http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN



BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN


          Lukisan hasil tangannya dari warna caryon itu menarik minat pengemar lukisan disitu. Dia tersenyum puas melihat ramai pengunjung galeri Orkid memuji hasil karyanya.
   
   “ Hani..” disaat namanya dipanggil lantas dia menoleh mencari gerangan yang memanggilnya.

   “Yup!” sebuah senyuman terlukis dibibir mungilnya . matanya bersinar-sinar, rona wajahnya mengambar keceriaan  melihat raut wajah sipemanggil.
   
   “ Hebat Hani kali ni, kena belanja Am la..” puji Amril sambil merenung raut wajah mulus dihadapannya.

   “ Hebat apanya Am, semua ni Hani buat sebab minat bukanya apa pun”Hani  tersenyum malu. Amril Haikal, lelaki itu terlalu menarik pada pandangan matanya. Sempurna dari perbagai segi, perbagai aspek dan ciri. Raut wajah, perwatakan, pelajaran mahupun pertuturan kata cukup perfect!

  “ Am puas hati dengan lukisan-lukisan Hani, kalau boleh Am nak jugak memiliki koleksi lukisan hasil kerja tangan Hani” sungguh! Hatinya berbunga riang mendengar pujian ikhlas dari Amril.

  “Yeke? Thanks for everything Am…Hani tak tahu nak balas budi baik Am” dikala itu sari matanya melantun kearah raut wajah tampan  yang selalu hadir dalam  mimpi indah tidurnya Amril Haikal, jika kau tahu bahawa selama ini persahabatan  bukan  sekadar hormat-menghormati tetapi cinta, kasih dan sayang turut ku semaikan semoga benih-benihnya tumbuh dengan elok dan bertambah elok lagi jika kau siram dengan air kasihmu dan aku mengharapkan begitu.

  “ Alah! Kalau setakat pinjamkan galeri ini secara percuma Am tak kisah pun. Lagipun mama pun minat dengan lukisan sebab tu Am nak mama tertarik dengan lukisan Hani”

   “Am….apakata lepas habis pameran ni Hani belanja Am makan, boleh tak?” anak mata menunjukkan satu pengharapan untuk jejaka tampan dihadapannya. “Hani harap Am sudi terima..” ngomelnya dalam hati.

   “Boleh….Am tak kisah” dan dia sungguh gembira mendengar jawapan lahir dari bibir Amril. Namun disaat kegembiraan mula merangkak dihati, seraut wajah yang amat dikenalinya datang menyapa.

   “Hi! Boleh join sekali?” sapaan itu membunuh kegembiraanya. Tiada secalit senyuman dibibir.

   “ Mana you pergi Jun?” soal Amril, wajah tampan itu tampak gembira dengan kehadirannya Julia. Hani hanya memandang sayu wajah cantik itu. “ Kenapa kau datang waktu-waktu begini?” mata bulatnya semakin bulat melihat jari jemari Julia meramas lembut tangan Amril.

   “ I pergi kelas yoga, you tahu kan kesihatan I sekarang tak menentu” Julia tersenyum puas. Melihat api cemburu sedang menyala pada raut wajah lembut itu.


 “ Hani tak kisah ke Jun datang lambat?”

 “ Hani faham..lagipun Hani tak paksa Jun nak datang ke tidak kalau ada hal penting” Julia sengaja mngesel tubuh montoknya pada tubuh Amril. Julia tahu Hani ada mnyimpan perasaan terhadap terhadap Amril. Namun dia bernasib baik Amril Haikal menyintainya sebelum kemunculan  Hani Zulaikha.

 “ Am..you ingat lagi tak shasha?”

 “ Hurm..shasha tunang Johan? Why?”

 “ Dia orang ajak kita lunch sama-sama” Hani hanya mengetap bibir peluangnya untuk bersama Amril amat tipis,  Julia sudah membuat planning  sendiri untuk Amril. Disaat itu Amril memandangnya. Wajah tampan itu mengambarkan perasaan bersalah.

 “ Hurm.. sorry Hani” Hani hanya mengangguk lemah. Dia sedar siapalah dia jika nak disbanding dengan Julia, Amril pasti akan memilih tunangnya dari perempuan lain. Bagi Hani status tunang  yang disandang Julia itu amat menyukarkan dirinya untuk bermesra dengan Amril. Hani Zulaikha hanya mengukir senyuman hambar menghantar pemergian pasangan kekasih itu keluar melalui pintu utama galeri itu.

  “ Huh??..” dia mengeluh hampa. Agak susah baginya untuk mengikis perasaan cintanya pada Amril. Lelaki itu terlalu baik untuk dia miliki. Kenapalah dia terjerat dengan cinta bertepuk sebelah tangan. Semuanya bermula dengan lukisannya……….




 “ Kenapa awak curi-curi tengok saya?” soalnya sebaik sahaja seraut wajah tampan itu tersengih, menayang barisan gigi yang putih bak mutiara. Lelaki itu keluar dari berselindung dengan tiang sebesar pemeluk.

  “ Saja….seronok tengok awak melukis” Hani mencebik. Nak mengorat aku ke mamat ni? Dipandang atas bawah penampilan lelaki itu. Kemas, bergaya dan macho. Disaat itu matanya bertemu dengan sepasang mata redup milik lelaki tampan itu, bagaikan kejutan elektrik. Hatinya berdegup kencang. Dadanya berombak tsunami. Alis mata yang memukau hati wanitanya. Lantas dia melarikan pandangan nya kearah lain.

  “ Awak ni tak pernah tengok perempuan ke?” soalnya gugup. Panahan mata arjuna itu masih setia bertamu pada laman wajahnya.

  “ Pernah…tapi saya tak pernah tengok awak” lelaki itu tersengih dihujung kata. “ Awak nampak comey time awak melukis. I like it! Saya terpegun tengok awak dan lukisan awak” lelaki itu tersengih lagi. Hani telan liur. Mamat ni betul-betul mengoda aku.





  “ Saya Hani Zulaikha”

  “ Amril Haikal…just call me Am..awak?”
 
  “ Hani…” dia mengukir senyuman ikhlas menerima perkenalan itu.

  “ Honey…no wonder lah nampak sweet je dipandang mata itu belum rasa” hehehe..terbeliak mata Hani disaat itu  Amril….you too much! Memang mengoda dan aku??? Tergoda….huaawaa..

  “ Just kidding!! Tapi awak memang menarik” Amril ketawa kemudian tersenyum manis. So sweet!

  “ Saya? Menarik?”

  “ Haaaaa..naa..mata awak yang bulat tu macam patung jepun dalam tv” giliran Hani ketawa pulak. “ So sweet awak cutelah bila ketawa bila nampak dimple awak” Amril terus memuji dan seterusnya hubungan dia dan Amril semakin akrab. Dia selalu berbual dengan Amril tentang lukisan dan dari situ la dia mula mengetahui yang mama Amril juga seorang pelukis.

  “ Mama Am yang pandai bab-bab melukis ni anaknya pandai conteng jer..:” Hani ketawa kecil mendengar cerita-cerita Amril sewaktu menunjuk lukisan-lukisan hasil karya mamanya. Namun disebalik kebahagian dia rasa bersama Amril tak panjang. Dia cuba matikan angan-angannya untuk bersama arjuna itu kerana…

   “ Sebenarnya Am dah bertunang. Am ajak Hani keluar dinner pun just nak memperkenalkan Hani dengan tunang Am “ dan disaat itu hatinya menidak saja kata-kata Amril.
 
    Terasa bagai dilanggar keretapi terhumban beribu batu hatinya..bagaimana dia ingin membuang perasaan cinta yang mula bercambah didalam hatinya selepas apa yang berlaku…Awan mendung berarak mngikuti langkahnya bila-bila masa saja akan hujan. Sejak dari pertemuan antara dia, Amril dan Julia terus dia menyepi. Panggilan telefon dari Amril sengaja tak diangkatnya. Badannya terasa tidak sihat macam nak demam gara-gara panahan cinta sang arjuna bernama Amril Haikal. Namun Amril pandai memujuknya dengan mengatanya dialah ‘bestfriend in the world’ part yang dia tak boleh lupa bila Amril bercerita kisah dua sahabat iaitu kawan dan cinta…

  “ Hani.. janganlah menghukum Am hanya kerana Am dah bertunang, Am sayangkan  hani” dadanya berombak deras bukan tsunami lagi tapi ribut Katrina melanda mexico. Perkataan ‘sayang’ terlalu mnyakitkan hatiku Am…

  “ Hani tak suka jadi orang ketiga antara Am dengan Jun, maksud Hani tak mahu ngangu  hidup Am dan Jun. Nanti apakata orang sekeliling kita, Hani berkawan dengan tunang  orang” dia menutur kata dengan lembut. Tak terdaya lagi. Lantas anak matanya menatap raut wajah rindu itu Amril….kau selalu menjerat aku, aku tak daya bernafas di antara kau dan Julia kerana oksigen itu hanya Julia tak cukup buatku…




   “ Tapi Hani…Am sukakan persahabatan kita, Hani mesti dengar cerita Am dan Hani akan faham…”
Hani  hanya mengangguk sambil mengetap bibir. Amril rasa lega melihat rona wajah bujur sirih itu kembali tenang.

  “ Hani dengar baik-baik cerita Am. Satu hari Cinta dan Kawan berjalan-jalan dalam kampong . Tiba-tiba Cinta terjatuh dalam telaga, kenapa?” Amril berhenti. Diam. Menunggu jawapan bagi soalannya.

  “ Entah?” Hani menjawab ringkas.

  “ kerana cinta itu buta” Hani ketawa..betul cinta itu buta! Amril senang hati melihat perubahan raut wajah itu kembali ceria. Sungguh! Dia rindukan wajah ceria milik Hani Zulaikha.

   “ pandai-pandai jek Am ni…so lagi??”pinta Hani

   “ Lalu Kawan pun ikut terjun ke dalam telaga itu, kenapa?” ketawa Hani makin rancak.

   “ Entah la Am….” Hani jungkit bahu

  “ Kerana kawan akan buat apa saja demi cinta” ketika itu tawa Hani tidak kedengaran lagi. Dahinya berombak, kening terangkat mengukir seribu makna. Faham dia dengan mesej yang mahu disampai Amril.

   “ Am..betullah cerita tu”

  “ Belum habis lagi, didalam telaga Cinta hilang, kenapa?” kali ini Hani tak menjawab. Dia menumpu sepenuh perhatian dengan cerita Amril.

   “ Kerana Cinta itu halus mudah hilang kalau tak dijaga sukar untuk dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap, sedangkan Kawan masih lagi tercari-cari dimana Cinta dan terus menunggu, kenapa?”

    “ kerana Kawan itu sejati dan akan kekal sebagai kawan yang setia” Hani menyambung cerita itu melalui tafsirannya sendiri.  “ betul tak Am?”

    Amril mengangguk. Jari jemarinya disentuh Amril. Lembut!

    “ Hani lah kawan yang sejati dan setia itu” betapa kemas dan erat gengaman tangan Amril ditangannya.

    “ Am..friendship never die” Amril mengukir senyuman manis buatnya. Satu cubitan hinggap dipipinya.

   “so sweet…” seloroh Amril. Satu kucupan hangat ditangannya. Dia terkesima. Action sepontan Amril membuat dirinya sekali lagi dilambung ombak tsunami.

  ‘ Amril..kau selalu mengusik hati, jiwa dan perasaanku’ dan semenjak kisah Cinta dan Kawan itu dia cuba untuk tidak merasakan dirinya pihak ketiga yang cuba merampas Amril. Dia cuba untuk menjadi
kawan yang setia disisi Amril. Kawan ketawa hatta menangis dia akan menemaninya. Dia juga tidak kekok untuk  berhadapan dengan Julia jika mereka keluar bertiga. Dia tahu Amril sudah menjelaskan statusnya dimata Amril. ‘ Just friend’ Bagi tanggapannya Julia seperti tak ambik kisah jika Amril kerap bertandang ke galeri. Tetapi dia akui kadang-kala dia rasa sesak nafas melihat adegan mesra Julia dan Amril. Hani cuba pejam mata menghapuskan bayangan Julia disaat mengucup pipi lelaki pujaannya semasa ulang tahun lelaki itu.

   “ Happy birthday darling…” satu kucupan mesra dari Julia hinggap ke pipi Amril. Amril hanya angkat kening sambil tersenyum. Tidak menunjuk riak terkejut dengan ciuman itu macam sudah biasa dengan diri lelaki itu. Hani hanya menunduk kepala. Kemudian untuk seketika dia mengangkat kembali wajahnya tatkala itu mata bulatnya bertaut pada pandangan tajam mata redup milik Amril.

   “ Hani?? Tak mau wish ker??” dia tersenyum dengan usikan itu. Sempat juga dia melirik pada raut wajah Julia, ada riak cemburu pada rona wajah cantik itu. Siapalah yang tak cemburu tunang sendiri asyik memerhati perempuan yang ber ‘titled’ bestfriend.

   “ Happy birthday…hope Am happy ending with your  fiancée” ucapnya sambil tersenyum bahagia memandang wajah tampan itu yang tersenyum padanya. ‘I’m happy because of you, Am…

    “ Thanks  a lot, tak nak kiss Am ke? Macam Jun” seloroh Amril. Julia membuntang matanya.

    “ Gatai ye Am ne…” satu cubitan singgah di lengan Amril yang terdedah.. 

    Cubit lagi Jun…dah dapat ciuman masih nak lagi..” ujar Hani dengan ketawa dibuat-buatnya.

    “ Sakitlah sayang…I ingat you tak jealous dengan Hani but you lebih lagi kuat cemburu ey??” Amril mengosok tempat cubitan tadi. Kesakitannya masih bersisa.

    “ Hani..oo Hani…” akhirnya dia tersentak, tersedar dari lamunan yang panjang. Agak lama dia berdiri d sudut galeri itu. Bayangan Amril dan Julia sudah lama menghilang dari pandangan matanya. Hanya dia dengan lamunannya menghidupkan kembali watak Amril dan Julia. Hani menoleh 180◦ kearah sipemanggilnya. Datin Orkid Indah , mama Amril merangkap pemilik galeri Orkid ini.

   “ Yaaa…Datin call me ey??” Hani mengukir senyuman 10cm dan melangkah beberapa tapak menghampiri Datin Orkid Indah. Datin Orkid mengangguk mengiakan sambil tersenyum.

   “ your job very-very menarik, most people yang datang especially my friend puji you, Hani. Dia orang nak booking  you punya lukisan tau, nak beli.” Datin Orkid ketawa. Tangan putih bersih itu menunjuk kertas tempahan finish.

   “ Semua jasa baik Datin, Hani hanya berkongsi minat just it!”

   “ No sayang…, Hani memang berbakat. Lukisan Hani patut dihargai. Hanya orang betul-betul memahami apa itu seni saja yang dapat your punya mesej”


   “ semua lukisan ni adalah dari hati Hani, Datin”

   “ Saya tahu Hani, dan you are loner..tanpa cinta dan hope your dream come true, right??” Hani tunduk malu “ Saya tahu Hani menantinya kan??”

   Datin Orkid tahu.

  “ you won’t let me down, oke” Datin Orkid buat dia terharu. “saya tahu dengan lukisan lah kita dapat meluah apa yang terpendam dalam heart within ni…” Datin Orkid menepuk lembut bahunya.

   “and..your heart sudah story segala-galanya dalam galeri ini melalui lukisan awak, Hani..” Hani akui kata-kata itu. Kalaulah Amril dapat memahami hatinya melalui lukisan-lukisannaya seperti Datin orkid sudah pasti  Amril tahu betapa dalamnya cintanya pada arjuna itu. ‘ maafkan Hani… Am,.Hani tak dapat nak jadi kawan sejati dan setia. Hati Hani selalu menidak sayang  Hani pada Am hanya sayang seorang kawan tapi yang nyatanya Hani terlalu mencintai Am…I’m not to be your best friend…
Percayalah Amril Haikal.’


     “Terima kasih Datin kerana memahami Hani, dan terima kasih jugak kerana memahami Hani selama ni. Dan terima kasih juga membantu Hani selama ini” ujarnya lembut sambil matanya menatap mesra wajah putih bersih milik Datin Orkid Indah. Datin Orkid Indah sangat cantik dipandang seperti namanya. Orkid!! Bunga orkid yang cantik menghiasi rumah..dan Amril memiliki sebahagian kecantikkan mamanya. Seperti sepasang mata yang redup dan mempersonakan.

     “Kasih diterima Hani. Awak selalu mengingatkan saya diwaktu saya muda dahulu. Trust me..saya juga seperti awak, Hani.. Sukankan lukisan dan dari lukisanlah saya meluah segala isi hati saya dan akhirnya cinta saya berbalas. Lelaki yang saya puja yang saya minati itu membalas cinta saya” Hani teruja mendengar kisah cinta Datin Orkid. Betapa indahnya cinta.
    
      “Dan sekarang lelaki itu…??”

      “Suami saya, papa kepada Amril”Datin Orkid Indah tersenyum kemudian dia ketawa kecil mungkin terasa lucu mengingat kenangan lalu.
       Saat manis cintanya mula berputik dengan Datuk Ikhram. Bagaimana puas dia memujuk hatinya melupakan Ikhram kerana cinta lelaki itu bukan miliknya. Namun dia percaya jodoh pertemuan semuanya ketentuan Ilahi. Kalau sudah ditakdirkan Ikhram miliknya dia rela menanti sehingga sekarang dan dia miliki jua bahagia cinta Ikhram.
  
      “Bagaimana Datin beritahu isi hati Datin pada Datuk?”
  
      “Melalui lukisan… Lukisanlah segalanya Hani dan ketentuan Ilahi yang menjodohkan kami” Datin Orkid Indah mengukir senyuman mesra dan Hani membalasnya. Hatinya jua mengukir senyuman. Bahagia andai Amril jua begitu. Memahami apa yang yang dia rasa sekarang.

       Amril…aku juga wanita mempunyai hati seperti mama mu. Andai diriku seperti mamamu yang dapat memiliki cinta papamu aku juga ingin memiliki cintamu. Namun aku cepat sedar, cinta mamamu tak ada penghalang dan tiada jurang pemisah untuk bersatu seperti aku, kau dan Julia.
       Julia dan statusnya membuat aku cuak untuk mengharap satu penantian yang bahagia diakhirnya. Aku takut penantian ku hanya sia-sia. Aku tahu yang aku akan menyesal menanti cintamu yang tidak tahu akan menjadi milikku.
      Tetapi aku cuba untuk mengharap seperti setianya bulan menanti malam walaupun bulan tidak kelihatan dilangit siang namun bulan tetap setia  biarpun sebagai seorang teman.



       Sejak akhir-akhir ini Amril selalu muram. Katanya bergaduh dengan Julia. Puncanya dia tak ketahui. Ternyata hanya perselisihan kcil kemudian diperbesar-besarkan. Sasarannya dialah tempat Amril mengadu perihal Julia yang mula tidak menyenang hati lelaki itu.

       “Alah…Am, biasalah kawan” Hani cuba membela Julia. Bukan apa dia tidak mahu menambah minyak pada bara bila-bila masa saja akan menyembur apinya. Mata redup itu memandang tajam menikam anak matanya yang mula menikus.

       “Ooo…kalau kawan dia boleh buat sesuka hati. Am tak kisah Hani kalau kawan Julia perempuan tapi lelaki siap pegang tangan dan yang paling Am bengang sampai peluk-peluk!! Shit!!” Marah Am. Hatinya membentak keras. Sakit matanya melihat aksi Julia melentok manja pada dada kawan lelakinya itu.
       Julia tunangnya, biarpun dia faham akan sikap Julia agak peramah tetapi peramah Julia makin memakan hatinya. Semua hendak ditegurnya sampai datuk orang, suami orang, bapa orang..Ahhh!!! jenis tak hirau asal kacak segak pada pandang si Julia mulalah becok mulut kecil itu bertanya itu ini.

       “Am pun macam tak pernah pegang Hani”

       “Am dengan Hani lain..Ahh!! Am malas nak pujuk dia, biar dia sendiri datang mintak maaf dengan Am baru Am terima” Ujar Amril sambil merengus keras. Mata redup itu sempat bertamu pada laman wajah bujur sirih itu.

       “Alangkah baiknya andai Hani yang jadi tunang Am” Hani terkedu. Ahh..Amril kau sudah mula soal hati dan perasaan dengan aku. Aku semakin sesak nafas Am.

       “Ridiculous la Am ni..Hani mana sesuai dengan Am kalau Jun baru sepadan” Hani jadi gugup. Dia cuba mengawal getar didadanya. Ya tuhanku..bantulah hambamu ini.

       “I’m not ridiculous tapi Am serius. Apa yang am cakap tadi ada betulnya. Am lebih selesa dengan Hani berbanding Jun…Am rasa..”

       “Hani kan kawan Am yang setia dan sejati. Am dah lupa?” pantas dia memotong ayat Amril. Dia tak mahu keadaan menjadi keruh. Dia tak mahu menjadi orang ketiga yang merampas Amril dari Julia. Lagipun dia tak sanggup mendengar perkataan yang mengusik hatinya.

       Pantas Amril menarik tangannya. Tubuhnya terdorong kedepan hanya beberapa inci sahaja wajahnya dengan Amril. Deru nafas Amri kedengaran dan terasa hembusannya.

      “Am tak pernah lupa hani tapi..”

      “Am..jangan disebabkan perkara kecil Am terus ambik jalan mudah. Hani tak mahu Am dan Jun berpisah”

     “Ssshhh..Am rasa sudah tiba masanya kita bercakap soal hati dan perasaan kita, Hani” bibir mungil itu kaku bila jari telunjuk Amril melekap padanya. Hani mengedip matanya. Dia tak percaya Amril akan cakap begitu. Bagai mimpi naik ke bulan.

      “Am tak tahu sejak bila perasaan sayang Am pada Hani membuai rindu yang mengasyikkan untuk bertemu Hani. Menatap wajah comel Hani membuatkan hati Am meronta-ronta” ujar Amril tersenyum memandang wajahnya sambil meramas lembut jari jemarinya.

      “Hani rasa itu perasaan sayang  seorang kawan” hani cuba menidak kata-kata Amril. Mana mungkin Amril menyintainya sedangkan Amril sudahpun bertunang dengan Julia.

     “Tidak Hani, hati Am berada dekat Hani bukan Jun lagi..”
 
      “Am keliru sebenarnya”

     “Tidak HAni…ini hakikat”
  
     “Am..lebih baik Am pujuk Jun, okay”

     “No..Am cintakan Hani”

     “Forget it..” Hani menunduk wajahnya. Dia tak berani menatap wajah arjuna itu yang cuba meraih cintanya. Am ..Hani juga cintakan Am tapi Hani tak boleh selfish. Hani tak boleh menerima Am dalam keadaan macam ni. Seolah-olah Hani cuba mengambil kesempatan. Hani ibarat orang ketiga.

      “Am tak akan lupakan HAni. I love you so much” Amril memaut dagunya supaya mendongak keatas memandang raut wajah arjuna itu.

      “I love you..Hani” disaat itu mata redup milik Amril memandang tepat anak matanya. Dadanya berombak tsunami. Dia dapat rasakan bibir Amril menyentuh bibirnya. Dia terkedu dengan tindakkan Amril. Matanya terkebil-kebil..Lama bibir Amril menjamah bibirnya dan dia tak tahu bagaimana harus dia hentikan semua ini. Hani rasa berdosa dia tersedar dengan situasi itu lantas dia menolak tubuh Amril dan tangannya ringan melayang ke pipi Amril. Pang!!!

       “Am!!!” Dia menolak kasar tubuh sasa itu kemudian dia melangkah beberapa tapak ke belakang. Amril memengang pipi yang merah berbekas lima jari milik Hani.

       “Hani…Maafkan Am. Am tak dapat nak kawal perasaan ini” Hani memandang wajah Amril yang kelihatan bersalah.

       “Lupakan Hani, Amril Haikal..” pantas Hani menglangkah pergi meninggalkan Amril tanpa menoleh kebelakang lagi. Biarapun telinganya mendengar namanya dipanggil oleh Amril.

       “Hani Zulaikha!!! Amril Haikal tak akan lupakan awak dan percayalah Amril Haikal akan cuba dapatkan cinta awak!!”

       “Am sebenarnya kau sudah dapatkan cinta ku Cuma waktu ini tidak sesuai untuk ku hulurkannya dan menerima cintamu” kata-kata itu hanya kedengaran dalam hati. Air matanya mengalir laju menuruni pipinya. Dia hanya membiarkanya mutiara jernih itu mengalir. Aku juga menyintaimu Amril Haikal.



       “Sudah tiga bulan berlalu. Hani langsung tidak menghubungi Amril dan Amril juga sebaliknya. Dia rasakan biar keadaan seperti ini dahulu. Dia perlukan masa lagi untuk hati dan perasaanya. Datin Orkid Indah pernah mengadu padanya perihal Amril semasa dia menghabis kerjanya di galeri minggu lepas.     
        Kata Datin Orkid Indah, Amril dan Julia sudah putus tunang. Julia sendiri yang meminta diputuskan pertunangan mereka. Dengar khabar,  Julia akan melangsungkan perkahwinannya dengan Datuk Kamarulzaman pada minggu depan. Kalau tak silapnya, Datuk kamarulzaman adalah rakan kongsi perniagaan Papa Amril, Datuk Ikhram.
        Dia pening kepala. Macam mana Julia boleh berkahwin dengan kawan papa Amril pulak? Tak sangka Julia lebih berminat dengan lelaki sebaya papa Amril dari Amril Haikal, yang muda dan segak?.Amril Haikal? Lelaki itu terus menyepi. Marahkah arjuna itu dengannya? Masih terngiang-ngiang kata-kata lelaki itu untuk mendapatkan cintanya tetapi sebaliknya lelaki itu lebih suka menyepi dari membuat sebarang tindakkan. Egoisnya kau Amril Haikal!! Tapi HAni rindukan Am…

       “Hani…Am dah buat keputusan” Hani memandang mesra wajah Datin Orkid Indah dihadapannya.
  
       “Apa maksud Datin?”

       “Am nak melanjutkan pelajaranya ke UK” kata-kata Datin Orkid membuatkan Hani sukar untuk menelan air liurnya. Senangnya kau dalam membuat keputusan. Kau mahu tinggalkan aku Am..Hani mengetap bibirnya. Hatinya menangis sayu.

       “Bila Datin?”

       “Ahad depan…saya risaukan Am, dia baru saja putus tunang dengan Julia. Saya dapat rasakan Am bukan mahu sambung belajar di sana tapi dia mahu tenangkan hatinya”

      “Datin jangan risau. Hani percaya Am mampu uruskan hati dan pelajarannya”

      Dan kini sudah  dua tahun berlalu. Hani sangat rindukan Am….Ke mana sahaja  dia pergi pasti wajah arjuna itu hadir. Wajah Amril Haikal tak pernah padam dalam ingatannya. Dan kerana itu dia mengabadikan wajah arjuna itu dalam potret, hasil lukisan tangannya. Potret wajah Amril itu digantung cantik dalam kamar tidurnya. Kini galeri Orkid itu diserah sepenuhnya kepadanya. Datin Orkid Indah mengikut suaminya berpindah ke Pulau Langkawi. Disana mereka membeli rumah ditepi pantai. Hani tahu Datin Orkid sukakan pantai begitu juga Amril.

    Adakah Amril membawa diri disebabkan putus tunang dengan Julia atau disebabkan dirinya? Amril langsung tak menunjuk wajahnya ke galeri sebelum berangkat ke UK, biarpun dia tahu Amril ada datang menjemput Datin Orkid di galeri ini. Amril lebih rela menunggu dalam kereta dari bersemuka dengannya.

    Tak sudikah Amril menatap wajahnya buat kali terakhir? Dan dia tak pasti wajahnya masih jelas dalam ingatan Amril atau tak??Ahhh…pasti Amril sudah lupa padanya. Manakan tidak disana Amril pasti dikelilingi wanita bermata biru yang sepuluh kali cantik darinya.

    Hani cintakan Am…pulanglah dapatkan cintaku yang dahagakan kasihmu.

    Ting!!tong!!

    Dia tersentak dari lamunannya. Pantas dia bangun membuka daun pintu apartmentnya. Disaat  itu matanya tak berkedip-kedip memandang seraut wajah yang amat dirinduinya,

      “Am…” mahu sahaja dia memeluk tubuh sasa itu untuk melerai rindunya yang mendalam. Hatinya melonjak gembira.

     “Boleh Am masuk?” pinta Amril dengan melolos dirinya masuk ke dalam apartment milik Hani. Amril melabuh punggungnya ke sofa tanpa menunggu Hani mempelawanya. Wajah arjuna itu kelihatan serius tiada langsung secarik senyuman buatnya.

     “Bila Am pulang?” dia terasa kekok.

     “Dua hari yang lepas”

      “Kenapa tak bagi tahu Hani?” HAni Cuma mengukir senyuman bahagia. Matanya setia memandang Amril yang leka melihat sekitar ruang tamu apartmentnya.

      “Am tunggu sekejap. Hani pergi buatkan air untuk Am” Hani melangkah menuju ke ruang dapur tanpa menunggu jawapan Amril bagi soalanya tadi. Marahkah Amril padanya?? Wajah Amril tampak serius. Hani leka membancuh air Nescafe tanpa menyedari Amril berdiri tegak dibelakangnya.

      Keharuman minyak wangi Hugo boss menyusuk hidungnya dan menyentap naluri wanitanya. Pantas dia menoleh kebelakang. Amril tersenyum memandangnya. Hani jadi gugup.

       “Lama Hani tunggu Am?” Amril seolah-olah bermain teka-teki dengannya. Lelaki itu melangkah kedepan dan merapatkan tubuh sasa itu pada tubuhnya. Hani hanya mampu mengeleng kepala. Dadanya berdegup kencang seolah-olah mahu tersembul keluar.

       “Hani…jangan tipu Am. Mata bulat Hani ni dah bagi tahu Am segalanya. Hani rindukan Am kan?”

       “Hani kehilangan kawan sejak Am pergi ke UK” ujar Hani sebak sambil tangannya meramas hujung lengan bajunya.

       “Rindu Hani pada Am. Rindu seorang kawan” Hani masih cuba menidak hakikat sebenarnya.

       “Dalam bilik Hani tu, kenapa ada gambar Am?” soal Amril sambil memaut lembut bahunya. Hani tersentak. Bila Amril melihatnya?

       “Ha..ni…cu..ma..”

      “Sssshhh…Am sudah tahu segalanya. Mama dah bagi tahu Am. Hani cintakan Am” jari jemari Amril menyentuh lembut pipi mulus itu. Kemudian ke bibir mungil itu dia menatap lama.

     “Apa yang mama Am cakap?” terketar-ketar Hani menutur kata-katanya. Dia jadi seram sejuk dengan tingkah laku Amril yang tiba-tiba jadi romantik itu.

     “Mama kita cerita soal hati Hani melalui lukisan dan sekarang Am tahu Hanilah seorang kekasih yang setia menanti cinta dari Am” Amril kenyit mata. Terasa panas wajahnya dengan usikkan itu. Hembusan nafas Amril menyapa dekat dengan wajahnya.

     “Bu..kan…cin..ta..Aaam”

     “Ye ke? Am tak percayalah. Kalau Hani tak mengaku juga Am akan cium Hani macam dulu” sengaja Amril mengertak Hani. Pantas Hani mengebam bibirnya seraya itu dia memejam rapat matanya. Terasa semakin dekat wajah Amril pada wajahnya. Desah nafas Amril kian terasa.

      “Okay..okay..Am. Hani mengaku yang Hani betul-betul cintakan Am” tangannya menekap pada dada bidang itu. Senyap!! Seraya itu Hani membuka matanya. Jelas pada pandangan matanya, Amril sedang ketawakannya..

       “Am…” Dia jadi malu dengan tindaknya lalu dia menumbuk lembut dada bidang itu.

       “Tahu pun nak mengaku. Kan senang macam ni tak yah Am lari jauh-jauh bawa diri” Amril masih lagi ketawa bahagia. Disaat itu Amril merangkul tubuh Hani dalam pelukkanya.

       “I love you Hani Zulaikha” Amril membisik halus ke telinga Hani. Senyuman Hani semakin mekar.

       “I love you too..Amril Haikal”ujar Hani malu-malu. Dia ketawa kecil dengan pengakuannya hari ini. Amril melepaskan pelukkannya.

      “Hani..you’re so cute girl” satu ciuman hinggap pada lesung pipit yang terukir dipipinya.

      “Am..stop it!! Jangan mulakan” Hani memberi amaran. Sengaja dia menunjuk wajah marahnya dengan tingkah laku Amril sebentar tadi.

       “Kalau macam tu baik kita kahwin cepatlah..” disaat itu Amril ketawa sambil merangkulnya sekali lagi ke dalam pelukkan arjuna itu dan dia membalasnya dengan erat. Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya penantinnya tak sia-sia. Kini berakhirlah sebuah penantiannya dari pungguk yang setia…….

                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan