http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 23 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 11, 12 dan 13

                                                                         Naufal

BAB 11

         Matanya setia teracap di skrin televisyen. InuYasha sudah mengeluarkan pedangnya. Klik! Sekelip mata je CSI Miami keluar dari skrin  televisyen. Lorh..siapa pulak kacau kedamaiannya.

        Naufal merengus. Dikalih mummy sedang memegang remote control.

        “Cartoon is over!” ada ke patut mummy cakap macam tu. Sesedap je matanya melayan cerita tadi terus mummy yang hati kering tukar ke channel 701 : AXN. Cerita CSI Miami ni bila-bila mummy boleh tengok. Dia? Time cuti jek. Balik hostel mana nak da channel 715 : animax ni.

        “Laa..mana finish lagi mummy.” Rungutnya. Muka dah jelas keruh tak da jernih. Tapi mummy lagi keruh.

        “Pagi kartun. Petang kartun. Malam pun nak kartun juga lama-lama otak pun macam kartun” marah mummy. Mahu saja di panggil InuYasha fighting dengan mummy.

       “Ina..dalam bilik kita kan ada tv”  tegur papa. Macam ni baru kingdom heaven pa. “Don’t disturb her.”

          You  too much..” dia melampau? Bila dia lawan cakap mummy. Ini tidak adil! “Siang malam kartun tu la”

          “Naufal just nak tengok kartun je, sayang” pujuk papa. Mintak-mintak mummy cair.

          “I malas nak panjat tangga..hubby” ada ke  itu alasan mummy?. Memang nak kena fire ni. Dia sudah menjuih bibir. Mummy tak cair pun.

           “Kenapa you suka cari pasal dengan Naufal?” papa nak cari pasal dengan mummy ke? Dan mummy cari pasal dengannya.

           “She’s twenty  years old..hubby. Tak kan you nak biar je dia layan cerita kartun. That’s not funny hubby! Patutnya dia kena tengok story yang berfaedah bukan alam fantasi.” Marah mummy. Mummylah yang betul. Mummylah yang  benar.

           “It’s up to you.!!” Papa mengalah. Mummy menang. Papa membaca kembali majalah time. Naufal malas layan. Dia cepat-cepat naik anak tangga untuk ke biliknya. Layan lagu lagi bagus.

            Datuk Syed Razzak memandang sayu anak itu. Norina selalu saja menyinggung anak itu. Ada saja tak kena di mata isterinya itu. Dia teringat kata-kata Naufal.

            “Naufal tak betah  duduk rumah, pa. Naufal suka freedom. Malaslah duduk rumah ni” dilihat anak mata Naufal. Dia tahu itu semua alasan. Naufal cuba mintak dia faham keadaannya. Namun dia sengaja buat-buat tak faham.

             Dia mahu Naufal rapat semula dengan Norina. Dengan Nadira dan Rayyan seperti satu keluarga. Dia juga mahu Norina berbaik dengan Naufal. Anak itu berhak. Sebab Naufal adik Nadira, darah daging darah walaupun haram. Status Naufal berbeza dari Nadira.

             Naufal anak….Dia tak sanggup hendak mengatanya. Tak sanggup dia nak beri status anak itu. Dia jadi kasihan. Dia mula menyayangi anak itu. Naufal budak baik walaupun tingkah lakunya seperti lelaki. Naufal tak jahat yang jahat ayahnya.

          “Naufal tak layak dilahirkan” kenapa Norina sanggup menghukum kehendak tuhan. Tidak terasakah Norina akan menyalahi takdir tuhan. Semuanya ada hikmah. Norina belum nampak kenapa tuhan takdirkan Naufal untuknya.

           Ya Allah…Berikan Norina petunjuk. Biar Norina faham semua takdir adalah indah belaka bukan derita semata-mata…

          Naufal merajuk dengan Norina sampai hari raya Aidilfithri pun tak balik, bulan puasa langsung tak balik berbuka bersama. Bila Tanya Norina. “ Naufal raya mana tahun ni?”

          Senang jek jawapan Norina. “Dengan kawannya.”

         Sejak itu dia tekad, dia mesti bawa Naufal balik rumah ini. Naufal harus wujud dalam keluarga ini. Disebab itulah dia paksa juga Naufal untuk pulang awal dari tarikh anniversary mereka.

         Lagipun Rayyan belum berkenalan dengan Naufal. Lagi ramai ahli keluarga lagi meriah.  



           Rayyan tegelak. Sekejap tersenyum. Diletak lengannya ke dahi sambil matanya memandang kosong siling bercorak bunga-bunga putih. Dia teringat Naufal. Dia rindu Naufal.

           Salahkah dia sekiranya dia jatuh cinta pada Naufal. Dia nampak Naufal cantik segalanya. Hahaha..pasti teman-teman akan ketawa bila mendengar dia jatuh cinta pada adik tomboynya.Giler!!!

          Ya Allah biarkan aku jatuh cinta. Sesungguhnya cinta ku ini buka cinta yang salah. Naufal adik tirinya. Antara dia dan Naufal masing-masing bukan muhrim. Dia cuba membayangkan Naufal berambut panjang dan berbaju kurung..Waa…!!!

          Cantik! Cantik!! Tapi kalau papa dan mummy tahu perasaanya pada Naufal bagaimana reaction mereka. Terkejut? Marah? Atau terima seadanya perasaannya pada Naufal dan merestuinya. Mimpi di siang hari lah Rayyan….

          Baik dia biarkan dulu perasaanya ini. Tapi dia takut andai sekuntum bunga jantannya dipetik orang. Ada ke orang nak dengan si Naufal ni? Mula-mula tengok memang tak berkenan. Macam dia dulu namun dia ingin juga mendekati gadis itu dan sekarang bila lama kelamaan wajah itu membuai perasaannya.

         “ Hai..Fal” dilihat seorang lelaki datang menyapa Naufal sebaik sahaja mereka keluar dari spa mummy. Nadira dan mummy masih di dalam buat rendaman kaki pulak.

         “Weh..kau rupanya” Naufal bukan main ceria bila disapa lelaki itu. Dia jadi cemburu. “Lama tak jumpa kau. Buat apa sekarang?”

        “Baru abis study kat U.S” hebat jugak lelaki ini.

        “Seronoklah  kau lepas ni keja pulak .”

        “Biasa je. Kau nampak lain Fal. Kau makin berani dengan stail kau sekarang.”

        “Biasa la bro…”

        “Siapa tu? Balak baru kau ke?” Dia dah tak senang duduk. Lelaki itu memandangnya tanpa senyuman seolah-olah dia perampas. Naufal memandangnya tanpa perasaan.

         “Abang aku..” abang? Baru nak mengaku dia abang. Apa hubungan sebenar Naufal dengan lelaki kurus tinggi itu?

         “Abang? Sejak bila kau ada abang? Setahu aku abang kau Edy” sinis sahaja jawapan lelaki itu. Edy? Abang? Dia sudah tidak faham. Dilihat riak wajah Naufal sudah tidak ada manisan.

         “Abang tiri aku la…” ujar Naufal tidak seceria tadi.

         “Sorry…weh! Tak pe lah aku mintak diri dulu. See you soon” lelaki itu perasan akan keadaan Naufal.

         “oke…”

         “Fal..jangan lupa Edy tetap sayang kau” Naufal seakan terkejut dengan kenyataan lelaki itu. Dan dia juga terkejut!! Siapa Edy? Siapa lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu pergi dia cepat-cepat meluru kearah Naufal.

         “Siapa tu BF Naufal ke?” tiba-tiba dia jadi curios.

         “Hurm…” hambar sahaja jawapan Naufal. Dia kecewa. Tapi dia yakin lelaki itu bukan boyfriend Naufal atau ex.  Dia cuba lagi namun Naufal tidak mengendahkannya sehingga mereka semua selamat sampai ke rumah. Naufal buat-buat tak kisah dengannya. Budak itu asyik melepak dalam biliknya.

          ‘Haru…dia jadi resah. Naufal seorang gadis yang misteri kisah hidupnya. Gadis yang pelik. Namun dia tertarik ingin mengenali gadis itu. Dia sudah jatuh! Jatuh cinta.

          Naufal bukan sebarang gadis. Naufal ada peminatnya tersendiri. Rayyan bingkas bangun dari pembaringannya. Otaknya mula berfikir benda yang mengarut.

          Entah-entah NAufal seorang lesbian? Edy tu kekasih gelap Naufal dan Edy itu teman wanita lelaki itu. Maknanya Naufal terjebak dalam cinta tiga segi. Tak…cinta terlarang. Edy kan nama lelaki. Arghhh!!!!..manalah tahu nama Edy tu Edyana ke? Edylia ke? Edyfana ke? Sekarang nama perempuan semacam jek dengan nama lelaki contoh terbesarnya. Naufal!!!

         “Ridiculous!!!” tak mungkin Naufal begitu. Hatinya cuba menidak. Tapi Naufal seoalah-olah tidak berminat dengan lelaki. Tengok muka dia jauh sekali kalau tengok pun jelir lidah tak pun nak menyerangnya dengan kata-kata yang agak kasar baginya.

          Berbeza dengan Nadira pandangan mata yang redup dan lembut. Selalu memandangnya  tanpa jemu sambil mengukir senyuman pemikat.

           Dia teringat hal tadi pulak. Edy?

           “Abang? Sejak bila kau ada abang? Bukan abang kau Edy?” abang Edy? Pastinya Edy itu seorang lelaki mana mungkin perempuan.

        “Fal..jangan lupa Edy tetap sayang kau” sayang? Edy tu abang NAufal ke? Setahunya mummy ada anak dua jek. Dua-dua perempuan Nadira dan NAufal. Tapi Naufal separuh jantan. Tak kisah lah!.

          Dia ingin tahu. Dia perlu tahu. Siapa mereka dihati Naufal?

           
   
                                                                       
                                                                        Fandy

    
BAB 12

           “Naufal…Cepatlah” sudah berapa kali daun pintunya diketuk si mixed tu. Penyibuk! Dilihat penampilanya di cermin separa bulat dihadapanya. Haila…teruknya penampilan aku. Gaun merah hati yang tersarung dibadannya dibeleknya lama. ‘tak pakai gaun ni mummy kecik hati pulak’

            Dibuka pulas tombol pintu biliknya. Tersembul wajah si mixed separuh penjajah itu.

          “Ini ke Naufal?” ek..ena ada yang nak kena backhand aku ni.

          “Jeng..jeng..nama saya Naufara, saya nak sampaikan sebuah lagu selamat ulang tahun untuk mummy dan papa..terimalah” Naufal mengedip matanya sambil tangan kanannya mengengam tangan kirinya. Comelnya gaya budak separuh jantan. Bukan jantan dah tapi seorang gadis comel menjadi idaman lelaki sepertinya.

            Glup!! Rayyan telan liur. Kemudian dia tergelak besar sehingga terbatuk. Tersedak air liur!!

            “Ooo..kau gelakkan aku ye?” Buk!! Satu tumbukkan tomboy mengenai perut Rayyan.

            “Ouchh..Sakitlah Naufal” dia mengosok tempat yang menjadi sasaran Naufal tadi. Boleh tahan tumbukkannya. Macam jantan jugak! Namun ketawanya masih bersisa sehingga berair matanya.

            “Padan muka kau…!!” Naufal mencebik. Tubuhnya tak bergerak dari tatapan cermin dihadapanya. “Tak rock arr..macam ni aku rasa macam nak salin jek baju lain”

           “Eh…jangan!!! Nanti kecik hati mummy. Macam mana?” Alah..hati mummy memang dah kecik pun.

           “Comellah adik abang ni” pujinya ikhlas. Naufal nampak lain dari semalam. Dari sebelum ni. Naufal kelihatan anak gadis yang comel bermata bulat dengan lesung pipit pada senyuman dipipinya. Tadi dia ketawakan Naufal disebabkan gaya yang dibuat Naufal.

            “Bonggok la kau ni!! Rabun ke? Macam pondan jek aku tengok diri aku ni”  Telinga dia dah bebal dengar kata-kat kasar NAufal. Dah lali.!! Sekarang jadi kebal!!

            “Pakai pin rambut baru nampak cantik lagi. Jap..abang pegi borrow kat Dira ok!!”

            “Laaa…” Rayyan sudah menghilang ke bilik Nadira. Naufal masih lagi membelek dirinya yang kelihatan pelik dimatanya.

             Gaun warna merah hati yang berkelip-kelip dengan labucinya itu melepasi lututnya. Ada ‘cutting’ diparas dadanya kemudian kembang sampai kebawah. Baju ini terlalu menonjol dadanya. Dia tak selesa. Huawaa..papa kingdom heaven kena roboh!! Tak da freedom..

           “Wah..not bad la Naufal. Cantik juga kau ni ye” Nadira sudah berada dalam biliknya. Si mixed disebelah tersengih-sengih.

           “Meh..aku touch up muka kau sikit” Nadira menarik tangan Naufal dekat padanya.

           “Eaa..tamau..tamau. ngeri hidup aku mekap-mekap ni”

           “Alah..touch up bedak and lip jek” Rayyan sibuk mengetip pin rambut  corak butterfly di kepalanya dan dipakai ke lehernya seutas rantai dan buahnya bentuk kunci,ada taburan batu diamond mengikut bentuk kunci itu. Semastinya rantai leher emas putih ini milik Nadira.

           “Laaa..laaa ni apa pulak bro? kau pakaikan aku pin la, rantai la… Haiya..!! aku ni nak masuk Hollywood ke?” Dia dah macam watak utama malam ni. Siap ada juru mekap dan juru dandan lagi. Haru betui…Patutnya Nadira.

           “Macam Barbie doll adik abang ni”

           “Wah..barbie doll mangkuk kau!! Weh!! Korang ingat aku ni patung display ker?” pipinya diketip si mixed yang sekarang sudah hati kering. Tak macam dulu selalu melopong dengan kata-katanya. Hilang manisan di muka itu bila dia berkasar. Sekarang si mixed dah jadi kebal. Si mixed tak nampak dah muka hairannya dengan tingkah laku kasarnya.

              Si mixed yang sewel bergabung dengan si Nad miss ngada-ngada nak kenakan aku nampaknya.

              “Ek..eleh..baru sikit orang touch up dia dah riuh macam orang nak sembelih dia”

              “Dah..dah.. aku rimas la” bentaknya.

              “okay…siap”

              “Tadaaaaaaa…..” dilihat mukanya dah macam chibi morukuchan. Watak kartun perempuan yang pipinya bulat merah. Huawaaa…aku jadi kartun ke?

              “Kau kata nak bedak jek Nad?”

              “Blusher sikit je pipi kau. Baru nampak girl..”

              “Hotak kau!!! Dah macam badut je aku tengok”

              “Takk…abang tengok Naufal comellah malam ni. Seriously!!” Rayyan menahan tangan Naufal yang cuba menyapu mekap di mukanya. Toya betul la si mixed ni.

              “Jangan macam ni Naufal…”si mixed dah buat muka ‘gua kelam’. Macam nak gertak aku je.  Nadira hanya mengeleng kepala.

             “Dah la abang. Naufal ni kepala kayu susah nak buat baik dengannya” ujar Nadira hampa.

              “Rayyan!!!..Nadira!!!!...Naufal!!!! cepat turun ke bawah. Ramai dah tetamu datang ni” suara papa membuatkan Naufal jadi lemah.

              “Jom…”

              “Tak mau la..”

              “Laa..kenapa ni? Segan ke? Tak pe  abang ada” Hangit!! Kau ada pun kalau aku segan pun tak boleh buat apa. “Jomlah..”

               NAufal keras! Dia dah tak reti nak jalan. Rasa semua macam robot. Mukanya macam kena tampal dengan topeng jek.

              “Cantiklah adik abang dua orang ni.. Jom!! Kita turun cepat..” Rayyan memeluk bahu Naufal dan sebelah tangan lagi memengang tangan Nadira untuk turut mengikut rentak langkah bersamanya.
          


               “Fan..kenalkan adik aku Nadira. Dira ini kawan abang, Fandy” Fandy memandang Nadira tanpa kedip.

                “Cantik adik kau, Ray.” Puji Fandy. Matanya masih setia pada laman wajah ayu itu. Nadira tunduk malu.

                “Fandy..Fan. Eh!! Boleh panggil abang Fan” Fandy tersengih. Dia menghulur tangan tanda perkenalannya. Rayyan menyikunya.

                “Sempat lagi ye nak mengatal dengan adik aku?” bisik Rayyan. Fandy mengeyit mata. Tak sangka Rayyan ada adik secantik miss world.

               “Nadira…call Dira je.” Nadira menyambut huluran tangan lelaki sebaya abangnya itu. Boleh tahan jugak abang Fandy ni?

                 “Abang fan ni kawan abang kat  Paris dulu”

                 “Ooo..dah married?”

                 “Soalan cepu mas tu…” Fandy tersengih-sengih. Matanya tak berkedip memandang wajah perawan itu. Cantik! Tak rugi dia hadir juga ke majlis Rayyan. Tak sangka Rayyan ada adik yang cantik tak jemu matanya memandang.

                 Nadira hairan. Soalan cepu emas? Dapat hadiah ke? “ kenapa?”

                Fandy ketawa melihat kening itu bersatu. Hairan!

                “Abang Fan belum kahwin lagi..hurm..maybe coming soon” dikenyit mata pada Nadira. Tersipu-sipu gadis itu. Rayyan hanya tersenyum.

                “Wah…melebih nampak?” Rayyan memeluk bahu si teman.

                “Alah..aku kan single lagi tak salah kan?” dia ketawa. Memang tak salah Fandy. Nadira adik aku. Aku akan cari calon yang terbaik untuknya.

               Excuse me..Dira mintak diri dulu sebab teman-teman Dira datang. I’m sorry

               “Tak pe…” Nadira berlalu pergi. Naufal? Dia dah tak nampak wajah cantik disolek itu. Dah jadi patung display ke? Rayyan senyum dalam hati.

                “Cantik adik kau, Ray” puji Fandy. Matanya masih setia pada tubuh Nadira yang tak jauh dari situ. Nadira yang dilihatnya sedang mesra melayan teman-temannya. Kadang-kala gadis itu senyum. Kadang-kala gadis itu ketawa.

                “Dah..dahla puji adik aku tu..Kau ni dah angau ke?”

                “Dah terlebih angau ni. Patut la kau tak nak join kita orang. Ajak pegi gim ‘sorry aku busy’” Rayyan ketawa dengan ajukkan fandy.

               “Ajak keluar makan pun ‘wei..sorry aku ada hal’. Hai..pelik jugak aku tu yang nak datang juga majlis kau tengok benda apa lah yang buat kau ni jadi anti social pulak. Rupa-rupanya ada adik cun. So bila nak adjust kat aku ha?”

              “Haila..teruk betul kau ni. Gelojoh! Kalau nak pun ambik la hati mummy dan papa aku paling tidak ni ambik hati aku dulu merangkap abang Dira. Nanti nak jadi abang ipar kau jugak. So layan la aku baik-baik” Fandy ketawa sambil menepuk bahunya.

              Brother in- law la..Wah..kena layan macam raja la macam ni?”

              “Yup! Kalau tidak potong mark nak jadi adik ipar aku”

              Brother in-law nak minum apa?”

              “Hahaaa..ten mark for you” mereka ketawa.

              “Wei..abang!!” ketawa Rayyan mati tiba-tiba. Suara budak separuh jantan itu mengejutkannya dan Fandy.

              “Kenapa Naufal?” Rayyan tersenyum melihat wajah kelat itu.

              “Aku rimas la..aku lapar ni tapi aku rimas nak ambik makan lagi. Boleh kau tolong aku ambikkan makanan?” wah.. ‘madam vow’ dah mintak janji.  Fandy hairan melihat gadis itu. Agak comel tapi tak da budi bahasa. Kasar! Dia cuba untuk senyum mesra manalah tahu gadis itu membeli senyumannya.

              “Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?” Rayyan dah tepuk dahi. Budak ni memang tak boleh masuk calon pilih isteri ke? Menantu ke? Jangan kan nak ke grand final nak masuk top finalis pun azab…Senyum Fandy tersemput. Hilang kecomelan yang dia lihat diwajah ‘babyface’ itu.

             “Fan..ni adik aku jugak. Naufal”

             “Naufal. Ni kawan abang kat Paris dulu. Fandy!” bulat mata itu memandangnya. Kemudian senyuman sinis sengaja diberikan. Kawan?

              “Hi..nice to meet you” huluran Fandy sengaja tak disambutnya. Fandy dah jauh hati. Adik Rayyan yang satu ni tak macam yang satu lagi. Agaknya dia dilahirkan berdarah sejuk kut?

              Sorry bro. aku ne sentimental tak main la. Tambah lagi gentleman macam kau dan abang aku ni. Geli la layan perempuan macam ni. Naik meremang bulu hidung aku.” Sentimental? Gentleman? Wah..makhluk dari mana la budak ni. Sekarang orang hidup nak romance in the rain la..

               “Ok..sorry Fan. Naufal ni rock sikit”

               “Banyak la bro..” tergerak tubuh Rayyan bila ditumbuk Naufal pada bahunya. Kuasa budak separuh jantan! Seram Fandy melihatnya. Kalau budak ni hidup dengannya mahu separuh nyawa,  patah remuk tulang empat keratnya asyik kena tumbuk jek.

               “I don’t care. Who’s your name? siapa? Siapa? Naufal ey? Like boy..patutlah your attitude like boy too. I see..” haiya..lelaki ni perli tak beradap nampak? Ada nak kena taro dengan aku lebam mata sebelah.

               “Bro!! aku lapar. Kau kata nak jaga aku. Ni apa kes? Kena jumpa biro tatanegara pulak?” Naufal sudah malas. Kalau dia tahu itu kawan si mixed dia tak akan datang menyapa si mixed tu nak mintak pertolongan. Baik suruh buk Lijah tak apa lagi.

              Yang kawan si mixed tu pun satu tengok orang macam nak telan. Macam aku ni gula-gula kapas? Nadira boleh la nak melayan kau. Gentleman konon! Muka macam jambu air ada hati nak touched aku. Ceh!!! Sekali kena backhand aku ada yang jadi nenek si bongkok tua.

              “Adik kau ke? Dah macam adik lanun!” amboi-amboi sedap jek si jambu ni mengata aku. Rasa penumbuk aku dah gatal nak melayan kemuka orang ni.

              “Sekejap Fan…Naufal jap mari ikut abang”ditarik tangan Naufal ke satu sudut. Naufal cuba meleraikan pegangan tangan.

              “Naufal boleh tak berperangai macam perempuan sikit! Awak tu perempuan tahu!!!” marah Rayyan. Dia tak mahu orang salah sangka dengan Naufal. Baginya Naufal is a good person. Good somebody tapi orang yang baru mula mengenalinya Naufal bagai budak yang kurang di ajar. Dia sayang Naufal. Dia tak senang hati bila orang pandang sinis pada gadis itu.

               “Perempuan? Ceh!!boleh blah la. Baik aku macam ni  dari ada abang macam kau. Tak tau nak bela adik! Sebab tu aku tak perlu abang. Aku boleh bela sendiri “ sayu hati Rayyan mendengarnya.

              Naufal tak tahu caranya untuk membela adiknya itu..Naufal menolak tubuh Rayyan dia melangkah tanpa memandang kebelakang. Rayyan hanya memandang Naufal yang  menghilang kedalam rumah. Kesian Naufal, tadi dia la beria-ia suruh Naufal turun. ‘tak pa abang ada’. maafkan abang, Naufal…


          


                                                                           Edy


BAB 13

             “Piiirraaahh…abang konon.” Depan kawan lembik jek, aku mintak tolong sikit nak cover line konon depan kawan takut ada adik macam aku.

                  Seram la tu…Yang si jambu tadi pun satu, macam dia tak tahu si jambu tu dah terpaut dengan Nadira. Dia perasan bila si jambu tu asyik tengok Dira kemudian beralih pulak padanya.

                 Tengok aku kononnya nak compare la dengan si Dira sapa lagi baik. Ceh!!! Si Dira tu tak pe lah boleh lenggang si paku gelang kalau aku silat cekak aku bagi jek…

               Naufal menutup rapat daun pintu kamar tidurnya. Dia berjalan menghampiri cermin separa bulat di meja solek itu. Dilihat wajahnya dah macam joker, chibi morukuchan pun ada jugak.

              Hahaha..aku memperbodoh diri aku sendiri jek. Semuanya pasal si mixed separuh penjajah tu la. Nak change aku konon  macam perempuan melayu terakhir, tapi aku ni tak da masuk final la si mixed oii…cancel!

              Aku adalah Naufal bukan Naufara atau klon si Nadira ke. Si mixed tak macam Edy. Ni dah masuk old story Naufal. Nak buka buku sejarah balik ke NAufal? Cuma dia ingat pertemuan dengan Aswad petang kelmarin.

            “Hai..Fal” dia menoleh melihat sipemanggil itu. Bunyi namanya nampak mesra  Fal lagi..macam kawan lama. Aswad tersenyum memandangnya. Dadanya berdegup kencang. Aswad teman rapat Edy. Aswad pernah membencinya dulu kerananya pelajaran Edy merosot.

             Edy tak dapat sambung belajar ke matrikulasi dan biasiswanya di tarik balik. Sebagai teman pasti Aswad berhak membencinya. Tapi bukan salahnya. Ye ke? Perlukah dia menyalah Syuk?

            “Weh..kau rupanya. Lama tak jumpa kau. Buat apa sekarang?” dia sengaja memaniskan muka. Aswad menegurnya dengan cara baik dia perlu membalasnya dengan cara yang baik juga.

             Dia tahu Aswad sambung study kat oversea tapi dia sengaja mencipta soalan. Kalau Edy ada sekarang pasti dia dah habis study macam Aswad.

           “Naufal…Abang nak Naufal ingat yang abang adalah satu-satunya abang yang sayangkan NAufal.” Sewaktu tu dia rasa bagaikan musim bunga sakura berguguran di wajahnya. Tangan Edy mengosok kepalanya berulang kali. “Naufal my cute girl”


           Namun musim bunga sakura tak lama. Ia bertukar menjadi musim hujan di hatinya. “ Aku sukakan Edy”

           “Sejak bila? Kenapa kau beritahu aku? Kenapa tidak pada Edy sendiri?” Syuk tersengih. Dadanya sudah berombak tsunami. Dia cemburu. Dia tak mahu berkongsi Edy. Biar dia saja ‘adik’ Edy. Dia tak mahu.


            Naufal pejam mata. Dia membuka pelahan-lahan matanya dan dilihat raut wajah Edy tersenyum padanya pada pantulan cermin dihadapannya. Kemudian diganti pulak dengan senyuman mengejek dari Syuk. Shit!!! Damn it!!! Aku benci kau Nor Syukriah!!!


          “Abang nak Naufal study hard sikit, nak final exam dah kan? Spm ni penting tau” Edy membuka buku latihan add mathenya. Di check latihan yang dia buat tadi.

          Perlukah dia Tanya perihal Syuk pada Edy? Kalau abang edy mengiakan macam mana? Tak ke haru aku…s.p.m kantoi terus.. Ni kes naya. Baik aku Tanya selepas exam.

          “Boleh Naufal Tanya soalan sikit kat abang?” kata tak nak tanya? Tapi soalan itu tetap nak keluar jugak. Tak paksa pun sendiri nak tahu. Teruk lah aku ni..

          “Aik? Skemanya? Selalu main redah jek tak da pun permission macam ni?” Edy tersengih. Pen merah ditangannya berhenti menanda.

           Patutkah aku tanya? “Abang suka dengan Syuk ke?”

          “Ingat soalan add math eke? Tak faham? Ni personal question ey?” kepalanya digosok Edy. Fiilnya. Dia meletak kedua belah tangannya di atas meja batu separa bulat tu.

          “Your question tak masuk exam, right?” Dia hanya mengganguk. “But I’m just to know it..”

          “Next question…abang tak layan soalan merapu macam tu” tangannya yang masih berada di atas meja batu tu dipegang abang Edy. Erat! Kemudian abang Edy menyambung check dibuku latihan itu semula.

           “Yang penting sekarang adik abang ni berjaya dalam s.p.m tau…” Dia hanya menunduk. Aku dah mengecewakan abang Edy ke? Dia Cuma nak tahu siapa Syuk dihati abang Edy. Itu jek..dan yang penting dia nak tahu siapa dia sebenarnya dihati arjuna itu.

           “Abang marah ke?”

          “Muka abang ada riak marah ke?” abang Edy tersenyum. Dicuit pipinya. “Sejak bila adik abang ni pandai feeling-feeling ni”

          “Tak….bukan apa. Syuk kata dia suka abang so Naufal just nak tahu jek abang suka dia ke tak?”

          “Kalau Naufal betul semua soalan add mathe ne, lunch abang sponsor mau?” lorh…abang Edy nak alih topic. Nak mengelak ke? Atau tak mau aku tahu dia pun sama ada perasaan kat syuk? Dia tak kisah pun….macam sedih jek bunyinya. Dia  kisah sebenarnya. Ye lah dah lama dia kenal abang Edy kalau nak dikira dengan Syuk. Mesti kasih sayang abang Edy banyak kat dia dari Syuk..

         “Don’t let me down..oke?”

         “Abang suka Syuk ke tak?” dia tiba-tiba jadi curious. Hatinya tak senang. Soalan itu tetap akan dia Tanya walaupun dia tak pasti jawapannya mengecewakan atau tidak. Biar abang Edy nak ubah topic lain ke, dia akan Tanya jugak sampai jawapan itu keluar dari mulut arjuna itu sendiri.

         “Abang sayang Naufal lebih dari abang sayang dia. Dua-dua adik abang.”

         “Tak faham..”

         “Abang nak Naufal lebih dari dia dihati abang. Abang sayang Naufal lebih sayang seorang abang pada adiknya tapi kita masih belajar. Abang perlu habiskan study abang kat matrik dan sambung ke oversea kemudian dapat kerja bagus untuk jamin masa depan kita.” Sampai begitu sekali planning abang Edy. Kenapa dia tak tahu? Dah abang Edy tak bagi tahu sebelum ni. Macam abang Edy kata, dia dan abang Edy masih belajar.

          Abang Edy berhenti, kemudian menarik nafas dalam-dalam dan melepasnya dengan sempurna. Mungkin hal ini patut dirahsiakan dulu. Tapi dia dah jadi curious sebab itu benda ni tak jadi rahsia dah. Teruklah kau ni Naufal…

         Sempat jugak dia senyum semanis kurma. Sebenarnya dia bahagia bila mendengar confession abang Edy tadi.Macam tak percaya. I don’t believe it!

          “ Abang nak jaga Naufal sampai kita tua. Nope! Sampai kita mati. Do you understand what I say?” tangannya kini berada dalam gengaman tangan abang Edy.

          “Macam real jek?” patutkah soalan bodoh macam tu keluar dari mulutnya. Dah tak da soalan lain ke Naufal? Next question please…..

          Abang edy membiarkan soalannya. Namun mata arjuna itu masih dilaman wajahnya.

          “Do you love me?”

          “Sayang tapi tak tahu sempat ke tidak sampai tua?” abang Edy sudah tergelak. Digosok kepalanya. “Kartun..”

           “Lucu ker?”

           “Abang nak pegang Naufal sampai tua…” dia turut tergelak. Geli pun ada, sebab sebelum ni kita orang memang tak pernah cakap pun bab-bab feeling heart ni.

            “Syuk?”

            “Abang nak pegang baju dia jek”

            “Jahat…” ditolak lembut tangan abang Edy yang cuba memeluk bahunya. “Kalau Naufal, abang nak pegang macam ni la?”

            Abang Edy mengangguk sambil ketawa.  Itu ketawa terakhir. Ketawa penamat bagi kisah cinta dalam buku sejarahnya.

           Abang Edy tinggalkanya dalam keadaan abang Edy salah faham terhadapnya. Perlukah dia jelaskan sekali lagi pada abang Edy yang dia sebenarnya nak jugak pegang abang Edy macam abang Edy pegangnya.

           Dia jugak nak sayang abang Edy macam abang Edy sayang dia jugak. Tapi dah terlambat..its too late!!

        Syuk dah spoil semua benda yang abang Edy rancang untuknya. Dan yang dia tak boleh terima bila Syuk kata dia buat semua tu sebab dia sayang kat aku? Giler?

           Sayangkan aku tapi sakitkan hati abang Edy dengan fitnah yang tak benar langsung!! Nama pun F.I.T.N.A.H memang tak benar pun. Syuk memang giler!!!

           Dia tak boleh terima semua benda yang Syuk dah buat padanya. Kenapa tiba-tiba hatinya sedih bila teringat abang Edy? Dia rindukan abang Edy sebenarnya. Dia marah bila Rayyan ingin jadi abang kepadanya. Dia benci.

           Dua tahun dia cuba lupa apa yang terjadi. Dua tahun jugak dia cuba hidup jadi diri sendiri tapi dia sakit. Hatinya sakit, sakit untuk meneruskan hidup tanpa abang Edy. Kerana abang Edy lah orang yang dia sayang selepas opah pergi.

          Mummy? Wanita itu tak pernah anggap dia sebagai anak. Nadira? Hatinya tak terubat langsung dengan layanan Nadira biarpun Nadira cuba berbaik-baik dengannya selepas apa yang berlaku.

         Kenapa dulu dia biarkan dirinya jatuh cinta???

          “Cinta itu anugerah Ilahi…”  itu kata opah.

          “Biar kita cinta kerana Allah..sayang” hatinya menangis lagi. Dia rindu opah. Dia rindu abang Edy…

          Dia perlu shut down semua benda sebelum dia tidur…delete semua data abang Edy….Biar dia nyenyak tidur dan dia menutup kembali ‘buku sejarah’ nya.


  
                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan