimah ni?” Ojan dah teleng kepala tengok lakaran graffity. Ni mesti penangan ‘finalis gadis melayu celup tu’.

  “Kau suka dia ke? Padan ke korang berdua?”

  “Why are you over looking me?” ojan ketawa termengah-mengah.

  “Bukan pe..kau tu devil dia tu angel tahu?” ceh!! Devil kau kata aku ojan. Semburan pada lakaran bibir itu dihabisnya kemudian dia memandang Ojan sekilas.

  “Beauty and the beast boleh pun bersama” mengekek ketawa Ojan.

  “Kau ni handsome lak jugak tapi life kau tu not pretty look la” Kojie pulak memberi komen.

  “I’ll change la..Kita kan manusia bukan kayu ke batu ke bila ubah terus patah tak pun berkecai. Aku nak hidup aku ni bermakna. Semua ikut fitrah-Nya.”

  Ojan dan Kojie dah buka rahang..Ngee..Ayie dah kena tarbiah dengan Islamic girl terus change jadi lebai Ayie..

  Semburan warna tudung pulak.dan latar cuba dihabisnya “ aku nak cinta aku ikut aturan-Nya. Korang tak rasa ke betapa kita ni rugi jek bila hidup kita habis macam tu jek? Tak da sesuatu yang berharga untuk kita bila mati kelak?”

 Ngee..Ojan gigit jari. Dying!!  Kojie kemam dua ulas bibirnya. “Adoiya…memang aku tak pernah nak ingat semua tu. Takut pun ada macam mimpi ngeri rasa nak terkencing dalam seluar jek”

 Mereka memandang antara satu sam lain. “I think it’s time for you to prepare yourselves”

 “What does that mean?” dia senyum penuh makna. Change!!!!


 “Ayie..hoiya!! asal kau buat baby freeze jek?” Ojan menepuk bahunya. Kemudian Ojan memula langkah seorang breaker dengan Top rock kemudian semakin rancak. Kojie dah siap helmet atas kepala nak buat headspin.

 “Ojan!!” Ojan dah terbalik bila buat pose handstand tadi.

 “Ceh!! aku tak boleh kawal lagi”

 “Kau boleh jek…go..go power move!!!” ojan mula lain. Mengikut rentak rap lagu. Ojan buat pose turtle. Kojie bergabung dengan Ojan. Dia hanya melihat dance mereka. Kemudian Fuzz, Osim dan Joe datang menyertai mereka untuk break dance. Dia nak ini yang terakhir dia break dance. Terakhir dia freeze. Terakhir dia headspin. Dan terakhir dia lepak dengan teman-temannya.

 “Sorry..Did you wait long?” CiCi datang menyapanya.

 “It’s okay. But why were you late?” dia membalas senyuman CiCi. Tangan CiCi yang setia diatas bahunya itu dilurut ke bawah. CiCi kerut dahi. Heran? Tak ‘mesra alam’ dah.

 “I have great news. I made passed the audition.”CiCi senyum sampai ke telinga. Dia angkat dua tangan lalu dibentuk jarinya menjadi scissorhand…V.

 “Seriously?”CiCi angguk laju.

 “Oh my God!! That’s great!! Does that mean you get to become a dancer?”CiCi angguk lagi.

 “Weh..CiCi passed audition ‘So you think you can dance’” dijerit kepada mereka yang lain.

 “WoW!!! Bravo!!!”Ojan dan lain datang menghampiri CiCi lalu disalam mesra tangan teman dancer itu.

 “YoY!! Korang tak nak join sekali ke?”

 “Tukang sorak untuk kau boleh la…” Ojan tergelak.

 “Kita orang breaker bukan dancer takut runtuh jek stage audition tu” tukas FuZZ. Mereka yang lain mengiakan.

 “Dan aku nak buat announcement pulak” Farish menarik nafas dalam-dalam. Change!!

 “Asal Ayie? Kau nak kahwin ko?”teka Osim. Nak betul dah tapi yang lebih tepat dia nak berubah.

 “Aku maybe tak join kot korang sekerap ni atau..aku break terus.”

 “Daddy kau panggil keja ke?” teka CiCi pulak.

 “No..aku nak sambung belajar” dia senyum bermakna.

 “Kat na?”

 “Pondok Lanai..” hah???????? Tempat apa tur? main pondok-pondok ke? Ke nak pegi camping?  Farish tayang gigi.


Kalau ada Farish pasti adanya Hani..
Kalau ada hati pasti adanya Cinta….
Kalau ada rindu pasti terus berbunga…

Dulu dia rimas dengan kehadiran budak lanun tu. Tapi sekarang…dia bagai ternanti-nanti. Setahun dua bulan budak lanun tu bawak diri. Dia? Menghitung hari. Merajuk aku tolak cintanya. Ye ke? Tapi si Farish tu tak cakap pa pun…Dia merajuk ke?

Haila..menyesal pulak tolak si Farish ni. Dia budak baik Cuma sebelum ni dia tak baik sikit jek. Kalau kira adab budak tu memang Raja adab. Cuma adab dengan tuhan jek kureng sikit. Dia rindu senyuman ala pirates  tu. Dia rindu bahasa orang-dia. Dia rindu semua hal budak lanun tu.

 “Angah..umi dengan abah dah bincang nak terima pinangan  anak murid  ustaz Asri kawan abah masa mengaji kat pondok dulu, dia merisik Angah untuk anak muridnya. Mau ke tak?” soal umi waktu makan malam. Nak tersedak dia. Di minum air kosong dua teguk nak hilang sekatan nasi yang tak sempat dikunyah lumat tu.

 “Nape tiba-tiba nak angah  kahwin ni?”

 “Angah kan dah 26 sekarang elok sangat la. Achik nak bertunang bulan depan nanti kenduri buat sekali senang cerita. Save bajet abah..kan?” Achik menyampuk. Disuap nasi ke mulut sambil mengejek-ngejeknya.

 “Achik tu gatal. Sebab tu nak cari orang tolong garu” dijeling achik yang masih tersengih-sengih.

 “Cepat la angah..Orang langkah bendul baru tahu” dan kerana desakkan itu dia terima jek permintaan abah dan umi  pinangan putera belantara mana entah? Belajar kat pondok ustaz Asri kawan abah. Asal banyak-banyak orang aku yang dia pilih? Nape tak ambik je anak ustaz Asri tu? Mengaji Mesir pe? Hebat dari aku yang Cuma tamat kolej islam kat sini jek. Dan dia terpaksa lupakan budak lanun itu.

Tapi rindunya tetap ada….kadang kala kita terlalu memilih yang terbaik untuk kita tapi kita tak sedar yang kita bukan yang terbaik untuk orang lain.


 “Daddy..Ayie nak kahwin”

 “What? Dengan siapa?”

 “Pilihan Ayie..”

 “Ikut la..Daddy tak kisah. But jangan lupa balik minggu depan Fiera nak kahwin. Kita orang buat majlis reception kat Bora Ombak.”

 “InsyaAllah..Kirim salam kat mummy ye..” selesai bercakap dengan Daddy. Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan. Daddy tetap jadi orang yang tak kisah. Dia dengar mummy sakit cancer payudara. Daddy tetap degil nak cari ubat tanpa perlu berdoa. Daddy kata kita usaha pasti kita berjaya. Sebab itu daddy  rasa yang selama ini dia hidup mewah atas usahanya bukan ketentuan takdir-Nya.

  Fifi pulak ada dekat rumah pengasih sekarang sebab disabit kesalahan mengugurkan kandungan bawah umur. Dia tahu daddy nak rasa menyesal tapi daddy ego. Daddy degil. Fiera pulak dah bercerai sekarang perkahwinan keduanya.

  Baru kahwin tak sampai setahun dulu dah bercerai. Sebab tu kata ustaznya hidup kita tiada Nur Iman…Dhiya ul-iman. Cahaya iman yang bersinar-sinar. Kita kegelapan..kita alpa dengan dunia. Nikmat yang dicari hanya kehendak nafsu semata-mata. Kita perlu ingat perkara ini macam kita hafal rukun Negara.

 Berat itu amanah..
Besar itu nafsu…
Tajam itu lidah…
Ringan itu ibadah…
Dekat itu mati..
Dan yang jauh itu masa lalu kita….

 Farish senyum tanpa gula. Dikesat juraian air mata dengan lengan baju Punjab. Siang malam dia berdoa agar keluarganya berubah. Berubah mencari identity seorang muslim. Kenapa Daddy nak pergi jauh lagi? Kenapa daddy tak ingat dekat itu mati. 

 Dia ingat lagi mula-mula dia nyatakan hasrat nak belajar di pondok. Habis deck dia daddy patahkan tak cukup dengan itu daddy buang semua trofi dia. Daddy koyak semua  segala poster yang menjadi pujaannya dulu. Dia sedih bukan semua benda daddy buang. Bukan daddy koyak atau patahkan tapi dia sedih dengan ketidak penerimaan daddy  atas dia punya suggestion nak jadi baik.

 “You’re my son.. kenapa sanggup Ayie buat daddy macam ni? Mana daddy nak letak muka bila orang tanya anak daddy buat apa sekarang? Nak ke daddy cakap dengan bangganya yang anak lelaki daddy sedang mencari heaven. Nak kumpul pahala banyak-banyak sebab nak mati?” dia rasa macam nak cekik jek daddy disaat itu. Tapi itu daddy.

  Kenapa  sebab nak mati jek semua orang yang buat jahat segera nak bertaubat? Sebab nak mati jek semua orang jahat berubah jadi baik? Kenapa? Dan kenapa tidak sihat kita cuba bertaubat diatas khilaf kita tanpa kita sedari atau tidak.? Kita berubah menjadi baik kerana kita hambanya perlu rasa ada kesyukuran. Kita hanya barang pinjaman dari-Nya. Sampai satu saat atau masanya Dia akan mintak balik semua ‘pinjaman’ itu.

 “daddy..you too much”pang!!! Pedih!!!! bila lima jari daddy melekat dipipinya.

 “Kau yang melampau ayie..kita hidup bukan nak habiskan masa dengan kesedihan akhirat!!!hah..kau sakit apa? Kau nak mati ke?”tengking daddy.

 “Ayie sakit disini daddy..ayie nak cari penawarnya. Ayie nak kebahagia di sini.”dia menunjuk jarinya kedada. Hatinya kena barah dunia. Hatinya tak tenang. “Bukan semua yang  ada sekarang. Bukan kekayaan daddy..”

 “Suka hati ayie…” lemah sahaja ucapan daddy. Mummy? Dia tak ambik kisah. Puas jugak air matanya mengalir. Selama ini dia tak pernah nak menangis sampai ke tahap ini. Biar kerana cinta Ilahi dan rasul dia terima semuanya.


“Assalamualaikum…”

 “Waalaikumussalam..”dia terpana melihat raut wajah yang dulu dipalit dengan ekseksori dunia sekarang putih bersih dihiasi dengan janggut halus yang hanya beberapa helai. Manis!! Umi dan abah kata ada wakil pihak lelaki nak berjumpa dengannya dan inikah wakilnya?

 “Awak? Kenapa awak?”

 “Orang kan janji nak memiliki dia. Orang rindu cahaya syurga” senyuman itu masih seperti dulu tapi sekarang senyuman itu makin menawan. Rindu dia pada gelaran itu dan panggilan itu. Orang dia…

“Orang lah anak murid Ustaz Asri. orang nak dia terima pinangan orang” Hani masih lagi terkejut. Rupa-rupanya pinangan itu adalah dari Farish budak lanun abad-21. dia membalas senyuman itu. Ada rindu dihati yang kini sedang berbunga dan semakin memekar mewangi.

 “Awak bukan lagi??”

 “Breaker? lanun? Sewel? ” hani sudah ketawa sambil mengeleng kepalanya. Banyaknya gelaran dia berikan pada Farish.

 “Orang sekarang hamba Allah yang ingin mengikut sunnah nabi kita iaitu berkahwin..” Farish tayang gigi.

 “Saya setuju..”Hah??? farish macam tak percaya? Hani terima dia. Tak perlu cincin mahal-mahal. Tak perlu kereta mewah kalau nak melamar gadis ini cukup hanya berkopiah putih dan belajar agama. Dia ingin hidupnya diakhiri husnul khatimah..kesudahan yang baik bersama gadis berhijab didepannya sekarang.

Dia senang hati….ku balut kesedihan ini dengan sapuan air mata keinsafan. Ku siram diri yang hina dengan berkat wudhuk. Ku anyam bahagia menjadi hamba yang serba kedhoifan. Sederhana acap kali ku ucapkan untuk menjadi hamba-Mu yang bersyukur..Ya Allah..

Rindu cahaya syurga…adakah aku layak?
Andai kau tempatkan aku di neraka kelak..
Akan ku beritahu penghuninya yang aku amat menyayangi Mu Ya Allah….

p/s: sesungguhnya manusia itu tidak akan menyedari yang paling hampir dengannya adalah keMATIan. Dan yang paling jauh itu adalah masa atau kenangan lalu yang semakin lama semakin jauh kita tinggalkannya…
Tiada yang terindah melainkan cinta Ilahi..yang tidak mengharap apa-apa bayaran ataupun balasan Cuma yang perlu ada keIKHLASan…(+_+) ilhanurani…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan