http://www.fullmusik.co.cc/

Rabu, 2 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA



BAB 1

          KEHIDUPAN…..ada indah, ada bahagia, ada suram, ada sunyi, ada derita, ada makan…ops! Makan.. hurm  hidup ni macam perisa. Perbagai perisa dalam makanan.
Contoh :

 pahit = derita..

Masam= suram

Manis = bahagia
.
Tawar = sepi.

            Tapi kalau payau? Indah ker? Takdalah…kalau payau pening macam hidupnya kini.
Tapi ..kalau masam-masam manis? Alah macam kita makan masakan soupsourlah..manis + masam = derita dalam bahagia..no..suram dalam bahagialah Naufal…

          Kehidupan juga satu jalan yang harus kita tempuhi, tiada jalan lain hanya talian hayat sebagai tali untuk berpaut. Hanya solat, doa dan tawakal adalah jalan selamat untuk berserah diri kepada yang Esa. Kehidupan juga dinamakan mimpi ngeri bagiku..yang bernama Naufal…

         “Naufal, mummy dah kahwin lain” mesej pesanan khidmat ringkas ( sms) dibacanya dalam hati. ‘Dah kahwin’ huh..baru nak beritahu ker?

         “Congrats mum!!!, hepi untuk mummy” No..no..no..Dipadamnya semula.

         ‘oh! Mummy dah kahwin ek? Surprisenya!’ okay dak ayat macam ni? No..no..no.. dipadamnya lagi.

         ‘Hahaha..bestnya mummy dah kahwin boleh dapat adik baru’ Giler! Mummy dah nak menopous, adik taik kucing kau!’ lama Naufal mengumam sendiri. Perlukah dia reply mesej Nadira ni?

         “ Ah! Baik tak payah reply mesej ni” mimpi ngeri bermula semula…tragis hidupnya. Tidak! Dia takkan rasa begitu lagi. Dia Naufal,  tak boleh rasa tak happy. Nadira pun satu hal. Kenapa beritahu berita terkini disaat ini. Dia tak boleh terima berita itu.layakkah dia membangkang sedangkan Nadira sendiri menerima ‘ayah baru’ dalam kehidupan mereka.

         Kalau dia tak suka pun mummy ada kisah? Memang mummy TAK AKAN  kisah lansung ketidak setujunya dengan perkahwinan baru mummy sebab mummy sendiri pun tak inform pun padanya berita ni dah tiga bulan kahwin baru nak suruh Nadira beritahunya atau Nadira sendiri yang memandai beritahunya padahal mummy tak suruh pun.

         Kiranya lama jugak dia tak balik rumah. Naufal berjalan perlahan ke bilik hostelnya. Sejak dapat sambung belajar dekat kolej sama dengan Nadira sengaja dia apply hostel  walaupun tahun kedua tak perlu lagi untuk tinggal di hostel. Buat apa balik rumah kalau  hatinya disakiti. Hati sakit bagai luka yang terkena cuka dan cuka itu adalah kata-kata mummy yang berbisa. Bukan cuka biasa tapi cuka getah - asid yang menyimbah ke lubuk hatinya. Naufal melangkah keluar dari kelas yang dah mula penuh dengan pelajar lain course darinya..

       “ Kamu tak balik pun mummy tak kisah” dush..ada patut mummy cakap macam tu. Terus dia merajuk tak balik rumah bila time cuti jek ada saja dia plan buat aktiviti dengan kawan-kawannya yang spesis dengannya.

       “Mummy..” dipandang wajah mummy yang mencuka. Mahu hati aku tak kena cuka. Pedih! Dah muka mummy pun dah macam cuka. Kalau masam macam jeruk boleh juga dia makan. I like it!! Hihihi..

        “Naufal blah dulu..”

        “Wah..wah..sedapnya bahasa kamu” tahupun…mummy cakap tak beradap dengan aku, tak sedap ke bahasa mummy tu?? Terus dia tak peduli. Tangan mummy diraih  lalu dia tunduk mencium namun mummy cepat-cepat menariknya. Ada aku kisah? Itulah dia…sejak itu dia dah tak balik jenguk mummy. Dah lama tak cium tangan mummy yang lembut dan wangi. Salun dan butik mummy pun dia hanya lalu sekilas pandang saja. Dengar kata Nadira, mummy dapat modal dari ‘ayah baru’ buka spa pulak. Kayalah mummy sekarang ni dan yang penting baginya akaun bank sentiasa penuh macam teng minyak. Tiap-tiap bulan perlu diisi dan senang baginya nak pergi mana asal tak balik rumah. Ops! Rumah?

       “Naufal!..kita dah pindah ke rumah baru” Nadira tersengih.

       “Kat mana? Asal pulak dengan rumah lama” lepas habis kelas terus Nadira datang meluru kearahnya. Nadira course lain darinya, course kecantikan. Berbeza darinya course kejuruteraan elektronik. 

       “kat Ukay Perdana, rumah baru papa beli” papa = ‘ayah baru’. Patulah mummy nak jek pindah. Mesti besauuu dan cantik punya rumah tu

       “Haa..rumah tu cantik Naufal, rumah banglow  tiga tingkat ada swimming pool.” Macam faham jek si peunut ni.

       “Aku tak tanya pun” dia buat muka sejarah masihi = bosan.

       “ Alaa…tengok muka kau pun dah tahu  macam pengemis soalan mintak jawapan!” Nadira membetulkan tali beg dibahunya. Naufal garu kening. Tak tahu nak cakap apa.

      “ Nanti papa dan mummy nak buat anniversary…”

      “so?”

      “Papa nak kau balik la..lagipun dah lama kau tak balik. Tapi jangan kau balik rumah lama mummy dah buat renthouse” wah…kaya mummy aku ni. Kahwin dengan Datuk. Ada spa, salun, butik dan terbaru asset mummy rumah sewa pulak. Kereta? Dah tukar dari Grand lavina ke Toyota Alphad pe? Senyum sikit untuk mummy Naufal..=)

      “Asal kau senyum…suka ek? Kau mesti suka punya rumah baru kita. Papa dah booking siap bilik kau, sebelah bilik aku” Nadira menolak bahunya ala-ala gadis malu.ceh! Nadira senyum jongket diangkat keningnya “ Besar tau bilik kita, Naufal”

     “Ye..ye..barang aku macam mana??”

     Ada dalam bilik baru kaulah…tapi still dalam kotak lagi la, kau sendiri kemaskan” Naufal menganguk dijuih bibirnya. Nasib baik mummy prihatin lagi. Sebab apa? Sebab mummy bawa jugak barang-barang aku ke rumah baru ingatkan dah buang..huhu. Terharunya aku.

     “Nasib baik..aku ingat juga dekat kau. Aku tolong kemas barang-barang kau dalam kotak kalau ikut mummy nak buang je..sorry” airmuka Naufal dah berubah dari air warna warni terus jadi air kosong tak da kaler. Kejamnya mummy! Baru jek aku nak terharu rasa suam-suam kuku hubungan dengan mummy dan sekarang terus jadi iceberg. Si Nadira satu hal, tipulah sikit demi kebahagian aku. Ini tidak suka hati dia jek beritahu betapa careless kasih sayang mummy kat aku. “ kau sedih ke Naufal?”

     Nadira menyikunya

     “Apa kes nak sedih-sedih ni. Hidup aku macam pakai shampoo rejoice, enjoy dan happy jek” Naufal ketawa hantu. Walhal ketawanya tu buat sakit telinga dan hatinya je..kejamnya. “Dahlah aku nak balik dorm”

     “kau tak da kelas ke?”

      Dia sekadar mengeleng je.

     “Esok kau baliklah”

      Dia garu kening. Dihembus anak rambut yang terjuntai didahi, melayang-layang keatas. Seperti orang frust.

     “Tengoklah dulu…lagipun aku da game esok”
     “futsal?”

     “Hurm..” takda pun saja dicipta alasan. Malas balik…

     “Nanti aku send address rumah kat kau ye..bye!”

     “Idios!”

     “Apa?? Kau kata aku biul?” Nadira tak jadi angkat kaki.

     “Bukan biul tapi bonggok!!” hahaha..Naufal sudah lari menyenget sebab beg sandangnya tak stabil.

     “Naufal bonggok! Aku buat baik dengan kau pun salah!” marah Nadira. Tangannya digengam kalau Naufal tak sempat lari tadi dah singgah penumbuk itu ke bahu Naufal tapi gadis itu keras seperti lelaki last dia yang sakit tangan sebab pukul Naufal.


BAB 2

          NAUFAL balik ke rumah…Dia balik tak lama, cuma untuk mengemas barang-barangnya. Selepas clear barang-barangnya dalam kotak terus dia tertidur keletihan kerana hari ini kelas Encik Taufiq start pukul 9 pagi dan kelas Puan Aziah pukul 2 sampai pukul 3.30 selepas habis kelas terus dia balik ke rumah baru.
        
           Sebelum itu dia ada menelefon Nadira  tapi voice mail terpaksalah dia telefon pulak ke papa. Papa? Ke uncle lagi? Sebab telefon mummy tak angkat pun. Susahlah macam ne kalau dia nak balik nanti orang ingat dia penyamun. Weh…muka macam dia mana boleh cop muka pecah rumah, pecah hati adalah..

         Number phone papa pun dia dapat dari Nadira sebelum ni lagi tapi dia tak berani nak contact dengan papa. “papa cool jek, Naufal” itu kata Nadira dan terus jek dia berada dalam talian dengan papa.

         “Hello..”

         “Hello..who’s speaking?” papa aku ni omputeh ke? Sebelum ni jumpa, muka papa  made in malay jek.

         “Assalammualaikum uncle, ni Naufal” huh! Berdebar rasa macam jumpa menteri pertahanan pulak!

         “Waalaikumussalam..oo..Naufal anak papa” sejuknya hati aku. Macam berendam dalam icecube. “what’up? You have anyproblem? Money?”

        “ No..uncle, Naufal nak balik rumah so Naufal tak da kunci rumah” kedengaran suara papa ketawa.

        “Oh..my poor girl..terlupa papa nak suruh Nadira bagi kunci kat Naufal tapi tak pa Buk Lijah ada kat rumah”

        “buk Lijah?”

Papa ketawa lagi

        “Maid kita dari seberang..maksud papa Indonesia. Tak pa Naufal balik je nanti papa call rumah suruh Buk Lijah bukakan pintu ye”

        “ Okay, thanks uncle”

        “Oh my girl..jangan panggil pakcik lagi Naufal, papa dah kahwin dengan mummy. So call  me papa okay!”

        “okay pa!” hoyay!! Papa memang cool. Papa baik. Papa sporting. Tapi papa bukan papa kedana. Papa adalah Datuk Syed Razak bin Datuk Syed Rozim dan berkahwin dengan mummy yang kedana dari Norina binti Nordin ke titled  Datin Norina, Cuma kesian arwah  tuk wan tak dapat pangkat. Hehe best ler mummy tu..Naufal senyum untuk mummy..


          “Naufal tak patut dilahirkan” selepas Naufal pulang dari rumah banglow mewah tiga tingkat ke hostelnya, Norina terus rasa tak puas hati melihat anak itu wujud di rumah barunya. Tapi Suaminya berkeras mahu Naufal tinggal bersama.

          “kenapa ni, Ina?” Datuk Syed Razak mengerut keningnya. “Salahkah dia?”

           Norina mencebik. Naufal memang salah!

          “Salah! Memang salah! Dia dah menyusahkan hidup adik I, mak dan ayah I” dada Norina berombak. Perasaan amarah tiba-tiba menyerang bagai lava gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

          “Dia anak sial!”

          “Stop it, sayang. Don’t  swear her again,okay”

          “so? You jangan paksa I lagi untuk terima dia dalam hidup I. Dia dah buat mak dan ayah I malu, malu untuk terus hidup. Dia juga buat adik I menderita, menderita  kerana melahirkannya. Datuk Syed Razak mengusap lembut belakang isterinya. Norina sedikit tenang. Dilihat lelaki yang kini bergelar suaminya tersenyum memandangnya.

          “Don’t blame her, sayang” bisik Datuk Syed Razak lembut.

          “ You tak kisahkan kalau I masih marah dia? You tahukan siapa Naufal dimata I? you tahukan siapa Naufal sebenarnya kan?” satu persatu soalan dituju pada Datuk Syed Razak dan suami yang dicintainya itu menganguk satu persatu juga.

         “Hurm…stop about Naufal. Rayyan akan balik weekend ni …hurm…mybe sooner or later..?.”

         “Balik Malaysia?”Norita ceria semula. Sengaja Datuk Syed Razak mengubah topic. Biar Norina reda sebentar perasaan amarahnya.

         “Haaa..baguslah..you dah beritahu dia yang kita dah married?”

         “Dah…sebab tulah dia nak balik sangat. Kalau you nak tahu Rayyan bukan main excited bila dengar good news ni. Dia kata tak sabar nak jumpa mummy macam you” usik Datuk Syed Razak. Norina ketawa bahagia.

         “Dia tahu I ada anak?”

         “Tahu sayang, I dah story semua dekat dia about you and your children. Lagipun Rayyan suka sangat ada adik. Dia dah lama kesunyian. Kesian dia, I biar dia tanpa kasih sayang mama dan saudara-mara yang lain. Bila Rayyan sudah biasa keseorangan, I tinggalkan dia dengan kakak I di sana biar dia berdikari. Selfish kan I?”

         Datuk Syed Razak melepas keluhan yang panjang.

         “Rachel meninggal masa tu Rayyan baru dua tahun, Ina. Semenjak itu I tak rasa nak cari penganti Rachel sehingga I bertemu semula dengan you. You cinta pertama I, my first love”

         “Are you still remember?”

         “Masa I kahwin dengan Rachel, mama I tak halang pun tak macam time I suarakan nak kahwin dengan You dulu”

         “I tahu…” Norita tunduk. Sedih dia bila teringat kisah lalu. “ Mama you katakan pada I  yang I bukan dari keturunan Syed atau Syarifah. Pangkal nama I just Norina binti Nordin.”

         “Don’t get upset, honey” dicium dahi Norina. Dia memang cintakan Norina sejak dulu lagi. Tapi cinta mereka tak sampai ke jinjang pelamin.dia berkahwin dengan orang lain dan Norina pun berkahwin  dengan jodoh pilihan keluarganya.

         “I sedih sangat, Ina…time kita tak jadi kahwin masa tu I ingat nak ajak you kahwin lari je tapi bila I fikir balik mama I ada penyakit high blood pressure and heart attack terus I padam balik niat I”

          “You anak yang taat dan baik”

          “I bawa diri I ke Paris sehinggalah I berjumpa dengan Rachel. Dia macam you, suka memasak dan berkebun, dia juga suka music classic dan pandai menari” Norina sudah ketawa.

          “ Tapi dia tak pandai masak sambal tumis, asam pedas dan masak lemak cili api macam you.” Komen Datuk Syed Razak.

          “Habis tu?”

          “Dia pandai masak spaghetti, pasta and macaroni aje…Sampai I gendut macam ni?” Norina ketawa lagi.

          “You still smart and handsome, hubby. So  Rachel pandai bela you lah..”

          “I dah buncit, Ina. I juga dah beruban”

          Norina megusap pipi suaminya

          “Same with me, hubby”

          Datuk Syed Razak memengang tangan mulus itu lalu dikucupnya.

         “You masih cantik macam dulu, your body  like Fauziah Latiff, sayang”

         “Tapi I dah beruban”

         “Tak banyak…” mereka ketawa “you masih ingat lagi dak lagu kita, sayang”

         Norina juling mata keatas cuba memikirnya. “Lagu kita? Lagu apa ey?”

         “Dah lupa ke?” Datuk Syed Razak merenungnya.

        “Kita ada lagu ke hubby?” sengaja diusik suaminya itu. Suka buka old story padahal semua story dulu sedih belaka. ‘Razak..Razak..kau tetap tak berubah, sebab itulah aku masih cintakan kau’

         Datuk Syed Razak menarik muka. Norina dah lupa ke? Sedangkan dia tak pernah lupa kisah cinta mereka dulu..

        “Itu lagu Fauziah Latiff, hubby” Dia mengalah bila melihat muka suaminya yang masam itu.

       “Tapi itu theme song of love story kita dulu..” Wajah keruh itu berubah jernih. Norina masih ingat. “Cinta kita terhalang oleh orang tua..”

        “Dah..dah..hubby,lirik salah tu. Tempo lari, pitching  pun lari nasib I je tak lari”
 Mengekek ketawa Datuk Syed Razak disertai ketawa Norina.

        “Mummy, papa!” Nadira sudah tercegat didepan mereka sambil mencekak pinggangnya.

        “What’up my girl?” Soal Datuk Syed Razak namun ketawanya masih bersisa. Norina turut memandang anak gadisnya. “Kenapa Dira?”

       “Dira balik dekat 10 minit,mummy dengan papa tak sedar pun” rungut Nadira

       “Asyik bercanda jek..sedih tau” Dia mencebik. Sakit hati dia terjerit-jeri memanggil mummy dan papa di ruang tamu tadi rupa-rupanya mummy dan papa tengah bergurau senda di laman atas rumah banglow mewah itu.

        “Okay sayang, I’m sorry. Mummy tengah berbual dengan papa tadi” Gadis berusia 21 tahun  itu mencemik bibirnya. Tak puas hatilah tu. “Lama mummy tak chat dengan papa, lagipun  esok papa outstation”

        “Betul pa?” masih mahu kepastian.

        “Betullah tak kan mummy nak tipu Dira” senyuman papa penuh makna.

        “Tipulah kelmarin dulu papa dah outstation, apasal kerap sangat?”

        “Papa kena kerja kuat lah lagipun sekarang dah ada isteri dan anak-anak nak kena sara, dulu papa solo je” mummy mengangguk mengiakan cakap papa.

        “Dira ingat papa dengan mummy plan nak ke mana-mana” perlahan saja suara si anak gadis itu. “bukan semalam papa kata abang Rayyan nak balik?”

       “So?” Mummy dan papa berpandangan

       “Invite abang Rayyan kat KLIA lah..”

       “Excitednya dia” komen mummy

       Nadira tersengih “Ye..Dira dah siap apply cuti kat lecturer”

       “ Dira kenapa excited sangat ni? Abang Rayyan tak tahu balik bila mybe weekend ni atau bulan depan..”

       “Ye la mummy, Dira tak sabar nak jumpa abang Rayyan dan yang important sangat Dira teringin nak ada abang..hurm bestnya”

       “Like Rayyan” papa ketawa

       “Raz..Dia orang ni dah lama kesunyian. Dah lama hidup tunggal so teringinlah nak ada adik-beradik lain” mummy tersenyum.

       “Dira cuma nak abang je..kakak pun tak pa tapi  adik tamauuu…” papa kerut kening
       Nadira duduk melutut sambil pegang tangan papa.

       “Dah ada pa..” Mummy menjelingnya

       “Ooo..I see..Naufal ey?” Nadira mengangguk “Ina…apakata kita ajak Naufal sekali, do you?”

       “Do not!!” marah mummy “ lagipun I dah beritahu you time anniversary kita nanti  we’re sure to invite her, hubby. You dah janji dengan I nak buat majlis anniversary kan?”

       Papa merenung mummy cuba mencari kepastian.

       “Time tulah kita kenalkan dengan Rayyan”

       “lambat lagi,Ina. Bulan sebelas ni” Nadira mengangguk tanda setuju dengan kata papa.

       “Do I care” Norina seorang yang degil. Norina juga seorang pendendam.

       “Dira tak kisah la lagipun Naufal tu bukan balik rumah pun” secara outomatik papa memandangnya.

       “Naufal dah balik ke sini” melopong mulut Nadira

       “Bila? Tak bagi tahu Dira pun” Cis! Si Naufal suka buat kerja ikut suka hati dia jek

       “Petang tadi tapi selepas maghrib dia dah balik hostel”

       Norina mendengus keras. “ Dia ingat rumah ni hotel ke apa!”

       “Naufal memang macam tu mummy, tapi Dira tak perasan pun?”

       “Dira kan tadi keluar ke rumah Misha, time Dira ada rumah petang tadi Naufal ada dalam bilik tidur..letih kut” terang papa.

       “Haaa…tengok, Dira pun kata Naufal tu macam lanun aci main redah je balik rumah”

      “Mummy, Dira tak kata pun Naufal lanun” tegas Nadira. Dia sayangkan Naufal. Baginya Naufal adiknya biarpun berlainan ibu.

      “tak kisahlah tapi si Naufal tu bukan suka sangat nak bersama kita” provoke mummy.

     “Dia dah biasa, Ina” balas papa cuba membela Naufal.

     “Hahaha..dah biasa? No..dia tu kalau you nak tahu degil!” ‘macam you Norina’ ngomel papa dalam hati.

     “Dengan you tadi time dia nak balik boleh dia call you uncle?”

     “Dia tak biasa lagi..tapi last dia keluar rumah tadi she say ‘bye mummy! Bye papa! Idios!” papa meniru lagak si Naufal ala-ala gangster sikit. Nadira ketawa. Dia boleh membayangkan macam mana aksi Naufal lagaknya  macam kapten Jack Sparrow.

      “She’s impolite to you” mummy tak puas hati.

     “I tak rasa dia tak beradap dengan I cuma dia sedikit kekok je dengan I…dengan you pun”

     “Ceh! Kekok konon…”

    “But she’s call you mummy”

    “She’s not call you papa”

    “Do I care” Norina mendengus geram, Datuk Syed Razak mengejeknya

    “Malas I nak layan you..dia call I mummy pun sebab I bela dia”

    “sekurang- kurangnya dia tahu juga hormat  dengan orang yang bela dia”

    “Dah la Raz..I malas nak bertekak dengan you. Asal sebut je nama Naufal mesti kita bertengkar”

    “you yang tak senang hati dengan dia”

    “Pa…dah la.Don’t hurt mummy” Nadira cuba mencari kedamaian. Dia menarik tangan papa lalu diletak ke atas tangan  mummy.

    Papa merenung lembut ke dalam anak mata mummy mintak kemaafan dan kedamaian.

    “Naufal is over! Jom makan” akhirnya mummy bersuara.

    “Sorry sayang, I’m so sorry okay” mummy mengangguk tanda menerima ‘sorry papa’.

      Papa mengusap lembut jari jemari lembut wanita yang dicintainya sejak  30 tahun dulu.

    “Never let me hurt again, hubby” pesan mummy. Papa hanya tersenyum.

      Norina membalas gengaman tangan ‘hubby’nya. Lelaki itulah yang membuat hatinya bahagia. Lelaki itu juga membuat dia tak boleh menerima cinta Maliki.

      Dia tak pernah rasa bahagia hidup dengan Maliki biarpun dengan kehadiran Nadira dalam hidup mereka. Baginya Maliki adalah lelaki yang suka mengambil kesempatan.

      Namun dia sayangkan Nadira walaupun anak itu anak Maliki. Nadira darah dagingnya mana mungkin dia membenci anak itu tetapi Naufal??? Anak itu anak Maliki juga namun dia tak dapat menerima kehadiran anak itu dan anak itu tidak sepatutnya wujud dalam dunia ini.
     
       Anak itulah membuat adiknya  kesayangannya menderita. Maliki, aku benci kau! Naufal, mummy benci kamu!
   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan