http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 5,6



BAB 5


          RAYYAN menolak troli yang penuh diisi dengan luggage dan beg ole-ole dari Paris untuk keluar dari balai menunggu. ‘Hurm..papa mesti tak sampai lagi sebab sebelum berlepas, dia ada beritahu papa yang penerbangan dari sana delay setengah jam.

         “Rayyan!!” laungan namanya itu membuatkan dia  kenal siapa pemanggilnya. Papa!. Rayyan tersenyum bahagia melihat papa yang temani ‘keluarga barunya’.

         “Papa..I’m coming!!” langkahnya laju menuju kearah papa. “I  miss you so much, pa..”

        Dipeluk erat tubuh papanya. “me too…my son” Ditepuk bahu satu-satunya anak lelakinya yang kini berusia 28 tahun.

         See..your new mum, call her mummy” pelukkan papa dilerainya. Dia tunduk menyalami tangan ‘mummy barunya’. Wanita itu nampak kelihatan muda dari umur sebenarnya. Cantik!

         How’re you mummy?” tak kekok dia memanggil wanita  berusia awal 50 an itu mummy. Lagipun dia sudah ketagihan kasih seorang ibu.

         So much fine…kamu segak dari jangkaan mummy ye.”seloroh mummy sambil mengusap rambutnya disaat dia tunduk mencium tangan wanita itu.

         Rayyan ketawa. Mummy cepat mesra. “Ini anak mummy, Nadira..”

         “Hi! Nadira..how’re you?” Nadira sudah tunduk menyalami tangannya. So sweet my younger sister. I’m fine..”

        You look beautiful like mummy

        Notty!” nguman Nadira malu-malu bila diusik. Rayyan rasa gembira macam nak buat kenduri kesyukuran diwaktu itu.

       let’s go my family” Rayyan sudah memeluk bahu papa  agar berjalan seiringannya. “Pa..my mummy macam Julia Robert

       Papa ketawa bila mendengar bisikannya. “No..Fauziah Latiff lah my boy

       Papa mengenyit mata padanya. Miang jugak papanya.

       “Ray tak sabar nak makan masakan Malaysia

       “Haaa..mummy kamu pandai masak sambal tumis udang dan masak lemak cili api”
        Mummy hanya tersenyum.

        Nadira masih malu-malu lagi.

       “Wah…bonanza tu” Rayyan ketawa. Dia dapat rasakan kebahagian sebuah keluarga yang pernah diimpinya dulu. Cantik jugak adik aku, mummy aku pun still cantik macam..macam.. Haa..papa kata macam Fauziah Latiff tapi baginya mummy cantik macam Julia Robert Malaysia.

       Patutlah papa sanggup buang jauh-jauh titled dudanya. Rupa-rupanya papa dapat isteri cantik.Dia ingat lagi papa menalifonnya ke Paris pada waktu tengah malam. (waktu disana)

        “Ray…papa nak tamatkan zaman bujang papalah” papa macam hafal ayat skrip jek. Ditenyeh matanya yang masih tertutup.

        “Aii? Sejak bila papa bujang?” dia ketawa. Matanya terus segar –bugar mendengar confession papa tengah malam begini. Tak masuk akal?

        Your right son…I’m a widower” suara papa perlahan. Papa terasa ke? “Papa jumpa my first love, Norina namanya. She’s getting beautiful like Fauziah Latiff, Ray”

        Dia hanya ketawa. Papa..papa. papa sudah angau. Papa sudah mabuk cinta. Kalau Cik Yah tahu  mahu berbakul semburan Cik Yah dan yang pasti bila dia memberitahu hajat papa kepada Cik Yah memang 100% papa kena sembur

       . Nasib papa baik sebab papa tak ada disini bersama Cik Yah yang tukang kena dengar dialah “ Hishh..buat malu je papa kamu ni, dah tua-tua baru gatal nak kahwin. Dari dia sibuk nak buat perkahwinan sendiri lebih baik dia uruskan perkahwinan kamu dan bla..bla..bla”

         Panjang sangat speech cik Yah hari tu. Hari dia sampaikan proposal papa. Papa nak buka cawangan baru setelah lama cawangan  dulu ditutup.

        CikYah kakak papa. Cik yah dengan papa dua beradik je. Cik Yah masih solo. Kata Cik yah tak mahu kahwin sebab dah puas bercinta waktu muda-muda dulu tapi cerita papa lain pulak, Cik yah merajuk dengan arwah Nek wan sebab arwah Nek wan dulu tentang habis-habisan hubungan Cik Yah dengan pilihan hatinya.

       Cerita cik yah lebih kurang sama dengan papa tapi papa lelaki, kata papa lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan disisi. Kata papa lagi lelaki kejam dan hebat macam Hitler yang bengis berdepan dengan orang bertukar menjadi seorang lelaki bertutur lemah lembut dengan Matahari (perempuannya) dan sejarah empayar Rome hebat panglima perangnya-Anthony lemah bila berhadapan dengan Cleopatra ratu Mesir di zaman itu.

       Kuasa wanita kiranya mama masa tu mampu membuat hati papa yang keras itu menerima cinta baru. Sebab itu papa berkahwin dengan mama selepas frust dengan percintaan pertamanya dulu.

        “Ray..Ray..” suara papa muncul kembali. “ kamu tak kisah kan?”

        “Yaaa..pa. lagipun sampai bila papa nak membujang kan?” dia tak berhak menghalang. Papa ada kebebasanya. 

        “Kamu perli papa ye?” papa sekarang cepat terasa mungkin papa nak muda kembali. Dia hanya ketawa

       “Pa..papalah duda yang paling handsome dan smart” dia gembira dengan berita itu. Papa sudah lama kesunyian kasih seorang isteri.

       But..she’s a widow” suara papa perlahan.

       I don’t care who’s her?,pa tapi yang paling penting dia dapat membahagiakan papa” papa ketawa. Kedengaran bahagia sekali. Papa in paradise sekarang.

       Thanks my good son

       Some goes with you, pa” selepas  papa berkahwin, papa kerap menelefonnya  bercerita perihal ‘mummynya, adiknya’. Papa bahagia.

       Papa juga ada mengirim gambar-gambar dengan ‘family barunya’ dan gambar-gambar yang menunjuk insan bahagia itulah  yang membuat dia ingin pulang ke Malaysia.

       Cik yah? Kesian  Cik yah dia terpaksa pulang awal seminggu dari Cik Yah sebab Cik yah ada gathering dengan kawan-kawan lama yang pergi melancong ke Eropah tapi dia ada mengirimkan  poskad  pada Cik Yah.

         Dear cik yah,
 Abang balik Malaysia dulu coz abang tak tahan rindu dekat papa especially abang teringin nak jumpa mummy baru dan adik baru abang. See you d Malaysia
      Love u ‘abang’

  
     Naufal mengeliat. Dilurus tangannya kedepan  kemudian dipatah jari jemarinya. Dia sudah duduk bersila atas kerusi.

     Mug ada gambar  tom and jerry itu diambilnya, dihirup perlahan-lahan. Masih panas  lagi ke air milo ni. Naufal mengaru keningnya. Matannya masih setia di skrin laptop jenama acer itu. Nak berhenti ke tidak? Jari telunjuknya ditekan kebibirnya kemudian ditonyoh-tonyoh seperti memikirkan sesuatu.

     “Weh..Naufal, kau tak nak tidur lagi ke?” soal Yatt membuat keputusan dia berhenti menaip. Berhenti menyiapkan assigmentnya.

     “Nak..nak tidur ni.” Pantas tetikus menekan save kemudian di turn off kan laptop. Dia bangun dari kerusi study ke katilnya.

     “Dah..dah Naufal baik kau pegi gosok gigi dulu jangan buat bad habit kau, pengotor!” marah Yatt. Naufal tersengih. “aku mana nak tidur lagi”

     “Kau selalu macam tu..sebelum tu minum air milo kau sampai habis dulu. Aku tak mau esok ada cik li kawan kau datang pagi-pagi. Aku geli tau!” raut wajah Yatt menunjukkan kegeliannya. He..he..he Naufal sengih lagi sambil patah balik ke kerusi studynya. “ Jangan lupa off lampu tau”

      Yatt dah membungkus dalam selimutnya.

      Dikerling jam loceng atas meja studynya. Sudah pukul 2 pagi patutlah aku mengantuk. Ditutup mulutnya yang menguap untuk kali ke berapa ntah? kemudian dia menghabiskan  air milonya.

      Nasibnya la duduk satu bilik dengan budak pembersih macam Yatt. Kalau dulu dia satu bilik dengan team tak da lah kisah sangat. Sesuka hati dia nak kentut ke nak sendawa ke sekuat mana pun Team tak kisah. Sebab Team pun macam dia tapi Yatt lain.

       Sebab pernah sekali Yatt demam secara tak sengaja dia terkentut di dalam bilik terus Yatt yang demam ni muntah dan deman yang nak kebah terus panas balik. Semenjak peristiwa itu dia memang jaga attitude bila ada Yatt.

       Team tak nak  tinggal di hostel sebab dia buat kerja part time sampai malam so susah la kalau tinggal dalam hostel kalau kerja kena  balik sampai subuh pun.

      “Naufal…kau tak nak tidur lagi ke?” soal Yatt. Dikalih kebelakang melihat Yatt masih lagi berbungkus dalam selimutnya. “ye..yelah aku nak tidur lah ni”

      Yatt kalau tidur tak suka terang-terang. Dia pulak tak kisah terang pun tidur gelap lagilah tidur. Naufal bingkas bangun diambil mug cartoon tom and jerrynya ke bilik air.

       Dibuat semua arahan Yatt, takut esok pagi Yatt menjerit kegelian melihat cik li kawannya datang melihat kawasan dan  yang penting cik li nak minum sama air milo yang dia bancuh semalam.

        Selesai basuh mug dan gosok gigi dia menutup lampu bilik dan terus merebahkan tubuhnya ke tilam. Wah..sedapnya nikmat tidur ni. Naufal mengambil handphone Samsung berwana hitam dari bawah bantal ke mukanya. Dilihat beberapa message yang belum dibacanya.
       Dibuka inbox- message dari Team

   Naufal..aku tak siap lagi assignment Puan Aziah... huhu =(  --

         Eleh…tahupun bila aku cakap katalah aku ni mak nenek lah, berleter tak cukup tempayan sekarang nak belas kasihan. Dia faham message Team ni bukan apa nak suruh dia taipkan la..sorry..sorry

         Di lihat message details: lor.. pukul  11 p.m tadi, dah lama rupanya message Team ni tak payah reply lah..di tekan button back.  Kemudia massage dari…dari..Syuk?

         Naufal…I miss u belum habis ayat massage dibacanya, dia pantas menekan button delete.

        Delete massage? Yes.  Massage Syuk dah selamat masuk dalam rubbish!
 Kemudian…

         Message dari Nad = Nadira

Salam..Naufal, ari ni papa nak pegi invite abang Rayyan kat KLIA, nk ikut dak? Klu kau nak ikut sama rply mesej k…

        Hurm…buat apa pergi. Mummy bukan sudi pun ajak dia. Sorry lah Nad, aku balas ke tak balas ke sama jek. Aku tetap tak pergi pun. Abang Rayyan?? Abang Rayyan orang yang sama papa beritahu dia sebulan yang lepas ke?

      Teringat dia pada bicara papa bulan lepas. Dia keluar makan dengan papa dan Nadira. Hari itu hari bersejarah dalam hidupnya. Waris jemput keluar makan bersama.

      Naufal senyum semanis gula kapas. Rasa bagai musim bunga sakura jek waktu tu..bahagia..

     “Naufal tahu tak  yang papa ada anak lelaki?” soal papa tiba-tiba. Dia mengeleng kepala.Manalah dia tahu kalau papa tak beritahu. “seorang je ke?”

     “Yup..papa ada seorang anak lelaki, namanya  Syed Rayyan” Dia melihat Nadira dah tersengih-sengih.

     “0oo…I see”

     “Ooo..apa ooo..oo ? tanya lah papa anak lelaki papa tu umur berapa? Kerja apa?” Dahi Naufal dah berombak tsunami. “Macam soalan kau jek? Nak tanya tapi malu..Ceh!”

     Nadira mencemik mulutnya.

     Papa  yang masih mengunyah chicken chop hanya tersenyum.

     “Rayyan sekarang twenty eight, dah wajib kahwin pun.” Papa tersenyum bahagia. Bahagia bila bercerita mengenai anaknya. “Dia tak kerja lagi nanti bila dia balik ke Malaysia dia akan kerja dengan papa. Dia study kat Paris tapi sebelum ni pun Rayyan memang menetap disana.”

     “Mat saleh celup la..” Naufal ketawa. Muka Nadira dah monyok. Macam aku conderm pakwe dia..

     “Kau ni menghina anak papa…”

     “Lor..hina pe, betullah papa..kan..kan?”

     “Betullah cakap Naufal..” naaa…aku menang! Nadira dah menarik muka asam jawa.

     “Rayyyan kacukan Perancis- melayu, mama Rayyan rakyat Perancis, Rachel namanya”

      Naufal memuncung mulut sambil mengangguk faham. Mat saleh celup betul la..ingat made in malay  sepenuhnya rupanya mixed tapi tumbuh hidup segar si anak papa di Negara omputeh..tersasar sikit Naufal.! 

       “Naaa..betullah apa aku kata, aku kan  tuk pawang!” Naufal mendabik dada. Nadira menjuih bibirnya.

       “Mesti handsome kan,pa?” Naufal menghirup green apple juice, minuman  favouritenya . Dikerling Nadira disebelahnya. Geli dia melihat  gelagat Nadira ala-ala kucing siam nak beranak.

        Papa hanya mengangguk sambil tersenyum, semanis gula kapas.

       “Papa harap Naufal boleh balik ke rumah. Kita berkumpul satu keluarga bila abang Rayyan balik ke sini nanti. Lagipun hostel bukan ada privacy, papa dah beli rumah besar untuk kita, bilik Naufal papa sediakan so enjoy your privacy. Naufal dah kemaskan bilik kan?” dia hanya mengangguk. Diam.

        Nasi goereng ikan masin rasa pahit jek. “Naufal ada bilik sendiri, kenapa apply hostel lagi?” soal papa

      “Naufal rasa serba salah?” itu yang betul papa. Namun dia mengeleng kepala menafikan kebenaran.

       “Sebab mummy? Sebab tu Naufal serba salah?” digeleng kepala lagi. Sebab mummy? Itulah kenyataannya. Dia tak happy tiap kali wajah mummy yang mencuka berada didepannya.

      “Naufal tak betah duduk rumah, pa” dikerling Nadira . sedap jek si Nad tu menjamah nasi goreng USA. Aku? Nak tercekik bila soalan papa bertubi-tubi menghentamnya.

      “Naufal sukakan freedom. Malaslah duduk rumah, pa” sengaja dicipta alas an. Heaven bukan freedom, kalau duduk dirumah cahaya heaven tak terasa dek panahan mata mummy yang tajam menyiat laman wajahnya dan hatinya.

      “Duduk hostel lagi you don’t have any freedom, balik ikut time tak boleh buat sesuka hati..kan Nadira?” kali ini Nadira pulak, padan muka sesedap jek menjamu selera aku yang tadi dah tak ada selera dah..

      “Ya..ya papa, pagi kelas datang jek dengan aku” Nadira menyisip air laici buah.

      “Tak nak lah..motor aku ada”

      “Bolehkan Naufal, ini saja permintaan papa. Papa sayang anak-anak papa. Lagipun dah lama papa impikan sebuah keluarga yang besar ada papa, mummy, abang Rayyan, kakak Nadira dan Naufal..” wah..hebatnya impian papa. Big family happy together…boleh ke? Naufal mengaru keningnya. Papa ketawa bahagia.

        Nadira senyum seindah suria..

        Naufal???

        Senyuman air tawar je yang dia mampu berikan pada paa disaat itu.

        Lama dia berfikir. “okay..tapi selepas anniversary papa dan mummy, boleh kan?” dia pulak menyoal papa.

       “boleh.. sayang anak papa ni” papa mencuit dagunya. Malu dia dibuat begitu. Papa baik padanya.

      “sayang Naufal je?”

     “sayang Dira juga” Nadira juga mendapat cuitan papa. Permintaan  papa menyesakkan penafasannya. Mana boleh dia hidup berhadapan mummy setiap hari. Sesaknya nafas oksigen tak da mummy dah curi!!! Huawaaa.

      “Kenapa asyik dengar lagu yang tak berfaedah macam ni?” itu mummy.

      “Dalam rumah ni tak boleh makan kacang! Nadira alah dengan kacang” itu alas an mummy padahal Nadira alah dengan kacang sepat je, dia suka makan kacang tanah, kacang kuda..

     “No green apple juice! Rosak mesin pengisar mummy nanti!” Glup! Nama pun mesin pengisar buah apasal pulak tak boleh? Alas an mummy lagi. Semua kegemarannya bagai racun bagi mummy.

     “Jangan peluk tubuh dengan tangan kamu!”

     “Jangan hembus anak rambut kamu, mummy rimas!” semua yang dibuatnya tidak senang dimata mummy.

       Hiburan pulak.

       “No cartoon” channel 715-animax mummy buang dari siaran berbayar astro. Tengoklah dia  channel 611-Ceria! Ceriakan hidup mu. Cartoon network, nickoledeon jangan harap mummy nak langgan tapi bila Nadira mintak HBO and ABO boleh pulak.

        “ mummy yang nak tengok” itu jugak alas an mummy walhal mummy bukan duduk rumah sangat, banyak duduk kat butik tak pun salun mummy.

      Aktiviti social pulak.

     “No futsal..no soocer” kejamnya mummy!! huawaaaa…. Seksanya hidup dengan mummy dulu sebab itu dia lebih selesa tinggal di hostel. “perangai kamu macam ayah kamu bebal!! Benci mummy!”

    Macam ayah?? Patutnya mummy suka sebab aku mewarisi sikap ayah ada jugak pewarisnya. Ayah suka kacang, suka bola sepak, suka makan epal tapi dia suka jus epal je. Salahkah dia? Extra dia suka tengok cerita cartoon. Baik hidup macam cartoon. Ada power ada versus..wah..kalau dia ada power macam dragon ball mahu je di fire mulut mummy yang berbisa itu.

     “La..Naufal, asal kau tidur senyum-senyum ni? Kau mimpi kahwin ey?” tegur Yatt. Ada ke  mimpi kahwin..kau bolehlah Yatt. Geli aku! Diraup wajahnya lalu dilihat jam di skrin handphone Samsung. La..dah subuh ker? Bila masa aku tidur? Dia bingkas bangun.

     “Aku mimpi dapat poket doraemon” Naufal tersengih. Yatt menjuling mata keatas. Malas layan otak kartun macamnya.

    Dia tersenyum

Nasib baik mummy tak larang lumrah alam semula jadinya

   “Naufal!!! Jangan kentut!!” hahahaha… 
   
    
      
BAB 6

            Sedar tak sedar dah dua bulan dia menjadi penghuni tetap rumah banglow tiga tingkat milik papa itu. Dulu papa tinggal di kondo ingat nak menduda  sampai ke tua tetapi sekarang sudah berubah. Papa belikan rumah banglow mewah ni untuk keluarga barunya.

             Papa kata nak bagi kondo di Damansara itu padanya bila dia ingin menamat zaman bujang dan hidup berkeluarga nanti  senang sikit tak payah cari rumah lain. Papa dah sediakan dah. Dilihat rumah ini besar, sesuai untuk sebuah keluarga. Semua ada enam bilik termasuk bilik orang gaji. Empat bilik air, dan decorationnya memang cantik moden Contemporary.- Ilham dari mummy.

            Bilik utama papa dan mummy mengadap ke barat, sebelah itu biliknya dan diselangi dengan anak tangga utama ada tiga bilik yang utamanya sebelah tangga bilik Nadira dan sebelah bilik Nadira bilik tetamu, bilik tetamu? Bilik Cik Yah ke? Papa tak cakap pun prepare bilik kat Cik Yah. Tapi bilik yang hujung tu baru bilik tetamu . kosong! Ini bilik ada tetamu, ada deco nya sendiri menghias bilik.

           Setapak demi setapak dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tak berkunci. Bilik tetamu ke? Matanya teracap kearah poster Harry Potter sebesar meja study disudut bilik itu. Tak kan bilik untuk Cik Yah kut? Kalau tidak mesti ada bunga sebagai penyeri ini tidak budak ahli sihir tu yang jadi motif utama bilik itu. Bilik sederhana besar seperti bilik Nadira itu dijelajahinya. Bilik Nadira temanya pink tapi bilik ni temanya sama macam biliknya sky blue.

         ‘Bilik anak lelaki mummy ke?’ mummy tak inform apa-apa pun, papa pun. Ada poster football -team Germany dan dibawanya team Brazil sebaris poster budak sihir itu. Dilihat katil bujang yang bercadarkan corak petak hitam-putih.. simple! Dikepala katil ada lagi poster kali ini poster football jugak Chelsea fun club. Wajah terbaru ahli Chelsea menhiasi laman dinding dikepala katil itu. Minat ke hantu bola budak ni?.

        ‘Hantu kartun jugak budak ni’ dibelek deretan komik tersusun kemas dirak kayu itu. Rayyan menarik salah satu komik. Detective Conan- volume 6. diletak semula kemudian dibelek barisan rak yang bawa pulak itu ditarik jugak salah satu komik Doraemon, ceh! Diletak semula. Kartun macam ni pun layan. Feel 100%, Dragon Ball dan SlumDank . ini koleksi lama masih simpan lagi. Siri-siri kartun animax.. haa…ni baru boleh layan.

        Rayyan senyum gula kapas.

        Syok ada peminat animax ni. Pantas tangannya mengambil komik Bleach, InuYasha dan Naruto Shipudden. ‘ ni tak habis season lagi Naruto baru volume 1. hurm..kalau di Paris dia akan melayari internet berjam-jam untuk men ‘download’  benda-benda alah ni. Dulu spiderman, x-man la batman la lama-lama dia boring. Semasa dia study itulah dia berkawan dengan Kobayashi made in Japan tapi ayahnya berpindah ke sana bekerja sebagai duta.mewakili Jepun. Semenjak itu dia mula meminati kartun dari Negara matahari terbit itu.  

       Rayyan happy. Dia ingin borrow komik-komik itu. Tapi yang pelik si pemilik hantu kartun ni siapa? Dia dimana sekarang? Who know? Sebelum berlalu dia berhenti dimeja study, dilihat plaster kartun podka mencemari kerusi study itu. Ada ke pelekat kat situ? Kerusi dia sakit ker?

      Picture? Ada picture di laman meja study itu. Team futsal ‘ peace..’ semua enam orang yang ada dalam picture yang di frem kan. Mana satu pemilik kamar ini ey? Digaru dagunya yang kini ditumbuh beard halus ada dalam sepuluh helai kut? Matanya beralih pulak diatas meja ada tulisan bercorak  Lucida Handwriting

A dream is a wish ur heart makes  ^_^

        Dan kali ini pulak tulisan tangan-

Falsafah hidup : cubalah hidup sederhana semoga mendapat kenikmatan jiwa yang      bahagia =))☺
 
       Rayyan ketawa. Macam comey je si pemilik kamar ini.

       Ada lukisan kartun blues untuk aku - sebesar buku rekod kedatangan murid sekolah.

Don’t play-play
Go!go!go! hwaitting!!!

         Kata-kata semangat itu membuat Rayyan tersenyum lebar. Semua kertas itu dilekat bawa pembalut plastic jernih yang membalut meja study itu sebagai pengalas meja. Bilik itu lebih stail kelakian tapi tulisan dan semangat di tulis ini lebih kepada keperempuanan. Siapa dia sebenarnya?

         Dilihat kembali pictuce itu..enam sekawan itu menbuat gaya masing-masing. Poyo!

        Lagu Toxic songs by Britney Spears mengegarkan poket seluarnya. Blackberry warna hitam ditekannya.

       “Hello…abang kata nak ambik Dira kat Kolej?” suara Nadira sudah merengek manja. Nadira sudah tak segan dengannya. Kemana dia pergi pasti Nadira ingin mengikutnya.

       “Ya..ya..jap lagi la.. abang nak keluar rumah ni baru nak pakai kasut” sengaja dia menipu.

      “okay..promise ye, Dira tak mau Pak Ucop datang ambik tau!”

      “okay promise” Nadira ni manjanya bukan main. Huh! Kau nak adik sangat Rayyan sekarang baru adik sebenar.

      “Daaa” talian dimatinya. Blackberry selamat masuk ke dalam poket seluarnya kembali. Perlukah dia bertanya siapa pemilik kamar ini pada Nadira? Papa? Atau mummy? Buk Lijah la senang sikit tak banyak soal.



       Lama Nadira menunggu di bawah pohon angsana. Lenguh kakinya menunggu kelibat abang Rayyan. Mana dia pegi hah? Kenapa lambat sangt?

       “ Weh..Nad, nak tumpang ke? Pak Ucop tak sampai lagi ey?” Naufal mengangkat cermin helmetnya. Motor Yamaha TZM dimatikan enjin lalu di tongkatnya.

      “Tak payah..aku tak mau”

      “Eleh..jual mahal” Naufal menghidupkan semula enjin motornya. Vroom..vroomm ..vroomm enjin motornya mengaum kemudian dia menutup kembali cermin gelap helmetnya

     “okay Nad aku blah dulu…” ngauman enjin motor Naufal mula perlahan-lahan menghilang. ‘ sorry Naufal aku tunggu abang Rayyan’

      Sebentar kemudian. Mitsubishi lancer datang menyapa batang hidungnya. Cermin gelap depan diturun si pemandu. Dia sudah tahu siapa pemilik kereta itu. Rona wajahnya bertukar dari keruh menjadi jernih.

    “Masuk babe!” Rayyan tersenyum melihat wajah Nadira sebaik sahaja tubuh itu masuk ke dalam kereta. Nadira sengaja menjuih bibinya. Kalau dengan Naufal pasti mulutnya diikat dengan getah barang.Naufal suka cari pasal.

    “Lorh..adik abang ke? Ingat sapa? Asal buat muka macam tu dah tak cantik” Rayyan mengetip pipi mulus itu. Lembut! “sakit lah abang”

    “Kesian adik abang ey? Tunggu punya lama sampai ada orang mengorat” Rayyan sudah ketawa. Nadira hairan? Siapa mengoratnya? Pakcik guard ke? Tak..mirza ke? Tak ada lah awal-awal lagi lelaki itu blah balik.  Mitsubishi Lancer sudah meluncur kedepan membelah jalan.

     “Mana ada. Kalau ada pun abang jealous ke?” siapa? Nadira masih lagi mencari.

    “Tadi tu naik motor besar lagi. Abang bangga adik abang menjadi perhatian orang?” motor besar? Naufal ke? Nadira ketawa. “apasal ni seronok lah tu ada orang cuba nak tackle dia”

    “Eaa…ke situ pulak abang ni.” Nadira masih ketawa. Naufal kau ke nak ngorat aku?huh! tak lut langsung !

    “Abang..jom kita tengok cinema nak?”

    Story best dak?”

   Avatar..” Nadira memandang paras Rayyan dari tepi. Abangnya segak bergaya dengan rayban blue colour dan rambut di brycream tercacak sikit ke atas. Memang ada stylo la abangnya. Kalau tidak teman-temannya tak puji habis-habisanlah.

    Handsome …macam hero minority report je” temannya bernama Khayra memberi komen bila melihat abang Rayyan menghantarnya ke kolej.

    “Haila..bukan lah hero mission impossible la..” Laila pulak menyampuk. Nadira tersenyum bangga.

    “Weh..sama je dua-dua filem tu hero yang sama lah..sengal!” Nadira puas hati. Abangnya bagai hero pujaan Malaya je.

       “ Dira mengelamun ke?” soal Rayyan membuat Nadira ke alam reality semula.

      “Tak adalah..”

      “Ke teringat that boy tadi?”

       “What? Crazy la abang ni” bulat matanya memandang Rayyan. Teringatkan Naufal? Haha..hantu keramat je yang ingat adiknya itu.

       “Nak tengok  Avatar ke kejap lagi?” Nadira mengangguk. Dia dah tak keluar dengan Laila ataupun Khayra sebab dia lebih suka keluar bersama abang Rayyan.

       “Abang tanya sikit boleh?” sekilas dipandang Nadira yang setia memerhati gerak gerinya. Fan aku ke?

       “Apa abang?”

       “Sebelah bilik Dira, bilik siapa ey?” dia ingin tahu. Tadi dia ada bertanya buk Lijah yang dijawabnya dia tak faham langsung.

      “Itu anak laki-laki campurin pompuan don..”

       “tak faham lah buk Lijah”

     “Ngak faham kok? Itu budak campurin laki-laki- sama pompuan don” haila..terus dia matikan niat nak bertanya lebih lanjut.

       Nama dia pun Buk Lijah sebut tak kena  si laiyan dah macam bunyi nelayan pun ada pelayan pun ada. Whatever la Buk Lijah!!

      “Buk Lijah mulai dari sekarang Buk Lijah panggil saya abang tau”

     “Oo..mas ye?”

     “Ngak  sii..abang aje” huh! Penat dia nak menterjemahkan bahasa ibunda kepada maid Indonesia itu. Senang panggil abang dari Laiyan..Laiyan..last dia malas layan!

      “Kenapa abang nak tahu?” dah..dia dah agak kalau tanya Nadira pasti banyak persoalannya sebelum soalannya dijawab.

       “ ye la bilik tu macam ada penghuninya tapi tak wujud pun sepanjang abang tinggal  bersama” Nadira diam. Rayyan hairan. Perlukah Nadira berahsia dengannya?

      “Naufal..”

      “Apa?” handphone Nadira berbunyi.

     “Mummy dapat message Dira tak? Dira pergi tengok wayang dengan abang.” Mummy telefon. Nadira anak yang baik kemana hendak pergi pasti akan di inform terlebih dahulu kepada mummy.

     “Okay bye mummy!” handphone Nadira ditutup rapat dan disumbat kedalam beg sandangnya.

    “Mummy cakap apa?”

    “Mummy  just say take care, jangan balik lambat sangat tau” Nadira meniru gaya mummy. Rayyan ketawa.

    “Abang jap lagi Dira nak popcorn yang large punya tau”

   “Huishh…tamaknya”

   “Lapar..”

   “Kita makan dulu nah..baru tengok cinema kay!!” Nadira mengangguk.  Naufal? That boy yang cuba mengurat dia ke? Atau nama si pemilik kamar kartun tu? Nadira dah tak sentuh bab yang tertinggal tadi. Soalannya sepi tanpa jawapan. Huhu buk Lijah aku butuh jawaban…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan