http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 7,8


BAB 7


         “Naufal! Naufal!...” Nadira menghalang jalan Naufal..

         “Sejak bila kau buat road block kat sini, ha?” Naufal menghembus anak rambut yang menjuntai didahinya. Nadira tersengih didepannya.

         “Wei..Nad, kau apahal ni tetiba je block jalan aku ni?”

          “Kau tak nak balik ke?”

          “Weekend ni aku ada hal”

          “Hal apa?” sengaja dia mengada pertemuan tak sengaja dengan Naufal. Lama juga dia tak berborak dengan adiknya walaupun satu kolej.

          Monkey business..hehehe” Nadira mencebik. Loyar buruk si Naufal kalau bercakap dengannya tak ada yang serius atau yang betul selalu kelentong! “ Dahla..tepi sikit”

           Nadira sedikit tersingung dengan perilaku Naufal. Rudeness!! “Abang Rayyan dah balik”

           Ada aku kisah? Blah la dengan abang Rayyan kau.. tepi sikit peanut!” tubuhnya terdorong ketepi bila ditolak kasar oleh Naufal.

           “Eeeaa..kau ni melampau!! Tak ada etika langsung! Cubalah berbaik sikit dengan aku. Kau tak rindu kat papa ke” Naufal menjuih bibir. “mummy ke?” lagi muncung bibir Naufal.

             “Uwekk..nak termuntah aku sebut rindu-rindu ni” Naufal sengaja buat-buat nak  muntah “meloya tekak aku”

             “Dah la…malas aku nak layan kerenah kau but behavior your attitude, Naufal” Naufal ketawa. Nadira mencebik. Marah. Naufal hati batu. Naufal kayu! Tak da perasaan! Marahnya dalam hati.

             “Naufal Bonggok!!” terkeluar juga amarahnya. Pantas Nadira berlalu pergi.

             Dilihat teman-teman Naufal datang menyapa Naufal setelah dia berlalu pergi dari situ. Dia cemburu melihat betapa mesranya Naufal melayan mereka.

              Dengannya Naufal suka cari pasal dan dia cepat terasa mungkin salah satu factor Naufal tak mesra dengannya. Naufal suka sendirian sejak Naufal mula berada di tingkatan satu.

               Dulu pun dia bukan suka sangat ambik berat hal Naufal tetapi sejak peristiwa bersejarah dalam hidupnya dia mula cuba buka lembaran baru iaitu cuba berbaik dengan Naufal.

               Naufal penyelamatnya. Dia terhutang budi pada Naufal. Naufal selamatkannya dari lemas semasa mereka mengikuti camping yang di anjurkan oleh sekolah.

              Dia tidak mendengar nasihat guru agar jangan pergi ke tengah air. Nasibnya baik Naufal sempat memengang tangannya agar tidak dihayut arus deras air sungai yang berbentuk jeram.

              Semenjak itu dia cuba mengubah pendiriannya menjadi seorang kakak yang bila-bila masa sahaja boleh menerima kehadiran adiknya. Tapi Naufal hati batu. Tak da perasaan sesuka hati sahaja cakap lepas dengannya takda tapis-tapis.

           “Weh..Nad”

            “Nad..kau apahal?”

            “kau bukan Nad tapi Nerd” Nadira tersenyum bila teringat panggilan Naufal padanya. Kadang-kala buat dia marah tapi kadang-kala bila dia teringat pasti buat dia tersenyum atau tertawa gembira.


            “Bila mummy kau kahwin?” soal Cu’a tak puas hati.

             Tadi Cu’a sibuk menanya kenapa Nadira beria-ia nak berjumpa dengannya.

             “Lama dah..bulan sebelas tahun lepas” Naufal melepas keluhan.

            “kau tak inform pun kat kita orang?” kali ini Opie pula tak puas hati.

            “Aku pun tahu lepas tiga bulan mummy aku kahwin”

           “Hah???” tiga mulut itu ternganga luas.

            “Memang tragis betul hidup kau ey?” Pat menepuk lembut bahunya. Cu’a mengosok rambut boycut nya. Konon nak membelai. Kasihan anak terbuang.

           “Kau ni macam puteri terbuang jek?”

            “Ek ena..kau layan ke cerita indon tu Opie?” Opie tersengih. Disekeh kepala Cu’a. “Kau ni benda kecik macam tu nak menghina aku ek?”

            “Mana ada..kau kata kau rock tak main la..layan cerita air mata ni” Cu’a cuba membela diri.

            “Ahaaaahaaa…apa kes ni? Siaran salam perantauan ke?” Team muncul dengan ketawa tak pernah lut dari mulutnya. Itu penyeri!

           “Salam perantauan hotak kau!!” Pat cuba angkat kaki nak bagi penyepak ala-ala manja.

            “Merisik khabar la” Dia menunjal kepala Team. Opie tergelak. Cu’a geli hati ditarik tocang ekor kuda Team.

            “Wei…sakitlah Cu’a”

            “Tahu sakit yang kau buat lawak ujang apahal?”

            “Jadi ke? Nanti lepas habis study boleh aku apply kerja dengan dia orang”

            “Dah..dah..balik cerita kau, Naufal. Si Nad tu tak beritahu kau ker? Naufal mengangguk.

            “Habis tu?”

            Kan aku kata lepas tiga bulan baru aku tahu mummy aku kahwin lain time tu la si Nad beritahu aku, selepas tu malam esok pulak baru mummy terchenta aku beritahu, tu pun just send message je no calling-calling”

           “Kau reply tak?” Cu’a ambik action dengan storynya. Mata Naufal masih setia di pohon angsana yang rendang itu.kelibat Nadira yang setia menunggu seseorang.. Nadira sedang tunggu Pak Ucop kut?

            “No…” Tak kan Nadira tunggu Mirza. sebelum ni yang dia tahu Nadira pernah couple sekejap dengan Mirza budak Mascom sama kelas dengan Opie dan Cu’a. dia tahu pun Opie dan Cu’a yang beritahunya.

           “Ooo..siaran ulangan ni, aku dah dengar” Team cuba berseloroh.

          “Alaa..kecoh la kau ni” marah Pat.

          “kita orang tahu lah kau tu teman lagi rapat dengan Naufal tapi kita orang juga teman seperjuangan kau, Naufal. So apa-apa hal kita orang nak tahu juga, nak kongsi susah senang, derita bahagia. Manalah tahu boleh meringankan beban member kita, kan..kan?” Opie selaku otai cuba menerang keadaan mereka. Opie baik. Dia seorang yang bertanggungjawab anak ketua kampong katakan.

          “Ni nak jadi siaran ‘bersamamu ke?hulurkan tangan ringankan beban’…” Team sudah ketawa mengekek. Cu’a merah muka tahan ketawa nak jaga hati Opie.

          Mata Naufal yang tadi bersama teman-temannya beralih pada Nadira. Dah takda? Bila masa Pak Ucop (driver papa) datang jemputnya.

           “Haila…” Pat dah memberi isyarat keningnya. Opie faham. Dia juga faham. Masa untuk belasah si Joker dan tali barutnya. “Opie..Naufal tunggu apa lagi jom kita taruk sikit dia orang ni”

          “Haru..haru..” pantas Team menarik tangan Cu’a agar lari bersamanya dari menjadi habuan sepakan ala-ala taichi master dengan tiga orang pahlawan pencen.

           “Woi…nak lari pulak” Pat dah ketawa besar.

          “Nik mana Pat?” soalnya sambil ketawa masih bersisa melihat kelibat Team dan Cu’a hilang dari pandangan mereka.

           Ada perjumpaan dengan mentornya” setiap student di kolej ini mesti mempunyai kumpulan yang terdiri dari  Mentor iaitu senior mereka yang menjadi tunjang utama bagi setiap aktiviti dalam Kolej ini.

           “Oic…” Dia melihat Opie sedang membelek fail yang di kepitnya. “kau?”

           “Aku..hangus!!” Pat tersengih sambil mengaru kepalanya yang tak gatal. Pat dan Nik sama course kejuruteraan awam.

          “Nik rajin la, Naufal”

          “Dia nak memburu anugerah dekan sem ni” Pat senyum jongket sambil mengangkat kening.

         “Wei..jom kita lepak di café..aku belum makan  lagi” Opie memberi cadangan. Team dan Cu’a menghilang kemana.

         “Mangkuk tingkat kau ni, tadi kau melantak nasi lemak tiga bungkus tu tak makan lagi ke?” sempat Opie mengelak dari tangan Pat yang cuba menarik  kepalanya.

         “Weh..kawan, tadi  aku breakfast la ngok!!!” Opie ketawa kali ini dia tak sempat mengelak untuk serangan yang kedua bila Pat mengepit kepalanya pulak. “busuk la ketiak kau. Tak respect aku otai kau ey?”

         Otai ke hotak kau?” Naufal senyum gula-gula.. “ dah la kata nak pegi café. Aku lapar ni” Naufal menepuk bahu kedua-dua temannya. Mereka jalan seiringan ke café dilihat Team dan Cu’a sedang enak menjamah makanan masing-masing.

          “ Woi..sini kau orang ye”

          “Rehat sebentat bersama kitkat jap” Team tersengih. Nasi goreng  dikunyahnya selaju yang boleh..

           “Ni bukan rehat sebentar bersama Kitkat dah, ni melantak!” Pat menepuk bahu Team. Tersedak Team dibuatnya. “minum airnya Team”

           Dia menyua minuman ke mulut Team.

            “Dah la kau nak makan pe, Naufal?”

             “ Nasi goring ikan masin dan jus epal” Naufal senyum semanis gula-gula. Bahagia dapat makan favouritenya. Satu lagi dia juga hantu laksa.

             “Kau Opie?”

             “Nasi goring pattaya, air…hurm…teh ais la” Opie dah melabuh punggungnya berhadapan Team dan Cu’a. “okay aku pegi order” Pat dah menghilang. Order makan di kaunter café.

             Naufal sudah menggendang meja. Irama pe ntahnya. “Weh..korang nak main dak segmen tajaan?”

          ‘Naa…segmen tajaan just kidding ni siapa yang tak ada idea untuk teka-teki akan kena belanja makan atau siapa yang tak dapat teka soalan teka-teki, Cuma salah satu jek perlu terlepas dari kena belanja’ Naufal senyum 10 cm begitu juga Team.

         “Nak…nak” Team memang suka  main teka-teki ni. Sebab nanti dia tak perlu bayar duit makannya.

         “Setuju!” Opie angkat tangan paras telinga. Cuma Cu’a je tak. “Nape Cu’a?”

        “Alah..korang tahukan aku ni kureng sikit idea” Dah agak dah. Mereka tahu selalunya Cu’a yang jadi mangsa. Don’t have any idea so kena belanja la.

        “Laaa..main-main je”

        “Oke..”

        “Haila…tak syok la Naufal” Team dah muncung mulut.

        “Wei..dah sampai makanan kita” Pat mengambil tempat disebelahnya. Abang Am pekerja café  sibuk memberi hidangan yang di order mereka. “ korang main pe?”

        Just kidding”

        “Nak..nak…oke gak sambil menjamu selera ni. Lagi berselera kalau ada orang belanja kan?” Pat jongket kening sebelah.

        “Okay la..siapa nak mula dulu sementara aku cari idea” Cu’a akhirnya mengalah..

        “Aku dulu.” Team dah menegak badannya nasi dipingan yang tinggal separuh ditolak ke tepi. “Apa benda kalau kita cari, kita jumpa kemudian kita buang?”

        Team sudah tersengih.

        Opie pulak  mengaru kepala yang tidak gatal.

        Pat dengan Cu’a saling berpandangan seolah-olah memberi isyarat. Dan dia sudah mengaru keningnya. “Apa benda kita cari? Kita jumpa? Kemudian kita buang?”

        Dia cuba mengulang soalan teka-teki Team itu. Team mengangguk sambil tersenyum lebar. Hantu betui la Team kalau bab mengena orang memang terror sebab nak tapau duit orang. Team memang kede! Kedekut!

      “Oo..lala..cepat la kawan-kawan ku sayang!” sengihan si Team dah semakin lebar.

      “Plastik sampah!” tekanya

      “Salah..” Team mengeleng sambil tersenyum penuh makna. “Lor..aku pun rasa plastic sampah” sogok Cu’a. kemudian Cu’a menghabiskan mihun gorengnya itu.

      “Aku kata salah, salah la..hurry up! Again!” Team mengambil semula nasi gorengnya kemudia disudu masuk ke mulutnya. “Hurm..korang ni benda senang macam makan kacang pun berjam nak jawab”

      “Acee..mentang-mentang kena kat kita, cuba kalau dia  rambut tu macam penyapu keja duk garu je” hambur Cu’a.

       “Betui….betui…” sokong Pat dan Opie. Dia sekadar mengangguk mengiakan perangai Team.

      “Stoking..betul dak?” kali ni Opie mencuba nasib pulak.

      “wrong!!” sengihan team makin lebar. “surrender?”

      “Oke la..aku surrender” Cu’a dah mengaku kalah. Naufal mengaru pulak dagunya puas juga di fikirnya. Nasi goring ikan masin pun dikunyahnya perlahan-lahan sambil memikir benda apa yang menjadi jawapan teka-teki Team.

       Pat masih setia dengan makanannya. Jawapan belum ditemui. Hah! Seluar dalam pakai buang.

       “kali ni aku rasa memang aku terlepas la” pat senyum lebar, senyum ada makna, senyum ada jawapan. “Seluar dalam pakai buang?”

       “Sengal..” Opie ketawa.

       “Eaa..hilang selera aku la..Pat” Cu’a tarik muka.

       “Hantu la kau ni, pat….kau besa pakai seluar dalam pakai buang ek?” Dia sudah mengekek ketawa. Ditambah volume dari Team lagi riuh tempat mereka. “Sorry Pat your answer is wrong..”

         Team dah tersedak air liur kerana gelakkan Pat.

        “kau ni macam orang tua…sikit-sikit ter sedak” marah Pat ditambah pulak ketidak puas hati dengan jawapannya yang salah.

        “Tapi ada logic jugak jawapan si Pat ni” sokong Cu’a.

        “Kau tu tak da idea sebab tu semua betul, semua logic…sengal” dia menepuk lembut belakang Team. Betul kata Pat, Team macam orang tua, macam opah dulu pun sikit-sikit tersedak.

         “Oke..aku give up” Opie pulak mengalah.

         “Aku pun..” dia pun mengalah jugak.

         “Pat…?” Team menjongket keningnya.

          “HUrm..bendera putih”

         “Yahoooo…aku terselamat dari kena belanja makan, dan tiba masanya pengumuman bagi jawapan teka-teki aku ialah..” Team sengih panjang. Rezekinya anak yatim.

         “ Cepat la..sengal” marah Pat sempat lagi membuahkan senyuman.

         “Jawapannya..taik hidung!!!!”

         “Hah???” melopong mulut mereka dengan jawapan Team. Taik Hidung???

         Cuba korang masukkan jari korang dalam lubang hidung untuk mengorek taik hidung macam mana?” senyuman Team bertukar menjadi ketawa.

         “Kurenggg…jahat lah kau Team pekena kita orang” Marah Cu’a.

         “Hehehe..kita cari taik hidung kemudian kita jumpa kemudian kita buang la…takkan nak makam kut??”

         “Toyaaa…kau Team, memang hilang terus selera aku” Opie mengetuk  kepala Team. “Adui la..” Team mengusap kepalanya

         “Sakit pun aku tak kisah yang penting aku makan free” Team ketawa lagi.

         “Oke la..Team winner hari ni. Giliran aku pulak” Naufal menegak badannya

         “Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang kedekut?”

         “Team!!!!” serentak Opie, Cu’a dan Pat menjawab kemudian mereka ketawa.

         “Kureenggg…korang lagi jahat kena kan aku balik” marah Team. “Serius la Naufal, tak baik kau buat aku macam ni”

         Team tarik muka jeruk maman.

        “Laaa..betul la teka-teki aku, cepat lah”

        “Ulat..” itu jawapan Opie.

        “Kenapa ulat kedekut??”

        “Sebab makan sampah”

       “Wrong..”

       “Kura-kura”

       “Wrong..”

        “Cicak”

        “Haila..kau pun salah Team, kau ingat cicak tu cekeding macam kau ke? Terus kau kata cicak ey?”

          Team tersengih sambil mengopek jerawat keringnya.

         “Kau..Pat?” Dia tahu Pat seorang yang kuat berfikir. Pat jugak pandai pasang strategic. Sebab tu Pat jadi barisan penyerang untuk futsal.

         “Jawapan aku lalat”

        “Wrong!!!!” dia tersengih lebar. “Korang semua surrender?”

        Mereka mengangguk. Malas nak cari jawapan. Buat sakit otak dah…

          “Kuda la”

          “What??”

          “Haaa..kuda??”

          “Kenapa kuda pulak kedekut??Naufal give your reason??”

         “Sebab bila kuda berlari mesti bunyi..kedekut! kedekut! kedekut!”

         “Ek ena…kau ni lagi sengal Naufal, teruk betui teka-teki kau” Cu’a tak puas hati.

        “Oke la tu sekurang-kurangnya aku dah terlepas..”

        Ada ke kuda bunyi kedekut? Aku tunggang kuda bunyi..yiiii haaaa!!! Yiiii hahaaa!!!” siap dengan gaya Pat membuat lagak seorang koboi menunggang kuda.

       “Tu mulut kau  yang bunyi” mereka ketawa.

        “Tapi aku naik kuda tak bunyi apa-apa pun” giliran Opie pulak cuba menyanggah jawapan teka-tekinya.  

        “Kau naik kuda game punya” hahaha..Team dah ketawa. “Anak antu kau Team”
 Sekali lagi kepala Team kena ‘buah keras’.

        Team selamat. Naufal pun selamat dan giliran seterusnya.

       “Aku pulak..”Pat angkat tangan gimik budak tadika. “Dalam banyak-banyak pokok, pokok apa semua betina??”

       “Pokok bunga!!” dia dan Team jawab serentak. “Haha..salah ngokkk!!”

      Dia tunduk cuba memikir jawapan lain. “Asal pulak salah Pat??”

     Dia tak puas hati. Team pun mengangguk mengiakan. “abis tu nape korang kata pokok bunga pulak??”

      “Alaa..pokok bunga kan dia spesifik kepada perempuan”

      “sama la betinanya ngokkk” seloroh Team.

     “betui jugak” Cu’a menta’akid kan jawapannya.

     “Salah la wei…”

     “Aku tahu..” Opie tersenyuman lebar.

     “apa dia?”

     “Pokok getah..”

     “Binggooo.. !!” opie melompat suka. Opie macam Pat kuat berfikir. Sebab itu Opie layak menjadi kapten mereka dalam futsal.

     “Cu’a kau kena belanja la” mereka tersengih. Cu’a menjuling mata keatas sambil buat muka toyaa. Dah agak dah nasib selalu tak memihak dirinya. “Nape kau kata pokok getah??”

       “Sebab getah ada susu. Susu getah..”

      “Ye lah tu..nasib baik bulan ni aku dapat elaun sara diri tinggi sikit”

      “Asal pulak sebelum ni?” soalnya

      “Abang Cu’a dapat keja goment” Opie tukang tolong jawab. Teman akrabnya.

      “Ooo…goment” goment a.k.a government

      “Jadi pe?”

     “Pegawai kastam”

    “Okay la..raya hindu la kau ey?” mereka ketawa. “Haaa…aku nak pegi buat rambut baru la”

     Team ketawa kuat. Bab ketawa Team peneraju utama. Vokalis utama dan otai segala gelak-ketawa. Cu’a mencebik. Dia tahu mereka ketawa perlikan rambutnya yang pelik itu.

      “Kau nak buat rambut pe ek??” soalnya. Dia menghabiskan jus epal yang tinggal separuh itu.

      “Macam kau la Naufal. Baru cool kan” Cu’a mengocak rambutnya.

      “Abis la..macho aku Cu’a” ditepis tangan Cu’a.

     “Hallooo…korang lepak tak tunggu aku pun” Nik datang menyapa. Ditangan Nik ada beberapa jenis warna fail.

      “Hai..budak anugerah dekan.”

      “Ceh..perli beradap nampak” Nik dah melabuh punggungnya disisi Pat.

       “Ye la..aku kan orang yang paling sopan lagi beradap”

       “Masuk lif tekan sendiri nampak” Pat cuba menyampuk. Opie menjuih bibir.

        Nak buat macam mana Nik dan Pat lebih rapat berbanding mereka. Course sama. Cuma hobi jek Nik kartun macam naufal. Tengok kartun kat kedai speedy berjam-jam pun tak pe. Cinema?? Ice age..Nik dan Naufal dah beli tiket wayang. Mereka yang lain Fantastic Four jek yang layan.

        Naufal membelek jam tangan swacth di tangannya. Pukul 2 lebih sekarang, sembahyang, mandi lepas tu pegi kelas. Pukul 3.30 petang ada kelas Puan Aziah, lecturer bermulut murai.com. tak habis pot-petnya. Baik dia mintak diri dulu.

      “Aku chow dulu..weh!!” dia dah tolak kerusi kebelakang untuk bangun. Team serupa jugak. Kelas sama. Naufal mengalas beg sandangnya ke bahu. “Pukul lima nanti kalau tak da apa aktiviti aku dan Team cari korang ek”

      “Okay..”mereka yang masih duduk itu menjawab serentak. Dia dan Team berlalu pergi dengan tergesa-gesa takut tak sempat nak cover assignment Puan aziah yang tinggal separuh jalan lagi.


                                                                          Naufal

BAB 8

          Dia sedang mengemas katilnya tiba-tiba ada seseorang memeluk belakangnya. Bau wangian white musk-Body shop menusuk hidungnya dan dia tahu siapa gerangan si pemakai itu.

         “Dira…”dilerai pelukan Nadira. Dia memusing badannya mengadap Nadira. “What?”

         “I’m bore, abang”

         “So??”

         “Keluar nak?”

         “Ke mana adik ku?”

         “Bowling..”

         “Okay..pegi tukar baju, tak kan nak main pakai skirt kut, nanti abang kena tahan panahan mata arjuna kat sana” Nadira tersengih.

         Dia meluru keluar untuk ke biliknya. Takut terlambat siap. Abang Rayyan sekejap saja. Dia lelaki hanya pakai jeans and t-shirt kolar jek.muka tak yah touch up dah cuma rambut jek taruh  brycream.

         Rayyan hanya tersenyum melihat Nadira yang semakin menghilang dari pandangan matanya. Nadira terlalu manja. Dia risau dengan kemanjaan Nadira.

         Rayyan menutup daun pintu biliknya. Kemudian dia beralih ke almari pakaiannya. Dia menanggal  tee di badannya kemudian diambik t-shirt  dan di sarung ke badannya.  

        Dia beralih pulak ke meja soleknya. Brycream disapu ke rambut kemudian di ambik pulak  minyak wangi polo lalu disembur ke badanya. Siap! Blackberrynya berbunyi.

        “Hello..Ray” suara itu sudah lama tidak didengarinya.

        “Hurm..”

        “How’re you? Everything is okay?”

        “Hurm..”

        “I’m back”

        “What means of you?”

        “I akan pulang ke Malaysia

        “When?”

        “berlagaknya” si pemanggil itu ketawa

        “sooner or later  ..”

        “Oh..really?” Rayyan mengeluh.

        “Yeah..do you miss me? Don’t you?”

        “Not sure..” Dia sudah malas berbicara dengan si pemanggil. “Okay.. I’m busy,see you soon”

         Dimatikan talian. Blackberry di sumbat ke dalam poket seluarnya. Dia teringat si pemanggil itu. ‘she’ll be here soon’ hatinya berbisik resah.

         Tadi dia ingat talian antarabangsa, Cik Yah yang call tapi tekaannya tersasar. Bukan Cik yah  tapi  si ‘dia’. Dia jugak pelik.

        Baru kelmarin dia call Cik Yah dan Cik Yah kata kan padanya akan pulang ke Malaysia selepas anniversary papa. Cik Yah ada hal. Cik Yah nak ke Dubai pulak. Cik Yah kata nak jumpa kawan lama. Pak we lama Cik Yah pe??

        Dan si pemanggil tadi memang bukan Cik Yah tapi Sherry. Kawanya di Paris. Kawan?

        “Abang..” sapaan Nadira menyentak lamunannya. Kawan? Dia tahu siapa status gadis itu di hatinya tapi gadis itu lain.

        “Dah siap..” Nadira mengangguk kemudian tersenyum memandangnya. “Why?”

        “You look handsome guys!!” dia hanya ketawa penyeri. Malu dipuji atau suka dipuji.

         “Boleh main ker pakai macam tu?” dahinya berkerut. Pandangannya jatuh pada penampilan Nadira.

         Blaus bergaya kasual dengan ropol-ropol di lengan blaus itu. Seluar denim harem “ ni sesuai tengok wayang je Dira”

        “Alaa…bukan Dira pakai skirt kan?” Nadira mencemik. Dia ingat penampilannya puas di mata Rayyan.

        “Pakai tunic labuh sikit dengan seluat jeans baru okay” komen Rayyan.

        “Tunic tanpa lengan adalah abang” alas an diberinya.

        “Tak apalah abang, kita pegi tengok wayang je lah..kay??” ‘Oh God! Boringnya hidup aku’. Ngomel Rayyan. Tengok wayang dia pasti tidur mana taknya cerita yang Nadira pilih semuanya love story…. fall in love…romance.. huawaa..kalau jarang-jarang sekali dia boleh layan tapi ini acap kali.

        “Abang mau dak?”
        “Okay my girl” itu dinamakan abang yang mithali. Ikut jek.

         Dan itu jugak dinamakan adik perempuan. Feminine. Suka keperempuanan. Layan perasaan.

        Dia dikira bernasib baik dapat adik perempuan yang dah besar panjang kalau kecik. Baru di alam kanak-kanak mahu nangis tak berlagu la jawabnya.

         Buat di ajaknya main pondok-pondok la. Tak pun main kahwin-kahwin dan paling tragis main anak patung. Azab! Huawaaa..tempah maut di gurun sahara.

          Rayyan memaksa hatinya untuk keluar dari bilik bila lengannya ditarik lembut oleh Nadira. Nadira senyum semanis kurma. bahagia  ada abang macam Rayyan. Sporting! Senang di ajak ke sana ke sini sekurangnya dia tak boring.
 

          Nadira macam biasa, dia akan memilih tajuk filem yang akan mereka tonton dan kemudia abang Rayyan akan pergi membeli tiket untuk mereka. Kali ini cerita Twilight jadi pilihannya.

          “Hai..Dira, sorang je ke?” sapa Jun. Mirza disisinya hanya tersenyum memandang.

           Matanya sengaja tidak memandang mereka berdua itu. Malas layan.

           Mirza lelaki buaya tembaga itu tersengih macam kerang busuk membuat dia menyampah!. Dasar lelaki buaya tembaga! Mana abang ni?? Lambatnya…

         “Belum ada penganti ke?” Jun sengaja mencucuk jarum. Semakin erat pautan tangan Jun pada lengan Mirza.

         “Dira…I’m finish. Let’s go” Rayyan datang tiba-tiba dengan membawa dua bekas coke dan satu popcorn large dikepitnya.

        Jun hanya megukir senyuman tanpa gula-gula. Semut dah bawa lari. Peh!!! Mahu melopong tengok abang aku?

       “Okay Jun, see you soon! I nak pegi layan movie dengan my ‘abang’” melopong mulut dua ‘ekor monyet betina dan jantan’ itu.

        Nadira puas hati “pergi jalan la kau dengan buaya tembaga ni..ke buaya plastic? Tak tulen..”

        Nadira dan rayyan ketawa. Dilihat Jun menghentak-hentak kaki melepas geram. Mirza disisinya di tolak kasar.

        Dia tahu Jun terkesima melihat Rayyan. Rayyan lebih tegap berbanding Mirza dan lebih tinggi. Wajah abangnya itu jugak lebih kacak dari Mirza sebab itu Jun tak puas hati dia dapat pengganti lebih ‘bonanza’ dari Mirza.

       “Siapa diorang tu?” soal Rayyan sebaik sahaja mereka melabuh punggung ke kerusi penonton.
       “ Kawan” jawab Nadira acuh tak acuh. Bekas yang berisi air coke di letak ditempat yang disediakan untuk air di sebelah kerusinya. Skrin di depan masih lagi iklan untuk promosi tayangan filem yang akan datang.

       “Ex..??”

       “Hurm..ex dengan perampas!”

       “Oh..great!! kiranya tadi abang pelakon tambahan la” Rayyan sudah faham situasi tadi.

       “Abang pelakon terjah jek”

       Ada pulak..watak abang la yang ditunggu-tunggu kan?” Rayyan menyua popcorn. Nadira mengeleng.

      Belum start movie selalunya Nadira tak mahu menjamah lagi. Rayyan sudah mengunyah popcorn. Skrin masih lagi iklan.

     “Ada-ada aje abang ni” tayangan Twilight sudah bermula. Nadira mula menyisip minumannya. Senyap.

  
          “Naufal…” Naufal tersengih. “Dah abis kelas ke?”

           “Dah…” dia berjalan beriringan dengan Nik.

           “Team mana?”

           “Keja..”

           “ 7 E..” 7 Eleven-  tempat kerja Team. Dulu shell, tukang bubuh minyak dan casher  sekarang berubah angin pulak.

            “The rock la si Team tu. Larat je dia buat keja, kelas lagi kalau aku? Hangus!”
Naufal hanya keyawa.

            “Kau tak pegi mana-mana ker?”

            “Belum di putuskan lagi..kau? ha…Pat mana? Yang lain pun?”

            “Opie teman Cu’a buat rambut baru. Pat kau faham-faham la dia suka tidur petang-petang ni. Aku kata kat dia ikut sunnah nabi tak mau tidur sebelum zohor. Dia buah sunnah sendiri lepas tu kalau gila aku tatau…” Dia sudah tergelak.

           “Tengok Dvd nak?”

           “Cerita pe?”

           “Aku borrow kat Lepat..cerita  Full metal Panic

          “Dah ada Cd ker?”

          “Kau faham la Lepat layan kartun animax ni yang aku tahu. Mana dia dapat aku tak tahu..nak tak?”

          “Aku bawa laptop pi bilik kau sat gi , kay!”

          “Eh! Tak yah la aku da  laptop la guna laptop aku je, kau bawak cd tu jek..oke..” Nik hanya mengangguk.

          “Lepas asar tau” Nik cuba mengingatkannya. “Okay..”

           Layan kartun. Assignment? Tangguh dahulu. Kertas kerja ada kat Ayob teman segroupnya untuk assignment baru Puan Aziah.

           Team memang tak peduli sangat.Dia ingat tadi Team tak mau joinnya sebab ada Koji- lelaki yang suka pada temannya itu. Koji dengan Ayob kawan rapat sudah tentu si ayob ni ambik jadi sepasukan dengannya.

          Semuanya Puan Aziah mahu lima orang untuk satu group tapi mereka hanya dua, tak cukup lagi tiga orang dan group satu lagi enam jadi terpaksa lah dibahagikan kepada mereka. Ayob dan Koji…

           Mulanya Team tak setuju tapi puas di pujuk kononnya Koji bukan nak mengoratnya, Koji Cuma nak bekerjasama dalam pasukan untuk assignment yang baru di beri puan Aziah. Tapi dia tahu Koji lebih berminat dengan Team.

       Naufal tersenyum nakal.

       “Fal…balik kang kau kirim salam sayang aku kat Team tau..” Koji dah tersengih sambil mengaru keningnya.

       “Asal kau tak bagi tahu sendiri?”

       “Alaa.. kau tahu la Team tu asal nampak jek muka aku, muka dia dah macam inspector Sahab serius je memanjang tak bagi can langsung nasib baik tak da misai..” Koji sudah ketawa. Lelaki kurus tinggi itu baik orangnya. Suka tolong kawan-kawan.

       “Kau yang tak pandai ayat si Team tu…tak lut” Naufal tersenyum. Team pasti marah kalau dia bagi green light kat Koji..

      “ Kau tahu la, Fal…member kau tu asyik nak backhand aku jek kalau keluar ayat power root kat dia” Naufal tersenyum lebar.

          Team bertuah, Koji baik. Koji suka menolong. Dia juga pernah ada kawan dulu. Baik. Suka menolong tapi semuanya hanya sementara.

          Naufal memulas tombol biliknya sebaik sahaja dia membuka kunci. Dilihat katil Yatt kosong. Cadar corak bunga-bunga itu cekang ditarik si pemilik katil itu.

         Yatt bukan sahaja cantik tapi teliti orangnya. Kalau jadi mak mertua ni kes naya. Ngomelnya sambil melempar beg sandangnya ke kerusi study dan dia membaring badannya ke katilnya. Seketika kemudian handphone samsungnya berbunyi. Di ambilnya dari kocek seluarnya.

       Suara si pemanggil memberi salam dan dia menjawabnya.

      “Sorry Naufal..aku tak jadi pi bilik kau tengok Cd” suara Nik. Pelat utara masih melekat dengannya. Nik orang utara. Orang Kedah.

      “Nape??”

      Cinabeng punya Lepat!!” hambur Nik.

      “cakap la Nik. Kenapa?”

      “Si lepat yang bengong ni..aduilah…”Nik melepas keluhan yang panjang ada dalam enam harakat.

      “Lepat tak bagi borrow ker?”

     “Bukan…dvd ni dah ada kat aku. Problemnya sekarang dvd ni. Aduilah..Lepat” Nik mengeluh lagi.

     “Ishh..kau ni cuba cerita kat aku terus ni asyik mengeluh jek” tiba-tiba dia jadi curios.

     “Cd ni bukan cerita kartun beb, tapi blues story. Haiya!  Naya aku dengan Lepat mau rabun aku tengok tadi”

     “Haila… kau pun sama jek, asal pegi layan over romance tu??” Naufal sudah menepuk dahinya.

     “Wakaka..nasib aku teringat nak chek dulu takut cd tersangkut ke? Huh? Rupa-rupa cerita wayang tayang kulit beb!” Dia sudah tergelak.

      “Silap hari bulan kau kena tambah power la cermin mata kau” mengekeh ketawa Nik.

      “ HUrm..sorry la Naufal..Lepat tak lambatlah nak kena buah keras aku”

      “It’s okay…Lepat silap bagi la tu”

      “Lelaki macam tu NAufal suka jek layan cerita merapu”

      “Cari experience…”

      “HUrm..lepas tu buat eksperimen. Weh..Naufal aku chow dulu ye”

      “Oke..” Dia membalas salam Nik.

       Nampaknya petang ni aktivitinya tidur jer. Mummy apa cerita? Dia tahu mummy tak kisah kehidupannya. Naufal membetul bantalnya kemudian ditariknya selimut bucuknya.
       Selimut ni buatan opah. Opah jahitkannya. Selimut itu asalnya kain pelekat arwah atuk opah koyakkan kemudian cantumkan dengan kain pelekat lain supaya menjadi selimut yang besar boleh menutupi tubuhnya. Huh..kalau hujan lagi sedap selimut dengan selimut buatan opah ni. Dingin! Damai! Macam kasih opah..
    
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan