http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 3,4


BAB 3

         “HELLO….Naufal!!!” kedengaran suara Team bagai bunyi semboyan meletup di telinganya.

         “Hello! Ha..apahal? salam tak bagi terus terjah jek”hihihi…Team ketawa macam kuntilanak...Ngeee..seramnya!

        “Lupa lak rumah orang islam rupanya..” dia boleh bayangkan Team sekarang tengah tersengih sambil mengaru kepala yang tak gatal itu. “ Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..”

        “Wei..wei..ni dah kedekut! Semua pahala kau nak sapu tinggal sikit dekat aku. Assalamualaikum Warahmatullah dah la” dibetulnya letak handphone Samsung di telinga sebelah kiri pulak.

       “tu tak jawab lagi..dosa tau”

       “Ek ena..kena aku balik, Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh”

       “alhamdulillah…haaa macam tu baru boleh nak ceramah ke tazkirah ke kat aku” Team sudah ketawa mengekek. Cakap baru sikit ketawa je lebih.

       “Laa..laa. joke ker?”

       “Kau kata aku joker?” marah Team

      “ Naaa..marah pulak..datang bulan ke?”

       “Tak..tentang bulan. Dah..dah..habis kredit aku dahlah bulan ni top up aku melambung”

       “Sampai ke mana” sengaja diusik lagi.

      “ Sampai ke Star award..oo laaa.. kau ni tak habis-habis la”

      “Kau tu suka gelak..cakap ciput gelak sebakul!!!”

      “Well..inilah trademark aku” Team berseloroh..tapi si Team juga yang ketawa.

      “Trademark ke tradition? Gelak mengalahkan kuda!” Naufal membaringkan badannya ke atas tilam. Ah…sedapnya, lama tulang belakang aku tak rest. Tadi pun dia asyik pulun buat assignment Puan Aziah.

       “Hahaha..kuda ku lari gagah berani”

       “Dah..dah..jangan duk  meloyar buruk kat telinga aku ni. Menanah tau!”

       Ketawa lagi..aiseh!

        “Kau balik dak weekend ni?”

        “Dak…”Lemah sahaja dia menjawab. “Kenapa?”

        “Aku ingat nak ajak kau join group Syuk pergi camping kat hulu langat, mau ke idak?”

         “Kenapa tiba-tiba nak join group Syuk ni?” Naufal menekan dahinya yang berombak tsunami itu. “Group opie mana?”

         Satu keluhan berat dilepasnya.

        “Opie balik kampong”

        “So opie balik kampong, dia orang tak reti-reti nak plan sendiri?”

        Ala..kau ni faham-fahamlah” kedengaran si Team melepas keluhan pula. “Cu’a tak mau buat plan sendiri tanpa opie, kononya nak jaga hati opie tak mau membelakangkan Opie”

          “Pulak dah…tengok dulu tapi aku rasa drop je nak join group Syuk”

         “Jap..jap..Dulu kau pernah kata group Syuk ada masalah sikit” dah..Si Team dah mula buka cerita Detektif Conan pulak.

          “Lorh…old story, tutup buku” namun si detektif conan Malaysia tak mau mengalah.

          “Naaaaa….tak boleh! Kau kena cerita jugak sebab dulu kau promise nak cerita”

         “Aku tak promise pun Cuma aku kata nak cerita jer tak sama tu”

         “Haa..lari tajuk pulak, sama jek  ceritalah Naufal”

        “Kau ni mak nenek la..Semua  benda kau nak tahu” haru betul la si Team ni. Suka jaga tepi kain aku! Hohoho…aku pakai seluar, betulkan ayat ‘suka jaga tepi seluar aku’

       “cepatlah Naufal…” Team merengek macam budak umur lima  tahun mintak nak icecream tapi pakcik jual icecream dah balik.

