http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 9,10

          Nadira


BAB 9


          Lagi dua minggu anniversary papa dan mummy, dia ingat nak buat surprise kat papa dan mummy tup..tup..dia yang kena surprise. Seorang budak macam lelaki tetapi perempuan. Nama macam lelaki tetapi perempuan. I’m shock!!.

         Pemilik bilik hantu kartun. Hantu komik. Hantu football. Waaa..banyak gelaran dah dia beri pada budak perempuan itu. Agak sebaya dengan Nadira. Tapi lagak macam lelaki. Haila…apa kes ni? Aku dapat adik tomboy ke?

        “Abang ni Naufal..Naufal ni abang Rayyan yang papa cakap tu” itu sewaktu sesi suai kenal.

       “Hai..Naufal, you’re cute girl la..” dia tersenyum sambil mencuit pipi mulus putih gebu itu. Lembut macam Nadira jugak pipi budak ni. Dah nama pun perempuan. Dia hampir  terlupa.

       “Hailloo…sorry bro, tak da orang puji aku cute. Cool adalah. Kau ni buta ke??”tangannya di tepis gadis itu.

       Ya Allah…jantungnya hampir terkeluar. Papa dan mummy dah masuk ke bilik. Penat balik dari kerja.I’m very-very shock!!

         Naufal memang comel. Wajah itu keanak-anakkan. Mata  itu bulat persis watak kartun Jepun dalam komik bersiri. Tapi bahasanya..Oh God!! Kasar ya Rabbi.. mybe dia nak suaikan dengan penampilannya ala tomboy itu.

        Rambut itu dipotong boycut ala-ala Raihana. Pakaian? T-shirt hitam tapi ada corak macam kena tumpah dengan cat jek. Jaket kulit hitam dan jeans warna hitam jugak. Punk ke?  Seluar itu tak macam seluar perempuan. Tak ada potongan pensel atau denim ala-ala feminine. “No cutting!!”

       Tangan gadis itu kedua-dua belah dimasukkan ke dalam kocek seluar. Huh!

       Make up??

     ‘ Tak ada secalit pun.’

       Senyuman pemikat?…

     ‘Haram…’

      Bahasa lemah- lembut ala gadis melayu terakhir?

     ‘Azab..’

     Puas Rayyan meneliti ‘adik barunya’ itu. Baru dia teringat kata buk Lijah “ itu budak  campurin laki-laki sama pompuan don”

          Buk Lijah benar. Budak ni mixed boy and girl. Haru..boy + girl =. Boygirl? Boycut?? No…budak ni tom + boy = tomboy!! Berbeza dengan Nadira.

          “WEh..bro. asal kau ni tak pernah tengok makhluk macam aku ke?”

          Memang berbeza dengan Nadira. : cantik. Manja. Lemah- lembut. Pandai memikat hatinya. Suka tersenyum. Semua pakej itu boleh melayakkan diri Nadira dinobatkan gadis melayu terakhir.

           Tetapi Naufal??..semua pakej yang dia teliti tadi ibarat masuk dalam bakul sampah kalau nak buat calon. Cuma Naufal comel walaupun tersenyum jongket .sinis! namun sepasang mata bulat sesuai dengan diri itu sebagai seorang gadis.

            “Abang cuma tengok adik baru abang ni”

     
            “Naufal! Kau ni suka cakap tak berlapik. Kalau dengan aku tak apala…, ini abang Rayyan” gadis melayu terakhir cuba mengajar tatasusila kepada gadis tomboy..

            Naufal menjuling mata keatas. Malas layan!

           “Taka pa lah Dira, mybe stail Naufal macam ni” dilihat Naufal menjongket kening dan senyumannya. “ Naufal boleh panggil abang..kay”

           Naufal ketawa plastic.

            “Abang?? Wei..bro, aku tak perlu abang. Sorry ek” Naufal ingin melangkah pergi. Dia ingin ke biliknya.

         Semua papa punya angkara. Nak dia balik sebelum majlis itu. Dia janji dengan papa selepas. Berbeza kan before and after? Ejaan pun tak sama.

          Papa Cuma buat derk. Konon tak faham. Tak ingat janjinya. Dan ini lah jadinya dirinya jadi tumpuan oleh sekor makhluk dari sebelah barat.  Namun langkah Naufal di halang oleh Nadira.

         “Kurang ajar lah kau ni. Aku bagi tahu mummy baru tahu” marah Nadira siap ugut nak beritahu Monster mind  lagi. Eleh..heran pe. Sekali debik je si monster tu.

       “Acee..ingat aku takut. Tepilah peanut!!” Nadira dah merah padam. Marah dengan cara Naufal.

        Kening Rayyan sudah bercantum. ‘Mereka ni perangai agak comel’ ngumannya. Naufal suka cari pasal.. Nadira pulak cepat meradang  okay tu. Adik-adik aku ni boleh menceriakan hidup aku.

       “Don’t call me peanut again!!”

       “Nad..”

           “No..”

            “Abis tu Nerd?” Rayyan dah tergelak besar.

           Nadira mengigit bibir.

            “Dah tepi sikit..aku nak lalu” ditolak tubuh Nadira.

            “Naufal!!!” itu suara Monster mind.. No..sekarang dah tukar monster house pemilik rumah ni. Mummy sudah mencekak pinggangnya. “kenapa kamu kurang ajar sangat..Hah??”

             Tengking  mummy. Mummy sudah datang kepada mereka.

           “Sudah lah Ina..dia orang Cuma bergurau. Lagipun lama tak jumpa..kan?” si PA monster house ni baik. Cuba nak selamatkan keadaan. Papa memberi isyarat pada Rayyan.

        “Haaahaa..just kidding la mummy”Rayyan memeluk bahu Naufal sambil menepuk lembut. Sempat jugak di siku Nadira.

      “Hoyay!! Dira, Naufal Cuma main tolak-tolak jek” Nadira memeluk bahu Rayyan dan NAufal. Nadira in the middle. Pandai jugak si Nad ni jadi pelakon tambahan.

      Tersengih-sengih mereka bertiga.

      “Main apa? Mummy tengok kasar je Naufal tolak kamu.”Si monster house tak puas hati. Sebab ramai penyokong si pesalah keadaan ini. Puteri terbuang..itu kata Opie. Dia ibarat puteri terbuang.

     “Ingat Naufal, bahasa..tingkah laku kamu tu jaga sikit. Jangan buat besar kepala dekat sini” Naufal meraba kepalanya. Besar ke? Dipeluk tubuhnya. Tension. Rayyan dan Nadira tersenyum saling memandang.

     “Don’t hug your body!!” hahaha…mahu ketawa je dia disaat itu. Sebab benda macam ni pun mummy larang. Huawaaa….mahu nangis pulak sebab ini my habit aku tak boleh nak ubah. Automatic tangannya akan memeluk tubuhnya sendiri. ‘tawa dalam tangisan’

      “ingat mummy tak tahu yang kamu bebal kalau buat macam tu kan? Fed up! Betulkan?”

      “Hurm…” Naufal mengiakan juga.

      Rayyan heran.

        Mummy seperti tidak suka dengan Naufal. Macam tak senang dengan tingkah laku Naufal. Sebab Naufal tomboy ke? Perangai macam jantan? Sebab itu ke? Apa pun surprise papa memang hebat. Welcome my adik tomboy ku’
      Naufal dah menghilang ke biliknya. Nadira teman mummy pergi spa. Papa dalam bilik, baca buku dan dia juga terpaksa juga ikut Nadira. Naufal buat tak layan jek dengannya. Naufal pun macam tak suka je dengan dia. Makhluk aneh ke aku ni?
     Whatever lah..........


         Geram betul dengan mummy tadi. Salah dia jugak! Naufal merebah tubuhnya ke katil selepas menanggal jaket.

         Di lempar jaket itu jatuh ke lantai. Shinchan di sebelah dipeluknya erat. Selimut? Dalam beg. Kalau sedih dia pasti cari selimut bucuknya. Terasa macam tangan opah membelainya. Tangan opah menepuk memujuknya.

        “Hai..Naufal. you’re cute girl la” wah..siap cuit pipi aku lagi. Nasib tak backhand je muka mixed tu.

        “Hallo..sorry bro, tak da orang puji aku cute. Cool adalah. Kau ni buta ke?” dterpenpam.

          Dia tersenyum dalam hati. Ada hati nak ambil hati aku. Nadira boleh la makan puji. Aku? sorry! Aku makan nasi. Mata si mat saleh celup tu memerhatinya atas bawah. Macam nak telan jek. Sebelum dia telan aku baik aku telan dia dulu.

        “WEh..bro. Asal kau ni tak pernah tengok makhluk macam aku ke?” sekali lagi mulut si mixed tu melopong.

        Dia dah tak da lemah-lembut. Mesti si mixed ni ingat aku ni macam Nadira. Hahaha..padam muka.

         “Abang Cuma nak tengok adik abang ni” waaa.. lembutnya bahasa. Tengok aku ke? Ke kutuk aku? Dia dah basi dengan pandangan macam tu.

        “Naufal! Kau ni suka cakap tak berlapik. Kalau dengan aku tak apa la…ni dengan abang Rayyan” Si Nad pulak menyampuk. Marah konon nak jaga hati abang ‘terchenta’ uwekk…

        “Taka pa lah Dira. Mybe ni stail Naufal” Haaa…tahu pun so terima je lah.

        “Naufal boleh panggil abang..kay” Arghhh… dia tak mampu. Abang? Dia pernah ada abang tapi Cuma sementara.

        “Abang?? Wei bro..aku tak perlu abang. Sorry ek” hatinya pedih. Abang? Abang Edy…selepas tu mummy pulak membuat dia makin bertambah benggang tapi disabar juga. Senyuman plastic dihadiahkan buat mereka.

          Hatinya sunyi sejak abang Edy pergi. Naufal pejam rapat matanya. Semua orang yang disayang. Semuannya tinggalkan dia.

      Mula dengan atuk.

      Selepas itu opah..dan abang Edy pulak. Dia tak mahu sapa-sapa lagi. Syuk punca segalanya untuk kesalahan Abang Edy.

     “Mulai dari sekarang Naufal kena panggil abang..kay” Edy tersenyum manis. Buku biology  tingkatan 4 itu di pengang rapat.

     “Asal pulak? Selama ni kau tak kisah pun ber ‘aku kau’?”

     “Aku akan cuba jadi abang kau..Abang. Naufal” Edy membuat isyarat. Dirinya sekarang bukan aku  tapi Naufal dan Edy bukan kau tapi abang.

     “Abang??kau ni demam ke?” di letak tapak tangan kedahi Edy. Edy merengus. Melihat ketawanya. “kau marah ek?”

     “Mesti lah abang serius”

    “Aiseh..dah praktis nampak? Hah? Tak kekok aku dengar”

   “Yelah..abang nak jadi pelindung Naufal. Abang anak tunggal. So Naufal la tempat abang beri kasih sayang”

    “Wah..versi romeo buang karat ke jiwang karat?”

    “Naufal..” kepalanya dah jadi habuan ‘buah keras’ Edy.

    “Melampau..”

    “Aku geli la bro..tapi tak pe lah demi kau” kepalanya sudah diusap berulang kali oleh Edy. “good girl”

      Naufal dah tak mahu ingat.  Sudah empat tahun Abang Edy menyepi dari hidupnya.

     “Mulai dari sekarang mummy nak kamu lupa siapa Edy, so tumpu your study untuk final exam.” Semenjak itu dia cuba melupa kan siapa Edy. Siapa abang dihatinya. Dan sekarang abang muncul pulak. Tapi bukan Edy, Rayyan? Betul ke nama si mixed tu Rayyan?

     Arghh..peduli apa. Bukan masuk exam pun nak full in the blank. Naufal melihat sekeliling biliknya. Macam ada yang tak kena. Macam di cerobohi. Ada orang geledah barang-barang aku ke? Buk Lijah ke? Hurm… buk Lijah kut? Nak mengemas bilik.

      Dia teringat Team. Dia ingat nak keluar tolong Team berniaga ABC cuti ni. Tapi dia awal-awal lagi dah dijemput papa. Balik rumah. Motor pun dia tinggalkan di tempat parkir hostel.   

      “Sampai hati kau naufal” Team dah buat muka separuh nyawa.

     “Sorry arr..aku memang nak pegi tolong kau.”

      “Besa la orang dah ada keluarga so aku yang sebatang kara ni mana nak ingat lagi dah..”Mula dah Team ni. Kalau bab ayat sedih separuh nyawa serah jek kat Team tahu lah dia nak mengayat. Kalau Koji dengar memang separuh nyawa Koji serah kat si Team ni.

       “Team..sorry la beb. Haaa..apa kata kau ajak Koji tolong kau nak?”

       “Hotak kau!” kepala dia sudah disekeh oleh Team. “Aci kerat jari la aku nak ajak dia”

        Dia sudah tergelak besar.

       “Apa kau Naufal… mana aci, main nama Koji. Hilang selera aku tau.”

       Opie, Cu’a , Nik dan Pat masing-masing ada hal. Balik kampong la.. Assignment tak siap la. Sepupu datang la. Last dia je yang tak da keja. Sebab tu dia janji nak tolong Team. Tapi papa pulak ada agenda datang jemputnya. Dan cuti dua hari ni dia kena duduk rumah mewah ni. Selepas itu pergi kelas balik kelas kena balik rumah ni jugak untuk tempoh dua minggu.

      Kata papa dua minggu ni adalah minggu suai kenal. Macam masuk Kolej jek. Kolej Happy Family. Dua minggu ni untuk pra sesi. ( M.S.R ) ‘minggu siratul rahim’. Acara- acaranya adalah. Kena jaga attitude bila ada mummy. Kena jadi budak baik. Bersuai kenal dengan ahli kelaurga yang terdiri  papa, mummy, abang dan Nadira.

     Awal sesi dah kena cuit dengan abang. Kononnya mesra alam. Lepas tu kena tengking dengan mummy. Dan seterusnya coming soon…nasib..nasib..

    Huawaa..baik aku pegi tolong Team jual ABC kat simpang empat.
 Boring…..
     


Edy
BAB 10


         Baju ni cantik mummy..”Nadira menyuakan gaun malam berwarna merah hitam itu. Mummy mengambil lalu membeleknya dan mendekat gaun malam itu ke badan Nadira. Cuba membayang. Adakah  sesuai dengan si pemakai.

        “Dira nak ke? Mummy rasa gaun terlalu matured. Sesuai perempuan berumur 30 an” komen mummy. Mummy memang pandai bergaya. Pandai  matching kan baju. Butik ni pun butik mummy.

         “Abang cantik tak?” Soal Nadira membuat Rayyan berhenti membaca newspaper. Dilipat newspaper itu.

          “ No..”

          Rayyan menggeleng kepalanya.

          Segera Nadira meletak kembali gaun malam itu. Rayyan hanya tersenyum. Cerewet jugak mummy dan Nadira. Mana tidak sudah hampir dua jam mereka di butik mummy. Semata-mata nak pilih gaun untuk majlis anniversary nanti. Bukan pilih baju pengantin.   

         Baru Rayyan perasan. Mereka semua berempat.

         Dia, mummy, Nadira dan…ha..Naufal!!

          Mana Naufal? Ke mana budak ni? Puas matanya meliar sekeliling butik mummy. ‘Don’t have!! Lost!!! Missing!!!

          Dia rasa pasti Naufal boring dan keluar jalan-jalan dalam Shopping complex ni. Dia pun boring. Rayyan bangun dari sofa tempat menunggu disudut butik itu.

      Papa tak ikut katanya ada hal nak jumpa Datuk Shafie. Rakan kongsi papa dalam perniagaan. Apa lagi mesti apa main goft dengan uncle Shafie la tu.

       Dia la bertanggungjawab jadi bodyguard tak berbayar untuk follow up tiga jelitawan Datuk Syed Razzak. Tiga jelitawan? Rasanya dua je kut? Satu tersingkir atas sebab-sebab yang tidak diperakui sebagai jelitawan.

        “Mummy…” panggilnya. Mummy memandangnya sambil tersenyum. “Abang keluar kejap ye”

       “Okay..”

       “Abang nak pegi mana?” soal Nadira.

      “Hurmm..abang haus la”

      “Atas meja tu kan ada air, Erma sudah sediakan” Yup! Betul kata Nadira. Botol air mineral Erma pekerja mummy yang hidangkan di situ. Tapi reasonnya sekarang dia boring…

      “Tak apa..pegi la abang manalah tahu abang nak minum air lain kan?” that’s great!! Mummy faham. Mummy tahu dia bukan haus tapi dia boring.

       “Haah..”

      “Dira nak ikut lah” Azab…. Si Dira ni satu hal. Kemana sahaja dia nak pergi pasti nak ikut. Nasib tak boleh kongsi toilet jek. Kalau boleh hatta nak pergi toilet pun Nadira nak ikut. Huhh!

      “Hishh…habis mummy? Nak tinggal mummy? Ni baju Dira sapa nak pilih?” Bagus mummy..bagus. Dia dah selamat. Akhirnya Nadira mengalah.

      “Kalau dah siap telefon abang..kay”

      “Baju abang and papa mummy pilih kan ye”

      “Okay..mummy tahu kan size abang?” mummy menganguk sambil membalas senyumannya. Mummy boleh jadi the Good Wife dan tambah satu gelaran  the good Mother.

     Rayyan berjalan ditepi kiosk-kiosk. Sahaja dia menjamu mata melihat barang-barang yang tergantung dan dipamerkan di kiosk itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Matanya tajam memerhatikan  seorang gadis tomboy sedang enak menikmati burger di McD.

      Ooo….di sini rupanya jelitawan yang tersingkir tu. Mummy dengan Nadira sibuk pilih baju. Kau sedap jek menjamah burger. King pulak tu. Mulut kecik jek.

      Rayyan tersengih.



       Berasap punggungnya menunggu mummy dan Nadira di butik tadi. Enak juga dia melayan perasaan sambil menjamu perutnya dengan burger di McD ni.
   
      Dia rimas pilih-pilih baju berjam-jam. Dia tak suka. Dia juga boring. Tak ikut, papa paksa katanya dia mesti turut serta untuk aktiviti keluarga. Tragisnya..

       Masuk dalam pointer CGPA tak apa jugak. Boleh la cover yang lain ini tidak bagai nak menjerut lehernya jer diikut benda yang dia tak suka.

       Ngup!! King burger separuh, selamat masuk dalam perutnya. Dikunyah perlahan-lahan nak menikmati keenakkannya.

      “Naufal!!!” ya Allah.. sisa burger  yang baru nak melepasi kerongkongnya terus tersangkut dengan terjahan itu.
      . Suara jin afrit mana lah yang mengacau makannya. Dia terbatuk-batuk. Tersedak. Cuba mintak air. Uhuk! Uhuk! Uhuk!...matanya sudah berair.

       Rayyan cemas. Rupanya jin omputeh. Patut lah tak beradap. Main sergah jek tak tengok dah orang tengah buat apa!

         Sorry..sorry.. minum air ni” Rayyan menyua air coke yang berada ditepinya. Namun batuk Naufal semakin menjadi-jadi. Diurut belakang Naufal.

        Rayyan mengerut kening. Dahinya berombak tsunami. Dia tak faham bahasa isyarat Naufal yang menunjuk ibu jari kemudian dibuat seolah-olah ditunggang ke mulutnya. Nak air lah. Tapi bila dia berikan air coke Naufal menolak. Heran…????

       Matanya melihat sekeliling, kebanyakkan pengunjung di situ melihat geladat mereka berdua. Mereka berdua ibarat real movie.

       Excuse me sir…” pekerja lelaki yang memakai cap serta baju uniform McD menyua botol air mineral kepadanya. Belum sempat Rayyan mengambilnya Naufal cepat merampasnya kemudian gadis itu menunggang dengan rakus. Hilang seri perempuan budak ni..huh!

        Sebaik sahaja batuk Naufal reda. Dia mengusap lembut belakang gadis itu. Dan selepas itu dia cuba mengelap air mata gadis itu. Kesian pulak dia melihat keadaan Naufal. Bagai separuh nyawa melayang. Namun tangan nya ditepis kasar.

      “Abang mintak maaf ye” Rayyan mengukir senyuman gula kapas.

      “Kepala hotak kau!” ya tuhan ku..melopong mulutnya. Rugi sahaja iklan yang memapar bahasa jiwa bangsa kalau si tomboy ni tengok. Rayyan ukir lagi senyuman. Adik barunya ini liar sikit. Puji pun tak jinak-jinak inikan bercakap lembut tak da gigi pun tak berguna jugak..Azab…

      Namun hatinya tertarik.

     “Aku rasa macam dah separuh di alam roh tau tak! Kau nak aku mati ke?” Eh..tidak!! Rayyan cepat-cepat mengeleng kepalanya.

      “Aku tahu la. Orang macam aku buat menyampah jek. Elok mati kan senang..aman sikit dunia ni. betul tak? Kau suka kan?”

     Rayyan mengeleng lagi.

     “Bukan…abang Cuma nak shock Naufak je”

    “Lawaknya shock kau?  Sampai roh aku lari lintang-pukang” Rayyan tergelak besar. Ada ke roh dia lari lintang-pukang? Dilihat laman wajah NAufal. Ada riak marah disitu..

       Dia lain dari yang lain. Berbeza dengan Nadira. Berbeza dengan Sherry.

      “Woi..aku tengah hot ni! Kau boleh gelakkan aku ? ni mata aku dah menyala-nyala anytime jek nak fire kau!!” Dia bengang. Tak faham bahasa betul la si mixed ni.

       Dia menghembus nafas keatas. Anak rambut yang menjuntai di dahinya berombak-ombak keatas. Untuk beberapa kali.

     ‘Ceh!!!..konon nak tunjuk samseng kampong dusun!’ Rayyan tak heran. Dia ketawa lagi.

          “Lorh..kau ni giler ke apa? Haila…apapun yang penting sekarang kau bayar ganti rugi aku” pulak dah..ganti rugi? Rayyan dah terpenpam disitu. Budak ni macam-macam fiil. Haru!!

         Namun dia hatinya terhibur melihat cara Naufal. Mungkin bagi sesetengah orang atau mummy Naufal agak kasar. Tapi baginya Naufal nampak gadis yang riang dengan keletahnya sendiri.

        Rayyan tersenyum.

       “Sewel” ngomel NAufal. Pelik dia melihat lelaki mixed ni. Tersengih-sengih kemudian ketawa. Ajak bersilat baru tahu. Kung fu ke? Mau terkangkang  si mixed ni dia kerjakan.

      Aku buat lawak ujang ke? Ke bujang sepah?

       Rayyan ketawa pulak. Haru…

       “Okay…abang pegi belikan yang lain” dia sudah bangun untuk ke kaunter.

       “Tak yah..kau bagi jek seratus ringgit senang cerita tutup kes!” dia tak jadi ke kaunter terus duduk. Dilihat wajah Naufal yang tersenyum jongket sambil mengangkat kening.

         “Tutup kes?”

         “Ye la..aku boleh saman kau kerana menggangu ketenteraman aku dan juga orang awam dan saksi aku banyak. Tu..tu…semua saksi aku” Naufal menjuih mulut menunjuk kebanyakkan pengungjung di situ sebagai syarat saksinya.

        “cepat la..give your money” selamba naufal menadah tangan digamit anak jarinya berkali-kali mintak diisi not RM100.

         “Are you kidding me?” lor..mixed ni keluar bahasa omputeh pulak. Nak berdalih la tu.

         “Cepat la…wei” Rayyan tersenyum. Sengaja dia main tarik tali. Seronok juga menyakat Naufal. Kalau Nadira tak layan sangat habis malas gadis tu dah surrender. Ini lain makin disakat makin menjadi perangnya.

          Baru adventure!!!. Tercabar kelakiannya.

         “Mahalnya burger and coke ni sampai seratus. Ni cekik darah…”

         “Toya kau ni. Macam aku kata lah nak tutup kes kau.” laman muka tu sudah masam tapi mengancamnya!

        “Kalau abang tak mau kasi?” diangkat pulak kening sambil memandang laman wajah itu.

       Dia tak kisah nak bagi duit setakat RM100 tapi dia seronok menyakat.

       “Aku kasi kapak kau punya kepala. Mau?”

       “Hush…ganasnya”

      “Mau tau la.. Dengan kau ni  war no peace tau!!!” Naufal mula rimas. Si mixed ni tak faham-faham bahasa nak aku cakap bahasa omputeh ke?. Muka separuh penjajah itu ditenungnya tajam. Tersengih-sengih muka separuh penjajah itu membalas renungannya.
Aik? Tak tergugat ke? Tak takut ke?

       “Cepatlah..”

       “Okay..Tapi dengan syarat Naufal kena teman abang jalan-jalan kat shopping mall ni. Boleh?”

       Rayyan mengangkat kening.

       Kepala Naufal ligat memikirkan tawaran si mixed ni
.
      “shopping? Kalau shopping aku give up! Elegi sepi. Jalan-jalan  jek no hal”

      “Jalan-jalan je..okay?”

      “Cepat la bagi duit tu dulu..”  Rayyan mengeluar walletnya lalu di keluar not RM 100, kemudian diletak atas tapak tangan yang sudah sedia menadahnya.

        “Macam nilah bro.. Duit ringgit ni jangan kedekut nanti tak kaya-kaya tau. Tengok berapa ramai orang kaya kena rompak sebab apa? Sebab tak keluar zakat. Sebab kede! Makin banyak kita keluar duit makin murah rezeki kita.” Naufal tersengih sambil mencium not RM 100. kemudian dimasuk ke dalam kocek seluarnya.

           Rayyan hanya mengeleng sambil tersenyum.

           Naufal mengerling Rayyan dengan sebelah matanya. ‘Bila  lagi aku nak tapau kau’ ngomelnya sambil menahan senyuman yang semakin mekar dalam hati. Si mixed dah kena kerek dengan aku!

         “Jom…teman abang cepat!” ditarik tangan Naufal lalu dikepit dicelah lengannya. Macam kebiasaan Nadira memegang lengannya. Tapi yang ni kena kepit.

         “Hoo..ho..Ops! pegang-pegang tangan not in my books okay..Macam anak kucing kena tambat jek” ditarik tangannya kemudian ditolak badan Rayyan ke depan.

          “Dah..kau jalan dulu aku follow kau dari belakang.”

         “Teruk betul la adik abang ni” pipinya sudah jadi sasaran Rayyan. Dia ingat aku ni anak kucing ke? Naufal menepis. Diusap pipinya yang sudah jadi sasaran cubitan Rayyan tadi.

         “Don’t touch my check. Oke!”

         “Full face!!”

         “What? Baby face la..”

         “Laa..perasan jugak adik abang ek? Orang puji tak mau lebih rela masuk lif tekan sendiri” Hahaha..pandai jugak si mixed ni buat peribahasa sendiri.

         Rayyan gembira. Laman wajah itu sudah ada tawa.

        Naufal menyumbat earphone ke telinganya. Dia jadi segan pulak bila mata si mixed ni asyik memandangnya dengan seribu tafsiran. ‘secret’: one republic mula membuai hawa telinganya.

        Rayyan mengeleng sambil tersenyum. Sempat lagi layan lagu sambil berjalan budak ni. Rayyan hanya memerhati tingkah laku Naufal.

        “Boleh tak jangan dengar lagu. Abang nak berbual dengan Naufal.” Dikuatkan volume dan berjalan kedepan tanpa memandang Rayyan.


        “Mummy, abang pegi mana hah? Tak balik-balik lagi ni” soal Nadira cemas. Dia mahu Rayyan bersamanya.

        “Abang boring Dira. Abang lelaki bukan macam kita perempuan. Cepat boring tambah pulak kena tunggu berjam-jam dekat sini.” Jelas mummy sambil membelek blaus yang baru diambiknya tadi.

        “Naufal?”

       Baru Norina sedar. Naufal ikut bersama mereka tadi. Tapi Naufal sudah lama menghilang terlebih dahulu dari Rayyan.

      Budak itu pun macam lelaki. Baju taste apa la yang dipakai budak itu pun sikit dia tak berkenan. Tak da feminine langsung!

      “Entah! Mana mummy tahu..”

     “NAufal ada bersama dengan abang pe?”

     “Dah la..mummy pelik dengan kamu ni. Asyik sibuk sangat hal dia orang kenapa? Dira nak cantik tak malam anniversary nanti?”

     “Nak la mummy. Tapi Dira risaulah dekat abang”

    “Alah..abang kamu tu bukan budak kecik nak di awasi 24 jam. Cepat! Tolong mummy zipkan blaus ni” Nadira hanya menurut.

       Dia sunyi. Kepalanya asyik memikir abang Rayyan dan Naufal. Mereka berdua pergi mana ek? Mereka tengok cinema ke? Mereka makan bersama ke? Atau Naufal buat kerja sendiri. Abang Rayyan buat hal sendiri. Masing-masing tak ke temu.

         Naufal pun satu hal. Orang ajak join sekali untuk pilih baju nak pakai majlis nanti tapi dia sudah blah awal-awal lagi. Dia perempuan patutnya taste macam aku.

         Namun dia tahu NAufal bukan sepertinya. Tingkah laku Naufal agak kasar. Stail NAufal lebih kelakian.  Sudah tentu Naufal rimas pilih baju ala feminine di sini tambahan pulak kena tunggu lama semata-mata nak cari baju yang cantik.
        

     
         “Nak masuk ke?” soalnya sebaik sahaja melihat langkah Naufal berhenti tiba-tiba di depan kedai games. Tanpa menjawab soalan Rayyan. Naufal terus melangkah masuk ke dalam kedai video game itu.

         Dilihat kebanyakkan pengungjung disitu anak-anak muda sebaya Naufal ada yang lebih muda dari Naufal tapi yang hairan tak da yang lebih tua darinya dan yang pasti dialah yang paling tua di situ. Tekaanya.

          “NAufal nak main game ke?” Dia membisik ke telinga Naufal yang masih ada earphone. Dengar ke budak ni?

          “Hurm…”Nasib baik dengar. Dia mengikut langkah Naufal ke kaunter.

          “Naufal suka main game apa?”

          Dia mengerling Rayyan disebelah. “Busybody betul la..macam mak nenek. Itulah. Inilah. Jiwa kacau betul la kau ni” ipod di offnya.

          “Ayah kau ke Fal?” soal lelaki yang jaga kaunter itu dengan ramah cuba berseloroh. Budak itu kenal ke dengan Naufal? Ayah? Celupar betul mulut budak ni. Muka aku  sikit punya muda kata ayah? Kalau abang boleh tahan lagi.

         Rayyan mencerlung pandangannya cuba mengancam budak itu.

         “Ayah baru aku. Lepat aku nak tukar lima ringgit je”

        lima ringgit jek? Apasal kau tak pau je ayah baru kau” seloroh budak yang dipanggil Lepat itu. Lepat? Apa ke pelik nama budak ni. Lepat pisang ke? Ke lepat ubi?

        Dilihat Naufal sudah menukar duit RM 5 dengan beberapa keeping token.

        “Nama pun ayah baru kena la bersabar sikit kalau awal-awal sudah pau mau lari la dia” si Lepat tu ketawa mengekek. Macam lucu sangat. Sekali aku ngup! Makan kau baru tau. Nama pun Lepat.

      Rayyan mencebik. Dia hanya mengikut bontot Naiufal “Abang punya tak ada ke?”

     “Peras ugut kat budak nampak? Kau dah keja. Sendiri belanja la…”Naufal menjelir lidah. “Parasit betul kau ni”

     Ya Allah dia kata aku parasit. Budak separuh jantan memang mencabar kelakiannya. Mulut tak da insurans!

      Rayyan mengukir senyuman. Sabar Rayyan dia adik kau. Dia budak kecik . Rayyan kembali ke kaunter semula untuk menukar duit dengan token.

     “Berapa pok cik?”

     “Abang lah. Aku baru 28tahun… Nah tukar lima ringgit je” si Lepat tu sudah tersngih sambil mengaru-garu kepalanya. Ada kelemumur ke?

      “Sorry bro… Saya Cuma bergurau je” Dia hanya mengangguk. Selepas menukar token dia kembali kepada Naufal. Dilihat NAufal sedang asyik menembak dengan senapang plastic itu yang menghala ke skrin didepannya. Gaya Naufal nampak macam pro. Selalu datang sini main la tu kalau tidak masa kan si budak nama Lepat tu kenal dengan Naufal.

       “Abang nak main apa ey?” dikerling Rayyan sekilas pandang.Baru dia perasan t-shirt yang dipakai Rayyan itu ada lambang Machester United . Teruk betul la hidup aku kali ini dapat jumpa abang Red Devil. Agaknya mak dia ni bagi makan apa? Mulut tu macam mak nenek!

      “Main aci nyorok. Mau?” Naufal sudah berhenti menembak.

         Ada ker?” Haila…mak dia ni makhluk asing ke? Naufal mahu ketawa melihat Rayyan terpingga-pingga. Dia tak habis lagi belajar bahasa melayu ni.

          “Apalah kau ni red devil..nak main aci nyorok balik rumah lah”

          Naufal tersenyum.

   Hati Rayyan berbunga. Cantiknya lesung pipit dia. Patutlah senyumannya berharga. Baru dia perasan Naufal memiliki senyuman yang cantik dengan sebelah lesung pipit sebelah kanan pipinya.

          “Yeke? Nanti kita balik kita main nah..” aduilah..papa! ni anak sapa? Naufal sudah mengaru keningnya.

         “Blue..Kau tak beritahu abang pun” Dia pulak mangambil part di sebelah Naufal. Kemudian dia mengambil senapang plastic yang tersangkut sebelah skrin game itu.

         Disumbat dua keeping token.

         Naufal mengerut keningnya. Heran? “Bagi tahu apanye?”

         Lama dia menanti jawapan Rayyan sudah giler menembak. Kesian. Macam baru dapat senapang je.

        “NAufal minat football”

        Lorh…benda tu ke? Aku ingat apa la tadi.

        “Ek eleh…Buat apa bagi tau kau. Kau ni fan ke?” si mixed ni macam kena sampuk. Tak terkutik langsung dengan soalannya. Si mixed pulak yang over action. Dia lihat si mixed ni yang berapa kali mampus kena tembak. Tapi action je lebih konon macam penempak handalan.

        Nasib baik tak mewakili Negara untuk acara menembak. Kalau tidak….Haru…

      “Sabtu ni aku ada versus. Kau nak join dak?” sengaja dia ajak-ajak ayam.

      “Football ke?”

      “Futsal” game is over! Rayyan menyumbat lain token. Dia sudah jadi ketagih bermain. Tak puas hati beberapa kali dia asyik mati sedangkan mata yang di kumpul tak sampai ketahap winner.

      “Boleh jugak..Campur team laki dan perempuan ke?”

      “Kau main sebelah laki la bro. aku ajak jek”

      “Hurm..tapi abang tak pandai sangat main”

        “Lorh…red devil tak pandai main. Leceh aarrr..”

        “baju ni abang pakai je. Abang sokong je mana-mana team football ni. Haaa..barcelona pun abang sokong”

        Naufal mula menembak lain.

       “Tapi kau pakai M.U punya shirt?”

        “T-shirt je tak da makna apa-apa.”

       “Ceh! Pengkhianatlah..!!” ngumannya

        “Apa?” Rayyan sudah tidak dengar. Ruang itu bising dengan bunyi video game yang membingit telinganya.

      “Pembelot”

      “Kenapa pulak?” Rayyan kalah lagi. Naufal menang.

     “Tengok aku ni. Blue in my life” Naufal meletak kembali senapang plastic. Dia membuka jaket hitamnya. Polo shirt yang dipakainya dikibar-kibarnya sebelah depan yang ada lambang Chelsea.

       “Eleh..konon..” Rayyan menjuih bibirnya.

      “Dengan Blue peace no war. Kau ni seteru aku red devil ke? Barcelona ke? Ac Milan ke? Aku fire jek” diambik semula senapang plastic diacu kearah Rayyan. Peng! Peng! Sengaja dibuat bunyi tembakkan. Rayyan ketawa. Digosok kepala NAufal berulang kali.

      “Ish…kau nil ah” ditepis tangan Rayyan. Dia rimas. Tingkah laku si mixed macam abang Edy. Hatinya pedih.

      Chelsea pun abang sokong jugak.” Tiba-tiba blackberrynya berbunyi.

      “Hello..Haaa..Dira! kenapa?” Nadira yang call rupanya. Naufal beralih pulak ke ‘driving game’. Malas nak pasang telinga dengar perbualan orang. Dia bukan spesis itu.

       “Abang tengah jalan-jalan jek. Bising? Besa la nama pun public memang bising”

      Dia pasang dengar jugak. Mana taknya si mixed ni cakap macam jauh sebatu. Abang! Sikit-sikit abang. Dengan mummy pun abang. Papa pun abang dan paling haru dengan buk Lijah pun abang jugak.  Konon nak jadi abang semua orang. Abang in the world.

          Satu lagi perangai si mixed ni yang dia tak suka. Suka menyibuk hal  orang. Semua nak tahu. Makanan kegemaran. Minuman la dan yang paling tragis ambition pun nak tahu jugak macam cikgu tadika je.

         Haila…malangnya dapat abang ekpress macam ni. Muka adalah separuh penjajah tapi mungkin banyak kemelayuan itu dia macam tak kisah orang cakap melayu kuno ke? Loghat utara ke? Pelat selatan, timur dan barat semua dia taram dengar. Macam dia faham benar.

        Nama pun mixed semua bercampur aduk lah. Variasion ..makan? alahai..jangan kata la nak tolak ke tepi sambal belacan. Hendaknya ditarik lagi dekat dengan pinggan adalah ditambah pulak dengan ulam-ulam, aku yang menengok pun terliur.

       Hantu laksa. Ingat balik rumah tak da siapa yang berebut makan dengannya. Dia saja hantu laksa tapi si mixed ni pun taram jugak jadi hantu laksa.

         Buku komik aku satu lagi, habis di khatam si mixed ni patut lah bilik aku tu macam di ceroboh je.Agaknya disana si mixed kena washing dengan serbuk pencuci made in malay kut? Cakap omputeh jarang sekali keluar tapi kalau berborak dengan temannya di telefon mau cair taik telinga aku mendengar. Cair macam si mixed ni speaking English sepatah haram pun dia tak faham laju macam jet je.

        Dia menang lagi.

        Disumbat lain token ke lubang mesin itu.

       “Jom..Dira cakap dia dan mummy dah habis shopping. Mummy dah pilih baju kat Naufal”

      Haa? Yeke? Dia tak percaya. Terharunya. Ke si Nad tu yang pilih. Baju apalah agaknya nak di padan dengan aku untuk majlis nanti. Gaun? Skirt? Mulutnya sudah ternganga..

          Aku kena tukar channel ke? Rayyan tersenyum melihat lagak naufal. Apalah difikir budak ni. Tangan Naufal diraih ke dalam gengamannya. Dadanya berdegup kencang. Hatinya sejuk jadi suam. Dia selesa memengang tangan itu.

         Naufal tersentak. Tangannya kini berada dalam gengaman si mixed. Dia terpaksa mengikut langkah si mixed itu.

        “Token tak abis lagi..” disua token itu ke muka si mixed.

        “Kasi dekat orang la..” Rayyan mengambil token dari tangan Naufal lalu diberi kepada budak remaja yang sedang menekan button fire pada mesin video game di situ.

        “Nah..ambik je dik. Free..kakak ni belanja” ek..ena..mamat mix ni memandai je bagi token aku dekat orang mentang-mentang token dia dah abis taka pa la tak rugi. Aku ni yang rugi. Lepas tu sesuka hati je pegang tangan aku. Hempeh!!

        “Terima kasih..kak” budak ni pun satu. Seronoklah dapat free.

         Dilihat Lepat tersenyum melihat perilaku mereka. Lepat siap melambai tangan lagi sebaik sahaja dia dan si mixed ni melangkah keluar dari kedai video game itu.

        “Weh..abang! kau pegang tangan aku la” terkeluar juga abang.

        Rayyan berpaling memandang parasnya.

          Ada salah ke?”

          Langkah mereka terhenti.

         “Salahlah..aku rimas la” Naufal meleraikan pautan tangan Rayyan. Rayyan tersenyum kemudian diraih bahu Naufal erat kedadanya sambil memula langkahnya.

          Naufal mengikut dengan paksa

          “Weh abang! Kau tak reti bahasa ke?”

          “Haaa.haaa..tau pun Naufal panggil abang. Abang!”

          “Laa…aku tatau la nama kau. Tak!! Aku lupa nama kau.” Dipandang paras si mixed ni. Maskulin betul si mix ni. Boleh tahan tapi aku tak tahan dengan perangainya.

          “Nama kau apa ey?”

          “Abang!!” dieratkan lagi pelukkannya. Dia mula tertarik. Hatinya mula berbunga cinta.

         “Lepaslah…rimas aku!!” Naufal cuba meleraikan pelukkannya. Pasangan yang lain hanya melihat gelagat pasangan itu cuba menolak dan menarik masing-masing. Ditolak sekuat hati tubuh si mixed itu jauh darinya. Dia berjaya. Dia cuba mengelak bila si mixed itu ingin meraihnya.

          “Ooo..mengelak ye” Naufal ketawa melihat Rayyan hamper-hampir tersungkur bila dia mengelak dari dipeluk. Dimple itu timbul lagi kali ini lebih dalam dari senyuman..Rayyan hanya memandang tanpa kedip! Azab..Papa! anak papa nama Rayyan ni jatuh hati dengan anak mummy nama Naufal.

          Disaat itu dia rasakan Naufal paling comel. Naufal paling cantik dari Nadira. Dari Sherry. Giler!!! Budak tomboy separuh jantan kau kata cantik? Comel?

         Rayyan mengeleng kepalanya. Naufal hairan? Apasal pulak dengan si mixed ni? Kena sampuk ke?.

         “Abang.!!!! Naufal!!!! Sinilah…” mereka sama-sama memandang si pemanggil itu. Nadira melambai-lambai tangannya.

         Behaviour  Nadira…” tegur mummy. Norina tak suka cara Nadira seperti kebudak-budakkan terjerit-jerit dalam shopping mall itu. Mereka bergerak serentak ke arah Nadira dan Mummy.

         “Abang dengan Naufal pegi mana?” soal Nadira sebaik sahaja mereka berada didepan Nadira dan Mummy.

         Mereka saling berpandangan. Nadira jadi cemburu. Abang Rayyan nampak selesa dengan Naufal. “Jalan-jalan je. Kan tadi Dira tanya abang jugak dalam telefon” Rayyan tersenyum. Dia memandang mummy yang sarat dengan beg-beg kertas berisi pakaian mereka.

         “Biar abang pegang mummy” dia mengambil beg kertas itu dari tangan mummy.

         Thanks my gentleman..” Naufal menjuih bibir. My gentleman eaa..geliman adalah!! Tadi naik seram dirinya  bila si mixed ni peluknya.

          “Abang..mummy pilih tema baju kita maroon. Okay tak? Baju abang pun mummy pilih same colour dengan papa tapi papa cantik lagi la” seloroh mummy.sambil menepuk lembut bahu Rayyan.

          No wonderlah..mummy he’s your hubby  yelah tu. Boleh gurau pulak monster house ni. Dengannya haram…sikit-sikit ‘Don’t…don’t… Macam aku ni pengacau hidupnya.

           “Naufal?” bagusnya abang mithali ni tolong tanya lagi untuk aku. Huaawwaaa..terharulah jugak…

           Ada…Dalam beg tu. Tadi mummy dengan Nadira sibuk choose baju dia tak da sengaja hilangkan diri. Sekarang mummy dah pilih ambik je la. Not choice!!”

            Naufal senyum plastic. Not Choice? Baju skirt ke? Macam tarzan? Memang tak da pilihan pun kat butik mummy tadi. Semua blaus, skirt., gaun. Huawaa.. tadi terharu sekarang terkelu. Nak kata apa lagi say thank you to mummy la.

          “It’s okay..mummy. thanks” dia senyum gula kapas yang dah cair. Not choice!! Bagi aku not my taste!!!

         “ Okay…Sekarang kita nak pegi spa mummy pulak. Kita sauna selepas itu facial muka and massage badan boleh?” Rayyan dan Nadira sudah mengukir senyuman mekar. Naufal? Muka dia hangit pun tak kisah asal tak yah pegi ke spa mummy.. Geli semua benda itu terpaksa dia ikut.

         “Abang boleh ke mummy?”

         “Boleh..Mummy ada pekerja lelaki untuk massage badan. Facial muka abang nak buat juagk ke?” 

         “Abang mau je. Lagipun lama abang tak manjakan diri” Manjakan diri?..Dia dengar pun sudah tercacak bulu hidungnya. Tapi itu penjagaan diri untuk lelaki maskulin macam si mixed ni.

         Rayyan tersenyum melihat Naufal sudah kaku tidak bergerak. Macam patung display baju. Dia tahu Naufal tak suka benda-benda alah macam ni. Alah perempuan lama-lama dia tahu Naufal akan suka juga benda-benda macam ni Cuma tak sekerap macam Nadira.

         “Elergi sepi ke?” dia membisik ke telinga Naufal. Nadira hanya memandang kemesraan abang Rayyan dengan Naufal.

         “Bukab elergi dah..tapi fobia” Rayyan ketawa.

         “Kenapa abang?”

         “Naufal fobia..” Nadira ketawa kecik. Naufal menghembus nafasnya ke atas. Anak rambut yang menjuntai ke dahinya berombak ke atas. Fiilnya. Rayyan tersenyum sedangkan hatinya sudah bermelodi cinta.

         Peace no war tapi no freedom. Mummy nampak tak bengis. Baik jek hari ini tak da jelling-jeling maut dan cakap macam pedang samurai membelah hatinya tapi tu la aku pulak kena jadi Naufara bukan lagi Naufal….Semuanya gara-gara nak jaga hati mummy dan semua orang. Papa you’re winner!! Nak happy family……



Tiada ulasan:

Catat Ulasan