http://www.fullmusik.co.cc/

Ahad, 27 Februari 2011

BIARKAN AKU JATUH CINTA 14, 15

                                                                   Rayyan

BAB 13

       “Sweet…” Team ketawa.

       “Segaklah..abang kau” Cu’a ternganga.

       “Hurm..not bad” Pat menjuling mata ke atas.

       “Gantang banggat bro kau, Naufal” Opie tersengih. Naufal garu kepala. ‘Kena sampuk dengan abang aku ke dia orang ni?’

       “Weh…weh…abang ekspres tu”

       “Mixed ke abang kau?” soal Cu’a. matanya menghantar kereta Mitsubishi Lancer itu pergi.

      “Hurm…mat saleh celup. Buatan Perancis campur melayu” malas dia nak memperkenal siapa Rayyan tapi dia orang dah Tanya terpaksa dia menjawab. Dia masih terasa hati dengan Rayyan.

      “Ngaaa….” Empat dara pingitan itu ternganga. Lorh..tersangkut dengan si mixed tu ke? Tak handsome mana pun just mixed jek. Orang melayu kita segak lagi.

      “Patut aku tengok abang kau macam Siwon wei..”bahunya dah dicuit Cu’a. ‘Hantu cerita Korea’ dah mula memberi komen. Dia tahu siapa yang di maksudkan Cu’a tu. Hero Korea, kumpulan super junior yang muka macam mixed dengan omputeh gak.

      “Ceh!! Tak serupa pun kalau ada pun maybe kat rahang dia kut?” dijuih bibirnya. Cu’a sudah tergelak.

      “Kata  anti lelaki?”

     “Siapa kata? Kau ni Naufal, kita orang ni Cuma menolak lelaki yang tak berkualiti jek”Opie tersengih dihujung kata.

     “Tapi tak menolak sunnah nabi cik Fal. Mana boleh tak kahwin tak normal la aku” kata Nik pulak sambil memandang Pat. Pat angkat jongket kening sebelah. Pat dimatanya macam ‘tak normal’ sikit. Ye ke?

       “Jadi korang ni tertarik la kat bro aku tu? Apa kes setakat berkenan dengan mixed separuh penjajah tu?”

       “Suka tengok jek. Tapi aku tertarik lagi kat kau” Pat mengenyit mata. Hoiya..nak mengusik la tu.

       “Bro aku tu terlebih mixed malay la. Muka jek macam Daniel Henrry tapi speak malay pekat. Dia tu makan belacan macam korang jugak.” Mereka mengangguk. Ooo… mulut empat ekor tu dah jadi bentuk O pulak.

      “Si Nad tu tak ngada-ngada ke dengan bro kau?” soal Cu’a. Dia angkat kening.

      “Wei…dia tu ‘abang’ aku dengan si Nad tau! Bukan abang aku sorang”

      “Patutlah kau sekarang rajin balik dah..”Team buat muka mati laki. Tadi pun kalau diikutkan hatinya tak  nak jek si mixed tu hantar tapi sudah Nadira pun ada kelas time pagi terpaksa dia ‘ tumpang’ jugak motorcar si mixed tu.

      “Papa aku yang suruh aku rajin pulang rumah. Sekarang ni aku kena ikuti ‘biro rukun tetangga’. Nak jadi happy family”

       Mereka tersenyum memandangnya. Maybe dia orang ingat dia dah tak jadi putri terbuang kut?

     “Waaa…sunyilah tak da Naufal. Nanti kau tak nak join dah ler kita orang main futsal?” Team buat ‘ayat’ sedih lagi. Budak ni la suka buat ‘emo’ padahal dia ada ke? tak da ke? sama jek. Bagi kahwin dengan Koji baru tau!

      Dia senyum dalam hati.

     “Naufal…jangan lupa kita orang tau.” Pat memengang tangannya.

     “Lorh..aku Cuma rajin balik rumah jek bukan berpindah-randah pun. Tak jauh dari mata korang la” digengam tangan Pat seolah-olah memberi kepercayaannya.

    “Aku risau kau jatuh hati pada abang mixed kau jek” Pat mencerlung pandangan mata pada parasnya.

    “Ceh!!! Jatuh cinta? Fall in love? No..no…not in my book oke” jawapannya membuat Pat mengukir senyuman lega. Entah? dia tak pasti apa yang bermain diminda Pat sekarang. Pat tak sukakah dia rapat dengan lelaki macam mana Syuk buat padanya dulu.

    “Dah aku ada kelas dengan Team. Jom Team nanti kita lambat pulak” diraih bahu Team dan berjalan seiringan dengangnya.

    “Naufal! Team! Jangan lupa lunch nanti jumpa kat café tau” pekik Opie.Dia dan Team hanya mengangguk sambil melambai tangan dan berlalu pergi dengan segera. Ada lagi lima minit untuk masuk ke kelas sebelum kelas bermula.

  “Kau tahu Naufal Koji sekarang berani-berani telefon aku. Semangat hang Tuah mana lah budak rumah tak siap tu dapat.” Dia ketawa sambil memandang Team yang memandang kedepan.

  “kau ni hina sangat ke si Koji tu?”

  “Wei…kau tengok muka Koji tu dah la. Muka tak da masa depan je macam mana  nak hidup dengan dia tau” Marah Team. Langkah mereka kini sudah sampai ke muka pintu kelas. Dilihat Koji dan Ayyub tersengih pada mereka.

  Team dah tarik muka jeruk maman. “Aii!! Naufal…”

 “Aii!!!” dibalas teguran Koji dan Ayyub.

 “Tak nampak Team pun” tegur Koji. Dia heran? Haila..koji buat sengal pulak pagi-pagi ni memang nak kena cepuk dengan Team kejap lagi tu.

  “Adoiya..Team sebelah aku yang besar lori balak kau kata tak nampak Koji? Buta kare kea pa?” Ayyub dan Koji sudah tergelak besar. Team dan dia mengambil tempat dibelakang Koji dan Ayyub. Senang sikit nak discuss pasal assignment yang tak siap lagi.

  “Lorh…Team ke kat sebelah kau ey? Haiya aku ingat apek mana tadi. Muka  kening tak siap jek” Ceh!!! Dah sah Koji mangsa letupan berani mati jap lagi. Tunggu!!! Dilihat Team disebelahnya sedang mengetap bibir. Tahan lava api amarah la tu..

 Dia turut tergelak sama. Mana taknya betul apa kata Koji. Team dari tadi asyik mengerut kening bila ternampak si Koji ni. Kening si Team tu yang tak lebat mana jarang-jarang bila dikerut makin singkat la kening tu nampak macam apek jual buah jek kat pasar tani.

   “Team cuba kau lurutkan kening kau bagi lurus kan baru nampak comei..” Dush!! Ha..kan aku dah kata Koji mesti kena punya. Satu tumbukkan hinggap ke bahu si kOji tu. Nasib bahu kalau muka mahu jadi ultra unggu la kat pipi si Koji tu.

   “Senyap la budak muka macam rumah tak siap!!!” marah Team. Namun perang tu tak sempat merebak kerana Puan Aziah sudah melangkah masuk ke dalam kelas. Koji sempat lagi  kenyit mata pada Team.



  “Naufal..aku pegi tandas jap ye” dia hanya mengangguk. Sebaik sahaja kelas Puan Aziah tamat. Dia dan Team keluar nak lunch dengan Opie and the geng. Assignment mereka Ayyub dah settle semua ‘benda alah’ yang tak siap lagi.

   Rajin jugak budak berdua tu selalunya budak lelaki ni dikira pemalas tegar. Kira okay jek satu group dengan dia orang berdua tu. Cuma Team jek tak selesa dengan Koji. Bertuah si Team ada jugak peminat walaupun Team kata si Koji tu muka macam rumah tak siap.

   “NAufal!!..”suara itu membuat nyawanya tak lepas.

   “Sombong kau sekarang ye?” Syuk kini berdiri betul-betul depannya. Syuk memandang laman wajah itu. “Aku rindu kau Fal..kau rindu aku tak?”

   “Kau tak da keje ke?”dijuling matanya keatas. Malas dia nak membalas padangan mata Syuk yang semakin mengalak.

  “Kau betul-betul dah buang aku ey? Number phone kau pun dah tukar. Benci sangatkah kau pada aku Naufal?” tangannya diraih dalam gengaman Syuk. Huh!! Nak buat kontroversi ke? Aku nak suci kat sini. Dia takut Syuk akan spoil dia macam dulu.
 “Kau punca segalanya Syuk”ditepis tangan Syuk.

 “Edy? Kalau Edy kau tak boleh salah aku sorang” nak jek dia sepak mulut tak da insurans tu. Berani mati cakap macam tu.

 “KAu jangan nak mulakan Syuk”

 “NAufal..aku nak kita macam dulu”

 “aku tak da kenangan dengan kau okay”

  “Aku tak akan lupakan kau. Semua benda yang kita pernah buat dulu. Semua benda yang kita kongsi dulu. Aku sayangkan kau” Puittt!!! Nak meloya tekaknya. Dipandang muka yang buat-buat tak bersalah itu.

 “Aku dah backspace semua data tentang kau syuk. Aku tak pernah kenal perempuan yang bernama Nor Syukriah Suhaimi oke!”kini bahunya dipegang Syuk. Erat!

 “Aku terlalu sayangkan kau. Teramat sukakan kau. Terlebih menyintai kau NAufal. Kau kena bertanggungjawab diatas semua benda terjadi pada aku.”tangan Syuk ditepisnya namun syuk sempat mengengamnya erat.

 “KAu tak malu ke Syuk. Kita sama sejenis. Kau jangan nak mulakan semua benda yang dah jadi sejarah dulu”

 “Sejarah mungkin berulang Naufal..”

 “pegi dah…” ditolak kasar tubuh Syuk sehingga Syuk terdorong kebelakang dua tiga tapak darinya.

 “Aku akan sebar gambar mesra kita dulu di kolej ni biar semua orang tau yang kau ada kenangan manis dengan aku.”belum sempat dia mengelak dari dipegang syuk. Satu ciuman hinggap dipipinya. “nice your cheek”

  “What the hell..” ditolak sekali lagi tubuh syuk. Syuk tersenyum puas dan berlalu pergi. Team yang tadi jadi pemerhati babak dari drama terlarang terus berjalan menghampiri Naufal.

   “NAufal? Real ke?”

   “Shut up!! Aku tak suka semua tadi” disekeh kepala Team. Mulutnya masih lagi ternganga. Tak boleh terima apa yang dia tengok tadi. Tak boleh nak ‘hadam’ apa yang dia dengar tadi.

  “Kau dulu ada fair and lovely ke dengan Syuk?”

  “Nope!! Dia yang tepuk sebelah. Kau ingat aku ni tak normal?” Team angguk kepala.

  “Ceh!! Kalau tidak dah lama aku ‘makan’ kau” dicerlung pandangan ke paras Team yang masih terkejut itu.Team cepat-cepat menyilang tangannya kedada menutup eksesori miliknya.

  “Haila..teruk kau Team, aku pun tak tergamak nak tengok ‘benda sendiri’. Aku normal la” Team tersenyum kelat.

  “Ye ke?”

  “Iye la kalau tidak buat apa aku nak lari dari ‘kekasih’ aku tadi baik aku layan je…”

 “Selamat aku dunia akhirat” he..he.. Team dah mula mukhadimahnya. Tangan si Team erat memeluk bahunya.

 “Kau tak membahaya kan?” Team tersengih di hujung kata.

 “Nope!!” Naufal senyum tanpa gula. Team dah tahu hal Syuk. Dua tahun dia cuba lari dari Syuk. Namun Syuk tetap jejaki dirinya. Dia ada value dimata syuk.

 “Let’s go”sebaik sahaja kaki mereka ingin melangkah tiba-tiba handphone Samsung miliknya berbunyi. Diangkatnya lalu diberi salam kepada si pemanggil. Salamnya dijawab.

  “Naufal kat mana? Dah abis kelas kan?” soal Rayyan.

  “Dah..orang nak lunch jap”

  “Lunch dengan abang okay. Abang ada kat depan gate ni” Haila si mixed ni memang driver yang prihatin sungguh.

  “Tak boleh. Orang dah janji dengan member nak lunch sama.”

  “Hurm..abang dah booking macam mana? Dira ada kelas lagi. Huhu..kesian abang” acee…si mixed buat ayat mati bini pulak. Boleh pegi booking lunch pulak tak ke terharu siapa yang jadi adiknya. abang mithali!

 “TAmau ar…”

  “Abang nak tebus balik dosa abang kat Naufal pasal malam tu” Ceh!! Tebus dosa konon. Ingat dah rasa tak bersalah buat orang macam tu dengan setakat belanja makan. Team disebelah sedang memerhatinya namun sekejap mata si Team meliar ke sana ke sini.

 “Berbaloi ke?”

 “Abis nak suruh abang buat apa? Nak abang letak diri kat landasan train kasi hancur satu badan?”dia sudah tersenyum. Ditahan ketawanya.

 “Boleh jugak. Good idea. Tapi Naufal tak mau hantu abang kacau oke”
 “Nama pun hantu cik kak oii..kenalah menghantui orang” Rayyan sudah ketawa.

 “Jadi ke?”

 “Apa?”

 “Lunch dengan abang sayang..” ceh!! Ayat penangan cinta romeo pencen ni.

 “Nak jek tapi dah sebut sayang cancel je la”

 “Naaa…okay. Nurul Naufal can you lunch with me?”

 “ I have..”

 Talian dimatikannya. “Who is that?”

 “My abang. No..no..my step brother” Dia tersengih. “ See…aku normal kan? Layan abang aku lelaki. So aku cancel lunch dengan korang tak pa kan?’

 “ceh!! Dah nama abang laki la tak  kan kakak kut? Pondan la gamaknya. Tak kisah la nanti aku bagitahu dia orang yang kau da date dengan your abang oke”

 “Naaa….tak yah cakap lebih-lebih pulak. Aku lunch je la bukan date. Different tau tak?”

 “Yo lah..yo lah..mok cik” Team mengambil fail yang dipegangnya. “Borrow nota kau jap ye”

  “Wei..permission tak beradap ni” ditarik balik fail dari tangan Team.

  “Abis tu nak sembah daulat ke?” Dia tersenyum lebar. Diberi semula fail notanya kepada Team.

  “Kidding..”

   “Aku pegi dulu. Hari ni tak da la ‘segment tajaan’”

  “Asal pulak?”

  “Tak da orang kuat disebalik tabir segment tu” hehe..ketawa Team. Dilambai tangan kepadanya. Dia membalas lambaian itu biarpun Team sudah berlalu pergi.


“ Nak makan kat mana?” soal Rayyan sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. Laa…si mixed dah hilang ingatan ke?

 “Tadi kata dah booking?” Rayyan ketawa.

 “Ye tak ye jugak. Kita pegi starbuck nak?” Toiya..si mixed ni aci suka jek buat hal yang tak memikir hati dan perasaan orang. Nak jek dia debik si mixed separuh penjajah ni.
 “Tipu la tu. Tak baik tipu orang Allah marah” cukup tertib dan berkhemah. Macam ni baru adik yang baik. Tak susah nak jadi adik yang baik cik Naufal.

 “Baik cik kak…”

 “Sejak bila belajar menipu ni?”

 “Sejak balik sini” Rayyan sudah tersengih. Sekilas dia memandang paras Naufal.

 “Ooo…sini banyak buat dosa la ye?”

 “Asal pulak?”

 “Sebab kena tipu sokmo..”

 “Sokmo? What means?”

 “Sokmo tu kiss. You know kiss…kisss” jari jemarinya dikucup lalu dicantum. “begini..”

 “I see that…kalau bab kiss ni abang memang terror..” Rayyan tergelak.dikenyit mata pada Naufal. Ceh!! Romeo karat!!

 “Set in your mind yang perkataan sokmo tu kissing oke” Naufal senyum dalam hati. He..he..si mixed ni tak lulus lagi.

 “Okay cik kak… Pasal malam tu…”

 “forget it!! Shut down semua tu.” Pintasnya. Dijuih bibir sambil menjeling Rayyan yang sedang memandu.

 “Oke..but abang nak Naufal tahu yang abang tak da niat nak sakitkan hati Naufal. Abang just nak..”

 Kan orang dah kata lupakan..so lupakan la jangan dok sebut-sebut lagi. I know it!!!” disilang tangan ke tubuhnya. Orang tua ni memang tak faham bahasa nak jek dia cakap bahasa hangul baru tahu.

 “Abang nak kita kawan balik tu jek”

 “selama ni kita kawan ke?”

 “Yeah..baik macam kawan la..”

 “Ye ke? Naufal rasa tak baik pun”

 “But sekarang Naufal dah baik lebih baik dari dulu kiranya kita ‘terlebih’ close la”

 “Tak faham la bro..kau ni terlalu banyak literature”

 “Naufal dah tak ber ‘aku kau’ so dah ada anjakan paradigma nak jadi adik yang baik” Rayyan ketawa. Lucu ke? Adik yang baik? Selama ni aku jahat la?

“Hurm..kau ingat aku ni tak da etika ke? Aku pun belajar pendidikan moral”haa…baru tegur jek memang tak makan saman.

 “Ber ‘aku kau’ pulak..”dia tersenyum jongket.

 “Dah sampai..jom” kereta Mitsubishi lancer diletak diruang petak parkir. “Abang nak ajar adik abang moral value sebagai adik yang baik”

 Tak habis-habis adik yang baik. Nak sangat adik yang baik kenapa tak keluar jek dengan Nadira. Itu adik yang baik dan sopan-santun.

 “Hope you never let me down. Never...” kepalanya digosok lembut.

 “Abang harap Naufal don’t let me down okay..” itu kata-kata sokmo abang Edy. Selalu jek benda tu dia kena ‘hadam’ masuk ke telinganya. Dan sekarang abang Rayyan pulak. Kenapa dia mesti berjumpa dengan orang yang macam abang Edy. 

 Khairul Izzuandy…Syed Rayyan…nak aku compare jek dua orang makhluk ni. Yang berbeza muka dia orang.Yang sama dia orang abang. Baik. Segak.Caring. Dia terima jek pakej tu dalam diri abang Rayyan. Namun si mixed tu selalu je buat dia jadi menyampah kenapa? Sebab abang Edy. So si mixed ni same je dengan abang Edy sebab tu aku benci. Menyampah nak layan semua benda dia buat dekat aku.

 “Come on girl” suara itu buat dia happy sebenarnya. Dia nak jek terima ‘abang’ itu tapi dia takut kena spoil lagi dalam hidupnya. Dia takut!!!


 Dia memesan chocolate caramel cakes dan mocha. Rayyan nampak berselera bila memesan spaghetti,marble cheesecake dan green apple juice. Senyap!

 Dia hanya menghadap makanannya tanpa memandang laman arjuna itu.

 “Nanti Cik Yah abang nak balik sini” cik Yah? Siapa cik yah? Awek si mixed ni ke? Asal nama ‘sedap’ sangat? Nama glamour kot? Dia senyap. Matanya memandang paras wajah itu yang sedang memandangnya sambil mengunyah makanan.

 “Nothing say anything?” dia hanya jongket bahu. Nak tanya apa?

 “Oh!! Right? Bila tu?”

 “Maybe weekend ni kot?” senyuman si mixed ni dah lebar macam mulut joker. Bahagia nampak?

 “Abang ridu sangat dengan cik yah. Dekat sana dia la jaga abang” tak tanya pun…dia senyum manis-manis buah.

 “Cik yah tu kakak papa. Don’t you?” hurm..mak sedara dia ke? Asal tak introduce dulu identity cik yah tu.  Patut la pandai makan belacan rupa-rupanya kat Paris cik yah tu la duk tumbuk sambal belacan kat dia la kut? Dia senyum tiba-tiba.

 “Happy nampak? Tadi cemburu ek? Mesti ingat awek abang kan?” asal pulak soalan terjah ni? Tak kuasa aku nak cemburu.

 “Ngee..sorry sikit pok cik. Orang ingat tadi abang ada fair dengan old woman tu yang nganga jap. Giler!!!” dijuling matanya ke atas.

 “So cute..” pipinya dah jadi habuan tangan si mixed mengetipnya. Pantas ditepisnya.

  “sakit la..” kemudian kepalanya pulak digosok…

 “Makan cepat..” tiba-tiba telefon si mixed berbunyi. Dilihat ada kerutan didahi si mixed bila melihat nama si pemanggil. Kemudian si mixed off kannya.

 “Asal tak angkat?”

 “Tak urgent pun. Just kawan telefon”

 “Nadira?”

 “Abang kata kawan” Rayyan memandang paras Naufal yang inginkan kepastian. Dadanya tiba-tiba ada vibrate. Naufal mengetap bibir. Cepat-cepat dihabiskan cakes yang tinggal separuh hirisan itu. Toya betul la si mixed ni. Tiba-tiba jadi hantu tengok orang macam nak telan.

 “Naufal ada someone dak?”

 “Tak faham la?”

 “I’m mean..boy. emm.. boyfriend? Yeah..boyfriend yang special?”

 “TAk yah la layan benda alergi ni…” Rayyan senyum.

 “Maksudnya you don’t have la?” Naufal angkat bahu. Rayyan senang hati. Tadi sherry telefonnya. Dia takut Sherry akan mintak jawapan darinya. Sekarang dia pasti yang jawapannya adalah No..!!!!


BAB 15

  “Cik Yah!!!” Rayyan tersenyum lebar melihat wanita lewat 60an sedang melambai-lambai tangan padanya.  Dia pantas berlari kearah wanita itu sebaik sahaja turun dari kereta. Papa dan mummy sedang tersenyum disebelah wanita itu. Dia amat merindui Cik Yah.

  “Bila Cik Yah sampai? Kenapa tak beritahu abang?” soalnya sambil memeluk tubuh tua itu dengan erat.

  “Abang, cik Yah tak boleh bernafas ni”segera dia meleraikan pelukan.

   “Mati Cik Yah kena peluk dengan abang macam ni. Kecik-kecik dulu tak pa la sekarang dah besar.”seloroh Cik Yah. Dia tersengih. Kemudian dia mengucup pipi tua itu.

  “I miss you so much.”

   “Ingat dah lupa Cik Yah bila dapat family baru ni..hurmm..” diketip pipi arjuna itu. Matanya memandang Norina dan adiknya yang sedang menonton adegan mesra mereka. Mana taknya manja si Rayyan ni dari kecil dia bela. Membesar depan matanya. Makan, minum Rayyan semua dia uruskan. Sehinggakan dia lupa yang Rayyan anak sedaranya bukan anak kandungnya.

   “Kamu bela cukup makan ye? Kak Yah tengok Rayyan makin berisi ni?”seloroh  Cik Yah lagi. Cepat-cepat dia menarik muka. Nadira yang berada disitu tersenyum memandangnya. Naufal mengjuling matanya. Haru..boleh tahan jugak si mixed ni.

  “Baru nampak abang ni seorang yang manja ye”tukas Nadira.

  “Kamu baru tahu Dira, abang kamu ni tak layak lagi jadi laki orang” tukas papa. Dia ketawa sambil memeluk bahu Cik Yah.

  “Bila Cik Yah sampai?”

  “Semalam lagi tapi Cik yah pegi rumah kawan dulu. Pagi tadi baru bertolak suruh kawan Cik Yah hantarkan nak buat surprise kat korang” hehee..ketawa Cik Yah.

  “Oo..kiranya cik yah bohong abang la kata nak balik weekend ni?” Cik yah mengangguk.

 “Kak yah tak nak berkenalan ke dengan anak baru saya” papa datang kepada Naufal dan Nadira yang masih tercegat didepan pintu kereta milik Rayyan. Dipeluk bahu Nadira dan Naufal dengan kedua belah tangannya.

 “Dira..Naufal.. ni cik yah. Syarifah Safiyyah kakak papa. Dia la satu-satunya saudara papa yang ada sekarang. Dulu kat Paris dia la yang jaga abang Rayyan kamu sampai besar panjang ni”

 “Hai cik Yah” sapa Nadira tapi Naufal pegi kepada cik Yah lalu sengaja ditolak tubuh Rayyan yang masih melekat kat Cik Yah lalu ditunduk menyalami tangan wanita tua itu.

 “Apakhabar cik yah.” Dia senyum. Bulat mata Rayyan yang menengoknya. Dah ada etika nampak budak separuh jantan ni.

 “So sweet.. Alhamdullillah..ni siapa?”

 “Naufal..”pantas tubuh diraih kedalam pelukkan wanita itu. Wah..rasa macam heaven. Lama dah dia tak rasa pelukan sang ibu. Lalu dikenyit matanya pada Rayyan. Rayyan hanya tersenyum jongket. Ada makna. Nak buat aku jealous la tu.

Nak dia sekeh kepala Naufal tapi bila pelukan cik yah dileraikan lalu dia hanya mengusap kepala itu. “dia ni adik bongsu cik Yah”

NAdira yang memandang adegan itu mula rasa cemburu. Lantas dia meluru mendapatkan cik yah. Disalam tangan itu dan memeluk jua tubuh itu.

 “Ini pulak?”

 “Nadira..”

 “Cik Yah ni Nadira kakak pada Naufal” Nadira senang hati bila cik yah memengang pipinya lalu diusap lembut.

 “Cik yah dah berkenalan dengan mummy?” Cik Yah angguk.

 “Tadi..masa kamu on the way balik sini. Patut papa kamu nak buang titled duda dia rupa-rupanya dia dapat bini ‘ratu kebaya’” gurau cik yah membuatkan papa ketawa kuat. Mummy turut tergelak.

 “Jom..kita masuk. Kak yah, abang, …”ajak mummy. “Hah..kamu pun jom..mummy buatkan pudding caramel.”

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam. Namun bila naufal ingin melangkah masuk, lengannya diraih. Dia berpaling. Rayyan mengukirkan senyuman.

 Ada anjakkan nampak?” dibisik ke telinga Naufal.

 “Itu pengetahuan am la bro.. Mesti menghormati orang tua”

 “Dengan abang tak pun?”
 “Kau awal abad. Cik yah pertengahan abad”

 “ada pangkat pulak”ditepis tangan Rayyan. Dia tersenyum kemudian dikemam mulutnya sehingga menampakkan lesung pipitnya.

 “Jangan buat comeiiiii..”pipinya diketip Rayyan.

 “Sakit la..budussss”

“Apa??” mata Rayyan sudah membuntang. Dia sudah lari mengelak dari dikepit kepala oleh Rayyan.

 “Abang!!! Naufal!!! Nape tak masuk-masuk lagi?” soal Nadira tiba-tiba. Dia berjalan menghampiri rayyan lalu dikepit tangan Rayyan. “Jom..”


 “Abang happy ke?” soal cik yah tanpa memandangnya. Tangan cik yah sibuk menyusun baju-bajunya kedalam almari pakaian itu.

 “Happy sangat…Cik yah tahu kan yang abang nak ada big family macam sekarang ni?” cik yah berhenti menyusun kemudian cik yah melabuh punggung di sebelahnya atas katil queen size itu.

 “Cik Yah tak yah bimbang dah la. Mummy okay?”

 “Semua okay cik yah.”

 “Bila abang nak kerja dengan papa?”

 “Abang ingat nak mula business dengan member dulu”

 “Papa kan nak bagi kat abang saham cik yah kat syarikat tu”

“Itu yang cik yah punya. Orang tak nak usik la”

 “Abang salah.. Cik yah bagi hak abang. Arwah nek wan yang suruh wariskan untuk abang. Papa pun yang sebahagian hak dia ada nama abang. Papa Cuma sikit je macam cik yah. Abang kerja la dengan papa ye..”pujuk cik yah. Diusap tangan wanita tua itu yang kini berurat timbul.

 “Ne papa suruh pujuk ke?” dia tahu papa nak dia kerja dengan papa. Papa nak dia jaga ‘harta’ keluarga mereka. Dia satu-satunya pewaris.

Cik Yah senyum tawar. “Kea bang nak kahwin dulu?”

Dia ketawa. “Cik yah..abang mana ada calon yang sesuai”
“Sherry?” ketawa yang masih bersisa terus mati. Tiada garis ketawa diwajahnya.

 “Asal sebut Sherry ni..Mati selera orang la cik Yah”

“ LOrh..Sherry cantik pe? Educated…elegant and yang penting sekufu dengan abang” direbah kepalanya ke riba cik yah.

 “tapi abang tak berminat dengan dia”

 “So? Abang berminat dengan siapa? Nak cik yah pegi meminang dia?”

 “Cik yah mau ke?”dikerling paras cik yah. Ada senyuman dibibir itu.

 “iye la..Jangan tak tulen sudah”apa maksud cik yah?

 “Abang tak faham la..”

 “maksud cik yah jangan sama jenis abang dah ler” diusap rambut anak teruna itu. Wajah rayyan banyak mirip ke Razak lagi. Tapi Rayyan tetap segak dengan campuran Rachel. Hidung dan mulut Rayyan banyak ke Rachel.

 Rayyan ketawa. “Ada pulak cik yah ni. Orang nak tun teja boleh?”

 “tun teja? Sejak bila minat sejarah kesultanan melayu ni?”

 “Sejak menetap di tanah kesultanan melayu la..” diusap kening Rayyan

 “Kening ni ikut arwah tuk ayah..lebat..”la..cerita pasal kening pulak. Haru betul cik yah ni.

 “Ikut cik yah la…”cik yah tersenyum manis semanis gula kapas.

 “cik Yah nak tanya sikit kemusykilan di hati Cik Yah..”

 “What? Apa yang musykilnya cik Yah?”

 “Naufal tu perempuan kan?”

 “Of course la cik Yah..nape?”

 “no..just penampilan dia lain sikit dari Nadira tapi budaknya baik.” Puji Cik Yah. Rayyan mengukir senyuman. Cik yah suka ke dengan tun teja abang tu??

 “But..abang kena ingat yang dia orang tu halal untuk dinikah denagn abang tau..”senyumannya sudah ke telinga. Dia memang nak yang ‘halal’ tu. Dia nak nikah dengan Tun Teja separuh jantan.
 “So? Cik Yah nak abang buat pa?” dia angkat kening. Pantas dia bingkas bangun duduk berdepan dengan cik yah.

  “kahwin dengan salah seorang dari mereka ke?”usiknya. sempat pahanya dicubit cik yah. Menyeringai dia menahan sakit. “huhu..cik yah kejam..sakit la..”

 “Cik Yah nak abang tahu setiap apa yang abang lakukan ada batas dengan mereka. Kan cik yah pernah ajar abang halal haram. Kalau dengan mummy abang boleh sentuh dia tak berdosa waima abang ada wudhuk tapi kalau anak dia bukan darah daging papa abang berdosa sentuh mereka malah abang boleh bernikah dengan mereka. Ingat tu?”dia mengangguk. Cik yah kalau bersyarah mengalahkan Hilary Clinton yang berkempen untuk meraih undinya.

 “Abang berminat ke dengan anak-anak mummy tu? Cik yah tengok cantik mereka tu tambah Nadira. Nampak lemah lembut, peramah dan sedap mata memandang.” Senyuman dia dah mati. Asal cik yah puji Nadira ni. Kenapa tidak Naufal? Tak layak ke Naufal? Haila..budak tu orang tua mana nak berkenan. Dah la perempuan tapi style macam laki memang terpaksa disingkir kalau bab-bab calon cari menantu. Failed segala segi. Tapi baginya naufal macam gula kapas bila tengok gebu dan comel rasa macam nak pegang jek. Tu belum rasa lagi manisnya sampai ke telinga….

 “Abang suka Nadira ey??”teka Cik Yah bila melihat ada senyuman dibibir arjuna itu.

 “Mana ada la cik yah. Orang anggap macam adik jek. Ishhh..mengarut la nak kahwin dengan anak tiri papa rasa macam tak boleh nak telan jek air liur ni..”cik yah sudah ketawa sambil mengosok kepalanya.

 “baguslah..apapun anggapan abang dekat mereka tapi ingat mereka tu halal bagi abang tau..”dia angguk jek. Tapi dia nak Naufal.




Dia asyik membaca komik yang baru dipinjam dari Nik. ‘cinta seindah langit’. Ikutkanya malas nak layan cerita cinta tapi dah Nik nak kasi pinjam ambik jelah. Sejak bila la si Nik ni layan ‘benda alergi’ ni? Selalunya warriors jek. Tak pun cerita ‘kanak-kanak ribena’ macam doraemon, shin chan ke? Hagemaru ke? Ni tak… dah belayar ke pulau percintaan pulak. Dibetulkan komik ‘cinta seindah langit’ depan matanya. Kabur!!

Dia menguap untuk kali yang ke 199 kut? Ye ke?

“Tun teja…”cepat-cepat dia menutup matanya bila suara itu menyapa.

 “La..dah tidur ke pahlawan wanita melayu ni?” bodoh la si mixed ni. Tun Fatimah baru pahlawan. Tun teja banyak cerita cinta jek. Kena bancuh air buku sejarah ni. Bagi minum terang sejarah melayu seumur hidup si mixed ne.
Dia dapat rasakan yang buku komik tadi diambik dari tangannya. Dibuka matanya sedikit, kelihatan wajah si mixed yang sedang membaca muka depan komik itu.

 “macam best jek..borrow la” sekelip mata komik tu hilang, serta tuan punya pencuri komik pun lesap! Hoiya..teruk betul si mixed ni sesuka hati jek ambik barang hak milik orang. Tak beretika langsung. 

Naufal bingkas bangun. Dah la masuk bilik orang. Dia ingat dia tu muhrim aku ke? Boleh kahwin la bro..Ops!! jangan buat cerita belakang tabir. Tak kan si mixed ni nak dengan dia yang berdada leper..huhu.

 Kalau Nadira sure la sebab Nadira kan cantik. Mesti si mixed ni telan liur berapa liter sehari tengok si Dira yanh macam puteri gunung ledang. Tengok la sapa nenek kebayan yang mencantikkannya. Hee..ehee..mummy , sorry..!! dia mengukir senyuman.

 Tiba-tiba ada bunyi mesej baru masuk. Dicapai handphone samsung kaler hitam lalu dibuka inbox mesej. Dari Pat?

 ‘Naufal…aku nak penjelasan dari kau esok’

 Pengjelasan?


 Nadira
 Fandy

“Pengjelasan pasal abang nak Dira terima Fandy?” Muka nadira dah masam macam jeruk maman. Sebaik sahaja dia keluar dari bilik Naufal. Nadira datang menyapanya di ruang tamu atas untuk ke biliknya.

 “Kenapa?” soalnya sambil mengaru kening.

 “Abang Fandy telefon tadi. Dia nak keluar dengan Dira. Abang bagi number phone Dira ke kat dia?” Rayyan hanya mengganguk. Lagipun Fandy beria-ia nak berkenalan dengan Dira.

 “Kenapa abang bagi? Cuba terang dengan Dira? Kenapa abang nak Dira terima dia?” marah Dira tiba-tiba.

 “Abang just nak bagi Dira berkawan dengan dia. Lagipun dia suka sangat dengan Dira.”dia menghampiri Nadira. Diusap rambut lurus paras bahu itu.

 “Abang sayang Dira. Abang nak Dira jumpa dengan orang yang abang boleh harap. Lagipun abang percaya dengan Fandy. Dia kalau suka seseorang tu dia serious.”

 “Really? Abang tak nak pegang Dira dah ker?”

 “Nope..abang akan terus pegang Dira sampai Fandy betul nak take over tempat abang ni” tapi Nadira sayang abang. Nadira mengetap bibir.

 “abang nak jadi abang yang baik untuk adik-adik abang” Nadira mengganguk lemah. akur dengan permintaan rayyan. Tak mungkin dia nak rosakkan hubungan kekeluargaan hanya kerana cintanya pada Rayyan. Dia perlu mula dengan Fandy. Lagipun Fandy selalu telefon bertanya khabar dan ambik berat tentang halnya seharian.

 “Harap Dira boleh sayang abang macam abang sayang Dira sekarang”

 “I hope your wish..”ujarnya lemah. dia cintakan abang Rayyan. Dia nak sayang abang Rayyan lebih dari seorang adik. Dia nak abang Rayyan jadi miliknya dengan ikatan ijab Kabul bukan ikatan kekeluargaan. Kata itu hanya dalam hatinya.

   Namun abang Rayyan hanya anggapnya sebagai adik. Abang Rayyan sayangnya sayang seorang abang tak lebih dari tu. Dia takut bila dia luah semuanya dia akan kehilangan abang Rayyan.

  Mummy pasti marah dan papa pasti akan rasa segan dengannya. Biarlah waktu ini berlalu . biar dia ditakdirkan menjadi adik Rayyan biarpun dia halal dinikahi oleh Rayyan
 Biar cintanya berlalu pergi. Dia hanya memandang paras Rayyan yang tersenyum memandangnya.

 Biarkan aku lepas cinta ini…dan biarkan aku jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Fandy dan bukan Rayyan..Ya Allah…I hope...


1 ulasan:

  1. salam.. ilha sambunglaa citer aisyah humaira plss? best laa citer tuhh

    BalasPadam