       “Okay la Fatimah az-zahra”
       “Naa…ada yang nak kena buku lima..” Marah Team, dia memang pantang orang panggil dia nama penuh. Katanya nama tu mak tuk dia yang berikan tapi mak tuk suka panggil dia Timah so nak megelakkan nama si Timah ni sebelum jadi glamour dia tukar ke nama timangan Team. Katanya baru nampak COOL beb!

       “Hehehe..buku lali mau la”

       Tamauuuu…la Naufal, kredit aku habis nanti” kesian pulak dengar suara si Team ni. Bab duit Team memang seorang K.E.D.E.K.U.T tapi bab tolong-menolong Team seorang yang prihatin boleh jadi kawan. Dia tahu Team bukan dari keluarga yang senang. Kata Team dia memang tak da reta  benda tapi dia ada budi baik sebagai pakej seorang kawan.

        Okay,okay,…Kau tahukan kebanyakkan group Syuk tak normal sikit”

        “Maksud kau? Mental ke?”

        Hotak kau! Dia orang tu macam pengkid tau! Aku tak nak esok lusa kita jadi macam dia orang tak pun boy or girlfriend simpanan dia orang”

        “Eeaaa…tamauuu aku!” Naufal tersenyum jongket. Digaru keningnya. “Cancellah join dia orang..Naufal”

        Dia dah ketawa besar.

        “Kau apahal? Bunyi macam gertak aku jek?” Dia tahu si Team ni anti lelaki tetapi masih normal lagi kalau sentuh bab-bab hubungan sejenis memang si Team ni tolak mentah-mentah.

        “Kau tu macam ‘cik li’. Baru gertak sikit terus lari tak cukup tanah tak pun muka mesti dah macam zombie pucat tak da darah”

        “Dah..dah ‘cik li’ apa pulak ni? Zombie-zombie ni tak main la..”

        “Lipas la ngok! Sekali gempak terus lari”

        “Dah la Naufal..”

        “Okay I…” Tut! Talian dah putus. Idios Team! Naufal tersengih. Kredit habis la tu, kesian pulak si Team ni. Tapi tak pa Team pandai cari duit. Lepas kelas je Team mesti hilang.

        Kerja part time kat shell kalau hujung minggu tak da aktiviti Team akan jual ais kacang atau ais batu campur (abc) kat simpang jalan nak masuk hostel mereka.
      
        Team rajin tapi  sayang dia perempuan kalau lelaki dah lama dia jatuh cinta. Hahaha..fall in love dah tak da dalam kamus hidupnya love is over!

        Naufal bangun dari pembaringannya. Di lihat sebelah katilnya, katil Yatt. Kosong!  Yatt teman se‘dorm’nya. Roommate! Tapi Yatt selalu keluar kalau tak ada kelas. Yatt jurusan pentadbiran awam tapi gadis cantik itu dah ada pakwe sebab tu tak selalu lekat dalam dorm.
      
        Tadi pun Yatt ajak dia keluar tetapi dia menolak. Bukan dia tak tahu si Yatt tu mesti keluar ber ‘couple’ dengan pakwe dia. Kalau dia nak join  mesti kena ber ‘couple’ jugak kalau tidak jalan free jek tak da teman.
   
       Jadi orang ketiga macam peneman uda dan dara pulak. Ishhh…tak mau la dia. Naufal membuka zip beg sandangnya diambil ipod. Layan lagu lagi best! Earphone disumbat ke telinganya. Nobody’s home: Avril Lavigne mula melalak di telinga dia. Hidupnya hanya diceria dengan songs and friends.

        Tiada kasih sayang orang tua mahu pun saudara-mara. Cukuplah kasih teman-temannya seperti Team, Opie, Cu’a, Pat dan Nik, sehinggakan orang mengelar group mereka ‘GTS’ a.k.a group tomboy girls.
   
        Mereka cuma nampak seperti lelaki, kasar persis gaya tomboy girls tapi mereka masih normal. Masih waras. Masih ada iman. Hubungan sesame sejenis mereka memang tolak habis OUT.

        Cuma yang dia pasti kebanyakkan temannya itu anti lelaki tapi tak seteruk  group Syuk yang digelar ‘GPM’ a.k.a group pengkid Malaysian. Dangerous punya gelaran tu, sebabnya ‘Malaysian’.
     
        Dia kenal siapa Syuk sebenarnya. Dia tak suka kehadiran Syuk. Kalaupun bertembung dengan group dia orang dia hanya say hi! And smile ala-ala sweetsour jek! Group syuk terdiri dari Syuk sendiri, Roy, Ayim,Chaq dan Mashi.
        Antara nama mereka yang sebenar ialah:

        Syuk = Syukriah.Dia malas ambik tahu perihal Syuk.Dah muak!!!

        Roy = Siti Roqiyah. Budak ni pendiam orangnya.

        Ayim = Fahimah. Dulu pernah jadi kawan baik si Team tapi sekarang ni hubungan dia orang dah suam-suam kuku.

       Chaq = Siti Bariah. Budak ni juniornya. Rajin jugak tegur dia time tukar kelas.
Friendly budak ni tapi sayang dah join group Syuk Cuma kadang-kala ada game futsal Chaq ada main untuk group mereka kalau Team tak datang.

       Mashi = Mashitah. She’s an arrogant. Tengok muka pun jalan  tak tengok tanah.
      
Vs dengan group Opie kalau games apa-apa aje la...

       Terdiri dari Opie = Zarith Sofea.. sedap nama tu. Opie anak ketua kampong, time balik kampong Opie dah tak macam Opie . biasa sekali Nik cerita padanya  Opie kalau kat kampong siap pakai kain batik 24 jam, bedak sejuk dari subuh sampai malam. Nik biasa pegi rumah Opie terkejut katanya tengok ketua rockers mereka jadi gadis kampong siap pandai masak gulai kepala ikan lagi.

       My Happy ending: Avril lavigne menyusur pulak merancak lagi lamunannya.

      Cerita si Cu’a pulak teman akrab Opie ni tak banyak kerenah, mana ada Opie pasti si Cu’a ada jugak lebih kurang kembar siam cuma tak melekat jek. Cu’a atau nama penuhnya Nasuha Surfa cantik namanya orangnya pun cantik tapi rambut tak cantik.

       Rambut si Cu’a ni buat kerinting last terus jadi kerinting macam Maggie siap keras macam dawai nasib tak kembang je. Dalam mereka hanya Opie dan Nik aje yang pakai tudung yang lain hangus termasuk dirinya ‘belum sampai seru’ ayat penyedap telinga.

      Kalau Pat pulak namanya pun sedap jugak Nur Fatin A’fifah. Dengar macam ayu jek namanya tapi orangnya tak ayu langsung kalau bergurau siap sepak punggung lagi. Ganas si Pat ni tapi dialah anak mak andam.
 
       Mama si Pat ni buka butik Andaman  pengantin kat Johor dan mama si Pat ni siap promote lagi “kalau nak kahwin jangan lupa datang butik auntie tau!! Ada diskaun untuk kamu” huhu..yang sedihnya mama Pat tak tahu anaknya anti lelaki dan kawan-kawannya jugak alamat berjangutlah menunggu nak tempah pelamin kat mama si Pat ni. Azab!

       Nik! Nik Noradila. Selalunya kalau budak Nik ni tak dengar dia panggil, dia akan memandai panggil “nickelodeon !!!”dan yang pasti Nik akan menjawab. “Yup..kartun!! kau nak kartun apa?”

      Dia dan Nik minat kartun hobinya sama dengan Nik layan jek cerita kartun. Kalau pergi shopping tiga tempat dia dan Nik akan pergi berdua manakala Opie dan yang lain hanya pegi dua tempat jek.

       Pertama kedai video games, kedua kedai speedy dan last sekali dia dan Nik jek yang berkunjung di kedai momo gift yang lain hangus! bukan nak beli hadiah tapi suka tengok watak-watak kartun yang jadi patung..eeee..tomey..tomey!

       Team?? Dah lupa teman rapatnya itu. Dia rapat dengan Team sebab satu kelas dan persamaan dengan Team seorang periang dan suka main futsal tapi dia tahu Team kesunyian macam dia tak ada ibu bapa yang ambik peduli, saudara-mara lagilah jauh sekali.

          Cuma yang beza dia ada mummy dan Nadira tapi macam tak wujud  lain pulak  dengan Team dah memang tak wujud, orang tuanya dah lama meninggal sejak Team umur 6 tahun lepas tu Team tinggal dengan mak tuknya dan sekarang Team tinggal sendirian sebab mak tuknya tinggalkan dia jugak macam emak dan ayahnya.sebab itu Team a.k.a Fatimah Az-zahra ni seorang yang stingy.
        Don’t phunk with my heart songs by Black eyed peas melelapkan tidurnya..zzzzzzzz




BAB 4

        Metallica: the Day That Never…  mengiringi setiap langkahnya. Cahaya matahari mula menyuluh mukanya bila dia melangkah keluar dari block hostelnya menuju ke tempat parkir motornya.

          Motor Yamaha TZM warna metallic bagai tersenyum melihat tuannya sudah sampai kepadanya.  “Oh..baby boy..lama aku tak tunggang kau ey?” digosok kepala motor itu macam membelai kepala kuda.

        “Let’s go my darling ” Naufal dah mencucuk kunci dilubang kunci motornya. Baru sahaja dia nak memulas minyak namanya dipanggil seseorang. Perempuan.Who’s?
 Dikalih kebelakang.

        “Naufal..Naufal” suara lemah lembut itu datang menyapanya. “Penatlah kejar kau..”

        Nadira melihat earphone di telinga Naufal “Ooo..patutlah pekak rupanya kena sumbat dengan wayar putus”

        “Apahal?” Dicabut earphone dari telinganya. Matanya memandang  Nadira yang tercungap-cungap. Eleh..baru lari sikit dah macam kena tarik separuh nyawa.

        “Papa nak jumpa kau”

        “Aisehhh..” bunyi macam perutusan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka jek. Naufal memati enjin motor ditarik semula kunci motornya. “Apa kes papa nak jumpa aku”

        “Tak boleh ke? Lagipun hari minggu kan? Kau nak keluar outing ker?”

         Naufal sekadar mengangguk. Lembutnya suara Nadira macam tak da gigi. Selepas itu dia mengikut bontot Nadira pergi kepada papa yang sedang menunggu disisi kereta BMW 7series.
   
         Dipandang kakaknya itu. Cantik juga siNadira ni walaupun nampak manja dan merimaskannya. Baju skirt kembang macam Barbie doll  paras lutut tu nampak cantik di badan  Nadira manakala rambut Nadira panjang paras bahu dicekak dengan cekak rambut yang beropol-ropol warna putih dan dibiar anak rambut depannya menjuntai didahinya.barbie doll malay punya version.

         “Hai Naufal…kamu sihat?” sapa papa sebaik sahaja dia mendekati papa disisi kereta mewah itu.

         “Sihat pa..” sepatah aje dijawabnya. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

         “mummy? Ada appointment  dengan customer” macam faham je papa ni.

         “Naufal salamlah dengan papa, khabar papa pun kau tak tanya. Eee..teruk betul la adab kau ni” Nadira menolak batang tubuhnya kedepan sedikit dekat dengan papa.

         “How’re you,pa..”Dia mengikut arahan Nadira, disalam tangan papa.

         “Kiss sekali..” Nadira menekan kepalanya. Melampau Nadira ni nak jadi guru tatasusila aku konon.

         “Ishh…kepala hotak kau!”

         “Sudah la Dira..” papa tersenyum manis macam gula kapas. “Do you miss me?”

         “Yup!..hurm” Naufal mengangguk kecil. Dihembus anak rambutnya. Papa ketawa sambil menepuk lembut bahu anak gadis yang dibaluti jaket kulit. ‘Maskulin stail’.

         “Jom..papa nak ajak kamu keluar makan” what?? Papa ajak keluar makan. Huhuhu..terharunya aku. First time aku tinggal di hostel  waris ajak keluar sebelum ni mummy tak pernah buat pun benda-banda ‘alah’ ni. Nak saja-saja datang melawatnya. Uih..jangan harap! Bahagianya kau hari ni Naufal ‘ayah baru’ ni baik jek. Senyum untuk papa sikit…

         “Kau suka ey?” Nadira dah meraih tangannya. Dipeluk lengan Naufal erat didadanya. Ngeee..seram sejuk Naufal disaat itu.

        “Weh..Nad, boleh tak kau jangan pegang-pegang aku” dilerai pegangan tangan Nadira. Nadira mencemik. Sakit hatinya dengan sikap keras Naufal.

        “Call me Dira, okay!” Nadira menjuih bibirnya macam Donald duck. “Berapa kali aku nak beritahu kau my name is Nadira….nickname Dira!”

         “Nad pun okay pe..baru cool” Nadira menhentak kakinya macam anak kecik menangis mintak susu tapi si ibu buat dek je.

         “Naufal…Kak Dira kamu ajak dengan baik, kenapa buat macam tu?” papa dah ready di tempat pemandu. Low profile papa ni tak pakai driver pun.

         “Haaa..silap besar, pa. Bagi Naufal bukan cara baik ni tapi
mengoda..ngeee..seramnya” Naufal memeluk tubuhnya dibuat geli-geleman. Dia sudah berada di tempat penumpang dibelakang.

          Papa ketawa besar.

         “Come on in!” papa mengajak Nadira masuk ke dalam kereta mewah itu. “pegang papa, okay” Nadira mengalah jugak. Nadira sudah berada di tempat penumpang didepan sebelah papa.
          “Naufal…jangan panggil Kak Dira, Nad lagi tau” Dia tak heran amaran papa. “she’s your sister ada title kakak so you’re need to call her kak Dira, okay”

          Dihembus lagi anak rambutnya.

         “No..pa. just call Dira je kalau kakak, Dira nampak tua lagipun Dira dengan Naufal Cuma beza setahun aje, pa.” papa senyum. Naufal dah nak termuntah mendengarnya. Perasan macam mummy.

         “Perasan!” ngomel Naufal

         “Apa kau kata, Naufal?”

         “Tadapapa…kau silap dengar kut?” matanya memandang luar.

         “Weh..telinga aku ori lagi tau..What you say? Please tell me now!!” Nadira tak puas hati. Dikalih pandangannya kearah Naufal yang sedang buat muka slumber!

         “Aku kata kau perasantan

         “Bila masa aku perah santan?”

         “lorh..kau tak tahu ke?” Naufal cuba bermain tarik tali dangan Nadira.Nadira mengeleng kepalanya.Hairan! “sejak kau perasan jadi muda dari aku so kau tu P.E.R.A.S.A.N tan lah”

          Hahaha….naufal ketawa disertai papa.

          Nadira mengetap bibirnya. Geram. Marah. Semua perasaannya itu bercampur menjadi satu bila dipermainkan Naufal, ‘tak respect langsung aku sebagai kakaknya!’

         “Eeaa…Jahat!” bentak Nadira. “kalau Dira tahu macam ni tak teman papa datang sini pun tak pa” papa mengeleng sambil tersenyum. Dilihat Nadira disebelahnya sedang mengomel sendirian manakala  Naufal dilihatnya melalui cermin sedang menyeringai ketawa.

        “Dah terlajak perahu…” Datuk Syed Razak rasa bahagia dengan gurauan anak-anak Norina itu. Dia tahu Naufal Cuma bergurau tapi Naufal sedikit kasar dan Nadira pulak cepat terasa tapi cepat sejuk.

         Kenapa Norina tak mahu merasai juga apa yang dirasanya. Naufal tak seteruk mana. Cuma gaya dan pemakaiannya lagak seperti lelaki.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan